28🖤

75 5 0
                                    

"Arghh! Cukup!" Dia tidak menahan rasa sakit. Dadanya sesak menahan tusukkan yang semakin dalam walaupun pisau itu bersaiz kecil namun ia tajam.            

"Apa? Aku tak dengarlah?" ucapku. Bodoh pula orang tua ni! makinya, ia tergelak sendiri kepala terteleng ke kiri sedikit.

"Cis, Ada hati nak suruh aku berhenti. Tak sedar diri." Ejeknya dalam hati. Mata tak henti melihat darah yang ada ditangannya. Bibir terjungkit sinis. Ditatap dengan pandangan jijik kepada orang tua dihadapannya.

"B...berhenti." suaranya hampir tidak terdengar mengungkapkan kata itu. Badan lemah tidak berdaya ingin mengenggam tangan sang isteri tetapi tenaganya kehabisan untuk bergerak.

"Baik. Aku berhenti. Nanti aku datang lagi ya? Wait for me!" Selepas mengucapkan kata itu ia tertawa sinis dibelakang. Dia memandang kedua orang anak buahnya yang berdiri lurus di sisinya sekelip mata wajah bertukar serius daripada ceria tadi dengan lirikan mata mereka berdua tahu apa yang ingin disampaikan oleh ketua mereka.

  Dua orang lelaki itu menutup semula mulut dua orang tua dengan sehelai kain buruk berwarna hitam mereka yang melihat hanya merelakan sahaja apa yang dilakukan lelaki-lelaki berbadan tegap itu. Dia berharap isterinya tidak diseksa lagi seperti dirinya.

 
  Kini lelaki itu menuju ke tandas ingin membersihkan tangannya yang Kotor dan penuh dengan darah orang tua tadi yang diseksanya sebentar tadi. Dia menatap cermin berhadapan lalu terpancar dirinya dengan bayangkan beberapa orang yang berwajah sama seperti dirinya.

"Kau tak patut buat macam tu dekat dia. Kau tahu tak berdosa?! Kau tak takut ke kalau Medina dapat tahu?!" Dia memandang lelaki itu yang di katakan dirinya sendiri di hadapan cermin yang menunjukkan satu persatu dirinya yang berada kiri dan kanan.

"Aku tak perlu semua nasihat dari kaulah! Kau diam boleh tak!" Bentakku, Menatap penuh dendam dekat lelaki yang menatapnya penuh rasa bersalah.

"Isk...Isk... Korang janganlah gaduh... Saya takutlah." Dia menatap mereka berdua penuh dalam ketakutan. Berharap dalam hatinya agar mereka tidak bertengkar seperti dahulu. Setiap kali Salah satu mereka membuat benda yang baginya tidak menyokong satu sama lain lebih tepat tidak sama pendapat. Mereka pasti akan bertengkar tidak lama lagi kerana salah satu mereka benci sesama sendiri.

  Baru sahaja ia ingin menyambung bicara ia dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

Tok

Tok

Tok

"Bos kau okey tak?" Dia sedikit takut menyoal soalan itu namun tatkala ia teringat kejadian yang pernah berlaku dahulu terhadap bosnya itu. Dia pun terpaksa bertanya keadaan bosnya di dalam tandas takut kalau Bos dia berbuat benda di luar tindakan.

"Ha tu. Kau jawaplah." Dia hanya mencebik bibir mendengar kata dari personality yang lain dalam dirinya.

"Aku baik je kau tak perlu risau!" jeritnya agak kuat sedikit supaya di dengari anak buahnya di luar.

Lelaki yang bernama Nell sekadar mengangguk-angguk kepala setelah mendengar suara Bos bahawa dalam keadaan terkawal selesai ia memastikan benar-benar dalam keadaan yang baik.

______________________________________

   Deringan telefon menyapa gegendang telinga Medina yang sedang duduk santai di ruang tamu rumahnya. Medina menoleh ke arah telefonnya berdekatan meja.

"Assalamualaikum Dina!" ceria suara di sana.

"Walaikumsalam kau nak apa Qalisha?"

"Eh kau ni nak telefon bestie sendiri pun tak boleh ke? Mentang-mentang dah ada orang tu nak kena masuk minang." Perlinya. Alah, usik sikit je bukannya banyakkan? Eh kantoi!

Bercantum kening Medina mendengar tutur dari sahabatnya. Sejak bila ada orang masuk minang ni?

"Hahaha, kau ni Qalisha pelik - peliklah asal pula ada orang masuk minang? Sebelum ni aku mana pernah dekat dengan mana-mana lelaki ni kan pula nak masuk minang bagai? Dalam mimpilah." Kata Medina dengan bebelan panjang. Kot ya pun nak main jangan bab ni tau aku ni belum sedia lagi nak hadap perangai si suami lagi nak urus anak bila memikirkan naik buli Roma Medina.

"Aduh... Kantoi pula. Ni lah mulut ni ish!" Ia menjauhkan sedikit telefon itu lalu menampar lembut bibir yang terlepas kata, Dia dah janji yang benda tu tiada siapa boleh tahu tapi boleh pula dia terlajak kata.

Pelik Medina apabila orang di sana diam tidak bersuara ia mengintai screen telefon itu namun ia masih bersambung dengan talian di sana.

"Qalisha?"

"Ha? Ya aku masih kat sini." Eh... Dia dengar tak tadi aku cakap tu? Takut pula dia dengar nanti hancur rancangan aku.

"Aku fikir kau dah hilang dekat mana tadi."

"Tak... Mana ada aku hilang dekat sini je tadi kenapa?" Soal Qalisha, Rentak jantung semakin laju menunggu kata dari Medina.

"Oh tak aku tanya je sebab tadi diam je engkau." balasku.

Qalisha mengeluh sebentar, "Nasib dia tak dengar tadi." Lega hatinya mendengar balasan dari sahabatnya.

"Apa? Tak berapa dengar?" Ucap Medina.

"Eh! Tak! Tak! Mana ada baiklah aku nak tutup ni bye! Assalamualaikum."

Belum sempat Medina menjawap balasan salam Qalisha sudah mematikan panggilan.
Kenapa aku rasa macam ada sesuatu dekat Qalisha ya? Mungkin firasat aku je mungkin. Positive Medina!

Medina menyambung melihat sekeliling macam-macam dia melihat bagaimana orang yang sibuk dengan kerja mereka ada yang mencari rezeki untuk anak ada juga yang duduk beriadah bersama keluarga duduk santai tiba-tiba Medina melihat sosok yang dia kenali.

"Itu macam Qalisha? Dia dengan siapa tu?" Aku memincingkan mata melihat Qalisha bersama lelaki berpakaian hoodie aku ingin melihat muka lelaki itu dengan jelas namun sayangnya mereka terlalu jauh untuk melihat muka lelaki dengan lebih jelas. Kini di otak Medina penuh tanda tanya dan yang lebih mencurigakan mereka seperti berbagi sesuatu dengan bisik membisik satu sama lain.

Terkejut bukan main kepalang Medina bila lelaki berpakaian hoodie menoleh ke arah dia dan lagi mengejutkan apabila lelaki itu dia kenal.

"F... Firash?!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekian lama menghilang, maaflah pendek. Author busy semenjak kebelakang ni.

Love you🌹

By, Wenzo_

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥(HIATUS)Where stories live. Discover now