23🖤

117 5 3
                                    

Qalisha yang melihat Medina memegang dahi lantas berkata.

"Eh Medina! Nah! Ni ubat...Jangan terlebih berfikir hal yang tak penting nanti kau sakit kepala lagi." tegas. penuh kerisauan kepada Medina, Sahabatnya itu setiap kali dia memberi nasihat Medina hanya mengabaikan sahaja sampai dia pun naik pening seperti Medina.

"Hm...Thanks..." Medina sekadar menyambut huluran ubat dari Qalisha malas ingin berlawan mulut dengan Qalisha yang tak serik nak membebel.

"Ha itu lah...Lain kali dengar cakap aku, Aku Bebel ni sebab sayang kau tau! Sahabat mana yang nak biarkan sahabat dia sakit teruk macam kau ni." geram je kita tengok kat si comel ni dahlah pendek! Ada kang aku pijak HAHA. (Ketawa jahat ).

Medina yang menghiraukan setiap bait kata Qalisha... Eh jap sepertinya dia terlupa sesuatu.

Selesai sahaja Medina menelan ubat dia menoleh ke kiri semula maklumlah diorang memilih meja yang hanya dua orang sahaja dapat duduk di sana cafe ni agak privacy and calm sebab itu diorang lebih selesa berada di situ.

Serta merta wajahnya bertukar warna malu dari tadi lagi di perhatikan oleh lelaki yang berdiri tegak dengan wajah dingin berasa seram pula apabila di tenung seperti itu.

Dia yang perasaan dengan perubahan warna kulit di wajah Medina tergelak kecil dalam hati...Saja nak menyakat Medina.

Terus dia kembali ke riak wajah yang normal seperti tadi, Senyuman lebar kini ditayang kepada Medina.

"Puan janganlah risau! Saya ni orang baik belaka! Ni puan sudi tak ikut saya berjumpa Bos?" terangnya dengan jelas takut jika Medina bersalah sangka dengan dirinya.

"B...Baik tapi kenapa Bos awak nak jumpa saya? Setahu saya tak pernah kenal pun mana-mana company pun."

"Hm D...Dia nak jumpa puan je! Hehe." Kata lelaki itu dengan sengih. Saja tak nak kantoikan nanti kena marah dengan Bos.

"B...Baik tapi saya tak kenal dia." Ucap Medina. Maklumlah dia ni ada trust issue bab ni kenalah ada reason yang kukuh!

"Tak apa Bos saya ni baik bukan makan orang." Mak aih susah benar ingin memikat hati Cik Medina ni untuk mengikut kehendaknya.

"Ok." Kata putus Medina, Dia pasrah kalau sudah orang merayu-rayu kita haruslah ikut je tapi kalau orang tu macam pelik memang tak aku ikut.

   Sampai sahaja di sebuah bangunan syarikat besar dihadapan Medina. Dia  tergamam melihat syarikat itu sudahlah di luar pun nampak mewah apa lagi masuk dalam boleh gila jadinya.

"Kaya betul CEO ni untung siapa jadi bini dia." Kata Medina melihat syarikat itu sampai nak terkeluar biji mata ni ha. Lelaki yang berada di sebelah tersengih-sengih melihat kelakuan Medina. Comel je ada gigit ni kang! Eh! Tak boleh orang punya ni kalau Bos tahu mau kena bunuh dia!

Tok!

Tok!

Tok!

"Hm masuk!" Jawap dari dalam membuatkan diri Medina mengeletar seluruh tubuh badannya. Iyalah dahlah suara pun macam dingin je ni kan pula nak bersemuka dengan dia ish! Tempah mautlah jawapnya!

Terbuka sahaja pintu itu terus lelaki yang berada di sampingnya tadi mengundurkan diri. Membuatkan Medina lagi panik, Tak akan dia nak tinggalkan aku seorang diri dengan lelaki asing ni...Habislah aku nanti entah apa dia buat kat aku.

Badannya hanya mengeras di tempat yang Medina berdiri sedikit jauh dari lelaki yang dari tadi sibuk merenung dirinya, Dahlah macam nak makan orang dia ni seram pulak aku. Medina hanya menundukkan kepala takutlah katakan.

"Kau masih nak jadi batu kat situ ke?" Suara garau itu mula menyapa gegendang telinga Medina membuatkan jantungnya berdegup laju, Suara tu...Macam pernah dengar tapi aku tak pernah jumpa dia pun macam mana aku kenal kan.

"S...Saya nak buat a...apa?" Kecil saja suara Medina oleh kerana diri dia takut suara pun jadi berubah.

"Ish! Suara ni pun macam angin! Biasanya mulut kau lah paling bising Medina!" Kutuknya dalam hati, Iyalah dia ni dah macam suara tertelan radio sahaja! Ni kalau Qalisha dengar ada yang kena ketawa sebab kawannya itu suka mengusik! Benci aku!

Tiba-tiba telinganya mendengar lelaki itu seperti bangun dari kerusi yang berwarna hitam, Oh iya! By the way bilik ni semua warna hitam dan kelabu dia...Tak bosan ke? Semua warna suram seperti diriku eh! Tiber!

Bunyi derapan kaki semakin hampir ke arah Medina membuatkan dia mengundur ke belakang namun terhenti apabila dirinya terasa dinding mula menyapa belakang tubuhnya. Firash yang melihat kelakuan Medina itu membuatkan hatinya ingin memiliki gadis itu sepenuhnya. Sampai sahaja Firash di hadapan Medina terus tangannya mengusap dagu Medina dan mendongakkan dagunya sehingga mata mereka berdua bertemu.

"Finally I got you dolcezza." Ucapnya sambil menunjukkan senyuman sinis yang bagi Medina menyeramkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hey my beloved readers...Long time no see...

Love you 🌹

By, Wenzo

𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥(HIATUS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang