12🖤

138 6 2
                                    

"Dina kau nak tahu tak?" soal Qalisha merenung setiap pergerakan bestienya itu yang sedang membaca novel sekejap ketawa, Sekejap sedih, Sekejap blushing pelik aku dengan Medina ni dah kena sampuk agaknya obses sangat dekat novel.

"Hm." gumamnya perlahan mata masih fokus menghadap novel itu.

"Tadi kan masa aku nak pergi rumah kau, Aku nampak kereta mewah parking kat depan rumah kau then bila dia nampak aku terus dia blah." Dia mencuba menjelaskan dengan mendongkat dagu memandang kawannya yang berada di hadapan Qalisha.

Terjongket kening Medina mendengar pertuturan dari mulut bestienya itu lalu dia menoleh melihat muka Qalisha yang tertanya-tanya kepadanya.

"Kereta mewah? Depan rumah aku? Setahu aku mana pernah kereta mewah lalu kat kawasan perumahan di sini." pelik tiba-tiba ada kereta mewah kalau nak di katakan Imran bukan juga, Ya lah dikatakan Imran pun kaya siap ada 3 buah rumah banglo kat luar negara tapi mustahil lah...Dan kemungkinan juga dia sebab dia guna kereta mewah confused pula kita haih. Pening!

"Oh ya ke? Bukan apa lah aku nak ingatkan hati-hati je kau kan perempuan dah lah tinggal seorang, Lebih bagus kau tinggal dengan aku dulu. Aku risaulah dekat kau." Qalisha berpesan, bercampur risau.

"Insya Allah tak ada apa-apa terjadi tu tawakal je ya jangan risau lah." menenangkan hati Qalisha yang sedang dilanda risau tentang dirinya sekarang, Memang patut pun Qalisha risau akan dirinya sebab kawasan perumahan di sini sunyi oleh kerana perumahan ini tidak ramai di diami.

"Kau jaga diri eh Medina kalau ada apa-apa terus call aku. Aku pergi dulu pakcik den dah sampai tu bye kalau ada jodoh kita jumpa Assalamualaikum!" ucapnya mereka berpelukan erat selepas itu barulag Qalisha naik kenderaan yang terpacak di hadapan rumah Medina.

"Okey...bye! Walaikumsalam..." kata Medina tersengih-sengih terasa lucu mendengar kata Qalisha tadi, ketika ingin menutup pagar rumahnya dia terlihat satu sosok lelaki berhoddie hitam berdiri di tepi pokok. Seram sejuk dia lantas menutup pagar itu dengan cepat takut mula menimpa diri Medina teringat akan kata Qalisha sebentar tadi.

"Siapa tu? Seram betul pula aku dah lah pakaian pun hitam semua serupa pyshco dah aku tengok ish." bisik Medina selepas sahaja memasuki dalam rumah dan mengunci pintu.

Bahh!

"Eh katak menarik lompat!"latah Qalisha.

"HAHAHA." ketawa Medina melihat sahabatnya melatah haih tak pernah tinggal tabiatnya itu macam makcik-makcik bawang.

"Eleh kau ni dari tadi aku perhati sikit-sikit nak tengak si Daren tu, Tahulah kau suka dia tapi jangan lah menonjol sangat tak tahu malu!" ya si Qalisha ni suka kat Daren si sewel tu hah padanlah sama-sama sewel. Jangan pelik macam mana dia tercrush Daren tu memang selalu dia pergi ngorat anak teruna orang ni dah terbalik ni sepatutnya lelaki perngi mengorat perempuan ni tak perempuan pula berani nak gatal-gatal ngorat dahulu tapi tak Salahkan mencuba? Ada-ada je si Qalisha ni...

"Ish! Kau ni boleh tak sehari jangan usik aku. Tak senang kita ni usha abe bear kita ni...Dah! Tepi! Tu haa crush kau panggil kau tu pergi sana! Shuu shuu." Halau Qalisha dengan mulut memuncung ke arah seorang yang di sebutkan tadi olehnya sambil menolak sedikit badan Medina ke arah Firash yang ingin menuju ke arah mereka berdua berada di pokok tanaman sekolah itu. Ni si Qalisha punya pasal nak usha kononnya dengan crush abe bear dia tu.

"Medina!" panggil Firash kedengaran sayup- sayup, ia menghayunkan kakinya lebih laju sedikit ke arah Medina.

Medina hanya mengeras di tempatnya setelah di tolak sikit badannya tadi oleh Qalisha, Terkejut juga dengar bestienya kata crush dia panggil tadi berdebar hebat pula jantung ni...Boleh duduk diam dulu tak my heart? Aku nak berjumpa dengan buah hati aku ni.

  Sampai sahaja Firash melangkah ke arah hadapan Medina dia menarik kuat pergelangan tangan Medina sehingga meringis kesakitan oleh cengkaman kuat tangan besar Firash, Dalam sekelip mata sahaja tangan kecil Medina hilang dalam gengaman tangan besar Firash lalu dia meninggalkan tempat itu dengan langkah yang besar terkedek-kedek Medina mengejar crushnya sudahlah kaki dia ni bukannya panjang seperti Firash.

