AMANDA ikat rambutnya kemas dan tinggi diatas kepala. Hair spray disemburkan lagi bagi memperkemaskan lagi rambutnya. Kemudian, Chanel No.5 yang sentiasa menjadi penaik semangat monday blues seorang Amanda disemburkan ke tubuh. Diteruskan dengan sedikit hand cream dengan haruman vanilla disapukan ke tangan dan siap.
Beg tangan di atas meja perhiasannya diambil dan sempat dia menilik tubuhnya di hadapan cermin buat kali terakhir. Saat beg tangan yang sudah berada diatas katil dicapai, telefon bimbit yang berada di atas meja solek pula serentak berbunyi. Amanda kembali ke meja solek.
Megat Daniel. Nama tertera.
"Good morning!"
"Sayang~ good morning to you too my beautiful. How was your sleep?" Soal Daniel di hujung talian dengan senyuman sampai ke dahi. Semalam, lepas je dia tiba di kondo selepas hantar Amanda pulang, Amanda terus beritahu yang dia tak boleh tidur.
Jadi, mereka on call sampai ke tiga pagi sebelum Amanda tiba-tiba sunyi dihujung talian sementara dia masih sibuk dengan kertas kerja dan masih bekerja. Bila dengar dengkuran halus Amanda di hujung talian, tahulah dia yang Amanda dah terlena. Comel.
"Good."
"Mestilah good, you berdengur kuat malam tadi," gurau Daniel.
"Excuse me?"
Daniel balas dengan tertawa.
"I tidur macam sleeping beauty tau"
"Of couse, my beauty" balas Daniel masih tersisa tawa buat Amanda tertanya-tanya jika dia benar-benar berdengkur malam tadi. Jatuh market kalau betul.
"Hari ni you ada kerja?"
"Yeup, I ada shooting this morning dan mungkin I sibuk sampai malam," balas Amanda. Bukan mengelak tapi hari ini dia memang sibuk. Sampai tengah malam memandangkan Jenny dah rancang nak buat kejutan untuk hari jadi Hans malam ini.
"Jadi kita tak dapat jumpa hari ni?"
"Yes, jangan rindu I okay?" Balas Amanda.
"You tak rindu I?"
"Mestilah, esok I akan pastikan kita jumpa. whether you free or not!"
"I am looking forward to that, Amanda sayang"
"I dah kena gerak, nanti I update you bila I dah selesai photoshoot okay baby?"
"Please,"
"See you!"
"Be careful, Amanda. Call I kalau you nak apa-apa, I will come right away"
"Okay okay"
"Jumpa nanti, love you Amanda sayang"
Amanda tersenyum sebelum matikan panggilan.
Telefon diletakkan didalam mod silent dan terus dicampakkan ke dalam beg tangan. Dia keluar dari bilik tidur dan terus menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah."Good morning princess!" Sapa Bobby yang sudah menikmati sarapan paginya.
Kebelakangan ini, senang betul kerja Bobby. Dia hanya datang, makan dan buat apa yang dia nak. Dia dah tak sesibuk dulu untuk jaga jadual Amanda. Dia lebih santai.
Kerjanya hanya menghadap Ipad kesayangan Amanda dan hapuskan semua komen buruk di posting Instagram Amanda. Tak pun, reject semua lamaran mana-mana syarikat yang mahukan Amanda.
Paling berat tanggungjawab Bobby setakat ini adalah untuk mengingatkan Amanda tentang vitamin dan air secukupnya. Alhamdulillah, berkurangan pertumbuhan uban di kepalanya dek penurunan kadar stess sebagai pengurus berwibawa Amanda Vierra.
YOU ARE READING
Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...