Bab 12

81 5 1
                                    

"HENSEMNYA suami Rhea ni," puji Rhea sebaik melihat kelibat Hayyan keluar daripada bilik. Baju kemeja berwarna biru gelap tersarung di tubuh lelaki itu.

Hayyan senyum segaris mendengar pujian Rhea. Tak tahu mengapa tapi hatinya senang mendengar pujian itu walaupun itu cuma pujian yang sudah biasa dia dengar.

"Demam awak dah kebah ke?" soal Hayyan. Dia datang merapati Rhea. Tangannya dilekapkan pada dahi isterinya itu.

Rhea agak terkejut dengan tindakan spontan Hayyan. Kalau sebelum ni, Hayyan nak dekat dengan dia pun nampak teragak. Tapi sekarang nampak Hayyan dah tak kekok nak sentuh dia. Dan... Rhea sukakan perubahan suaminya itu!

"Alhamdulillah, badan awak dah tak panas," ujar Hayyan. Dia tarik kerusi di meja makan lalu melabuhkan duduknya di situ.

"Mungkin sebab abang yang jaga Rhea kut." Rhea tersengih sambil menayangkan barisan giginya.

Hayyan berdehem perlahan. Dia membetulkan duduknya. Terus pandangan dialihkan ke arah lain.

"Abang nak air kopi atau teh?" soal Rhea mengubah topik bila nampak Hayyan seperti tidak senang dengan gurauannya. Takpa, dia masih punya banyak masa lagi. Dia tidak boleh terburu-buru untuk mengambil hati suaminya itu kembali.

"Kopi," balas Hayyan ringkas. Matanya ralit merenung skrin telefon bimbitnya. Terkejut bila tengok ada berpuluh panggilan terlepas daripada Trisha.

Semalam dia sibuk menjaga Rhea. Langsung tak tengok telefon. Tak sangka pula Trisha menelefonnya berpuluh kali. Itu belum kira pesanan yang dihantar lagi. Tak larat Hayyan nak baca satu-satu. Terlalu banyak.

Muk berisi kopi panas diletakkan di hadapan Hayyan. "Minum, abang."

Tak sempat Rhea nak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan, Hayyan sudah menegahnya.

"Takpa. Saya rasa tak sempat nak breakfast ni. Saya nak kena cepat." Hayyan terus bangun. Kopi yang dibancuh Rhea tadi pun dia tak sempat nak minum.

Rhea terpinga-pinga di situ. Nak kata Hayyan dah lambat, baru pukul 7.30 pagi. Selalunya Hayyan akan masuk pejabat pukul 9 pagi. Adakah kerana Trisha?

Ah, sakitnya hati ini jika mengenangkan hakikat itu.

Selepas menghantar Hayyan ke muka pintu, Rhea kembali ke dapur. Muk yang berisi kopi panas tadi dipandang sepi. Keluhan lemah terlepas daripada bibirnya.

Baru saja semalam Hayyan memberikan sepenuh perhatian kepadanya tapi hari ini... Ah, mungkin kerana dia sakit semalam. Sebab tulah Hayyan ambil berat. Kalau waktu sakit je dia dapat perhatian Hayyan, dia sanggup sakit.





"I ada surprise untuk you," ujar Trisha teruja. Ingatkan nak merajuk dengan Hayyan hari ni sebab semalam lelaki itu langsung tidak menghubunginya.

Tapi bila tengok muka Hayyan selamba je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku, Trisha batalkan niatnya. Buat penat je merajuk kalau tak ada orang yang nak pujuk.

"Apa dia?" soal Hayyan.

"Jom, ikut I pergi parking lot," ajaknya. Tangan Hayyan terus ditarik.

Hayyan tersentak. Perlahan dia menarik kembali tangannya. "Err... Trisha, tak manis kalau orang nampak nanti," tegurnya.

Trisha mencebikkan bibirnya. Apa-apa je lah! Tak kisahlah kalau orang nak cakap apa pun, dia tak peduli! Berani ke staf papa dia nak cakap macam-macam tentang dia? Kalau rasa nak hilang kerja, buatlah!

"Suprise!" jerit Trisha sebaik mereka tiba di kawasan parking.

Hayyan terpinga-pinga pandang Trisha. "You beli kereta baru?" soalnya.

Surat AkhirWhere stories live. Discover now