"Dia nak bawa aku pergi mana ni? Dahlah jantung aku berdegup kencang haish apa lah nasib aku. Crush tiba-tiba heret aku tapi kita suka! Aipp jangan gatal Medina." Bisiknya dalam hati sepanjang dia mengejar Firash dia hanya tersenyum tapi perasaan bersalah timbul di hatinya, Iyalah Haram pegang-pegang ni.

Tiba-tiba Firash menghentikan langkahnya secara mengejut lalu...

Bukk

"Aduii, Sakitnya kepala aku...badan ke apa ni keras betul." adunya tangan mengosok-gosok dahinya yang terlanggar badan Firash sebentar tadi.

Manakala, Firash hanya merenung kelakuan Medina yang ralit mengosok dahinya berkerut menandakkan sakit yang di alami.

Medina yang leka mengosok dahinya tersentak lalu melihat tangannya yang masih berpegangan dengan Firash.

"ASTAGFIRULLAH! Haram." cepat-cepat dia merungkaikan pergelangan tangannya di dalam gengaman Firash. Namun gagal apabila terasa tangan Medina digenggam semakin erat.

Firash yang sudah tahu dari awal tindakan yang ingin di lakukan oleh Medina tadi terus mengengam tangan kecil itu lebih erat lagi sehingga bertukar merah tangan Medina yang berkulit putih itu.

"Awak! Lepaslah Haram! Kenapa awak bawa saya ke tempat sunyi ni?!"

"Awak tahu kan boleh menimbulkan fitnah dekat kita berdua!?" Marah Medina menaikkan suaranya kepada Firash yang tanpa rasa malu atau bersalah memegang tangannya sesuka hati.

"Ada aku kisah?" tenang saja percakapan Firash ketika ini.

Terlopong mulut Medina mendengar kata Firash tadi. Adakah patut dia cakap macam tu!

"Mulut tu jangan ternganga nak aku cium?" Tuturnya dengan senyuman sinis di bibir Firash.

Melihat reaksi Medina membuatkan hati Firash memberontak hebat ingin menakluki diri perempuan di hadapannya ini.

"Sabar Firash belum tiba masanya." bisiknya perlahan, Firash menatap dalam anak mata amber yang kelihatan indah itu.

"Hey! Awak jangan macam-macam eh dengan saya karang ada yang mandul ni." merah padam muka Medina yang putih ketika Firash kata seperti itu.

"Dahlah kalau nak buang masa saya baik saya pergi dulu." baru sahaja kakinya ingin membuka langkah sejurus itu pergelangan tangan ditarik terus tubuh kecilnya dimasukkan ke dalam pelukkan secara mengejut.

Terbeliak mata Medina menerima tindakan drastik Firash terhadap dirinya itu, Perasaan geram dan marah mula membangkit dalam diri Medina.

"APA AWAK BUAT NI HAH!? APA MAKSUD SEMUA NI!?" tangan terus menolak kuat dada tegap Firash dari terus memeluk dirinya...Jijik iya Medina terasa Jijik akan dirinya tika ini kerana dipeluk lelaki bukan mahram bagi nya sebagai maruah seorang perempuan.

"Medina... Dengar dulu penjelasan aku, Aku tak sengaja sumpah! Aku bawa kau ke sini sebab aku rindu dekat kau..." ujarnya nada sayu melihat perangai Medina menengking dirinya tadi.

"Tak sengaja? Apa yang kau fikir eh sampai tak sengaja macam tu? Aku kecewalah dengan kau Firash." Mata amber Medina menikam mata hazel itu dengan pandangan marah yang kian menaik dalam dirinya.

"Betul aku tak sengaja, Kenapa kau tiba-tiba marah ni? Aku cuma nak ucap Selamat tinggal dengan kau sebab kemungkinan kita susah untuk berjumpa..." Sedih? Iya tipulah jika Firash tiada perasaan sedih yang menimpa dirinya terpisah dengan Medina tetapi lain pula yang terjadi apabila salah faham berlaku antara perbuatan dia sebentar tadi dia tidak berniat ingin buat sedemekian.

"Dahlah Firash...kalau kau nak pergi, Pergi je aku dah penat dengan semua ni." Selepas sahaja Melontarkan kata-katanya tadi terus melangkah pergi dari Firash yang masih tercegat di situ.

"Tak Apalah Medina...Suatu hari aku akan buat kau milik aku tetap milik aku sampai orang lain pun kau tak pandang, Aku bagi kau masa ya dolcezza..." kata Firash sendirian sambil itu senyuman sinis menyeramkan terlakar di bibirnya, Matanya mula bertukar warna merah menunjukkan marah dengan perlakuan Medina dengan dirinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Love you🌹

By,Wenzo

𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥(HIATUS)Where stories live. Discover now