26🖤

143 8 0
                                    

  Mereka duduk di sebuah bangku berdekatan dengan tasik sedang menikmati suasana yang indah, Burung berkicauan membuatkan mereka berasa tenang. Ala romantik macam tu!

Tiba-tiba Firash ternampak sebuah kedai berdekatan lalu dia menyuruh Medina untuk duduk di bangku sementara dia membeli Aiskrim.

"Kau duduk sini jap. Aku nak beli Aiskrim tu. Kau jangan pula lari dari aku faham?" Kata Firash sambil memincingkan mata melihat Medina yang berkerut dahi menghiasi wajahnya.

"Hm pergilah. Perisa keladi okey!" Dengan penuh semangat Medina katakan, Siapa tak semangat kalau orang dah belanja kita Aiskrim kot! Lama dah tak makan Aiskrim...

"Okey sayang." Ucap Firash lalu bergerak ke sebuah kedai Aiskrim lalu mendekati penjual Aiskrim itu.

"Pak cik, Bagi Aiskrim dua. Satu perisa vanilla, Satu pula perisa keladi." Kata Firash dengan tekun melihat pak cik penjual Aiskrim itu menyusun kon, Sebenarnya pak cik tu baru sahaja ingin membuka kedai namun Firash tertarik dengan hiasan yang ada pada kedai Aiskrim tersebut.

"Ok adik, Itu adik dengan isteri adik ya?" Soal pakcik dengan mulut muncung menunjuk Medina yang duduk diam di bangku tepi tasik itu.

"Yes, she is my beautiful wife." Balas Firash menggunakan nada bangga. Belum apa-apa dah kena label isteri si Firash ni. Gatal!

"Oh, Semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga ke syurga ya adik." Ucap pakcik sambil tangan menghulurkan dua Aiskrim berperisa berlainan yang telah siap di buat. Firash pun bergegas menyambut dengan penuh berhati-hati Aiskrim tersebut.

Medina melihat Firash yang sedang menuju ke arah dirinya terus melemparkan senyuman manis padahal di dalam hatinya ingin pulang ke rumah. Aku tak kenal lelaki ni sudahlah panggil aku sayang entah apa lagi dia nak buat ni.

"Ni Aiskrim for my wife." Ujarnya sambil melemparkan senyuman manis dekat Medina.

"My wife jugalah dia panggil aku! Aku ni macam tak ada nama!" Bebel Medina dalam hati.

"Hm, Terima kasih." Mata Medina langsung tidak  memandang sikit pun muka Firash. Kalau marah nanti Si Dingin ni yang jadi baran. Haih sabar je lah Dina.

"My pleasure my wife." Balas Firash matanya langsung tidak memutuskan pandangan ke wajah cantik milik Medina. Di mata Firash Medina ini bagaikan bidadari yang turun di langit dan dia tak nak seorang lelaki pun yang melihat Medina, Kalau boleh nak saja dia cucuk mata dan bunuh lelaki yang melihat buah hatinya ini.

Medina perasaan Firash yang tidak henti-henti melihat dirinya dari tadi lagi sampai Aiskrim tersebut cair menitik ke tanah baru Medina menegur Firash.

"Eh! Awak! Aiskrim dah cair tu!" Jerit Medina dengan lantang kepada Firash. Iyalah Aiskrim tu cair tak akan nak biarkan bukan?

"Aku tahulah my wife... Aiskrim ni umpama macam aku... Bila aku lihat kau aku akan cair." Selepas sahaja Firash mengucapkan kata-kata itu lantas dia mengoyakkan satu senyuman sinis ke arah wajah Medina yang bertukar warna merah itu.

"Awak can you stop call me my wife dekat saya?"

"Kau kan my wife aku." Senyuman nakal terukir di bibir Firash ketika Melontarkan kata itu.

"Sejak bila saya "wife" awak!" Jerit Medina dengan kuat. Bencilah aku sikit sikit gelar diri aku ni isteri dia. Nama cantik- cantik di beri mama dan babah Medina Aulia Binti Aariz dia sedap je tukar nama aku.

"Sejak dalam rahim Mak kau lagi." Kata Firash itu membuatkan Medina tercengang.

"Ha?! Mana ada Awak ni memandai je nak kata macam tu. Tak sedar dirilah Awak ni dahlah! Hantar saya balik sekarang!" Ucap Medina dengan nada dingin kaki laju melangkah menuju ke kereta yang terletak berhampiran Tasik itu. Aiskrim tadi sudah habis dimakan Medina. biasalah perempuan kalau bab makan cepat je di kunyah manakala Firash Aiskrim dia sudah cair jadi jalannya dia terus menyumbat semua Aiskrim yang cair itu ke dalam mulutnya. Gelojoh biasalah.

𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥(HIATUS)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora