Seduction | 4

17K 1.2K 106
                                    

             45 MINIT kemudian, Amanda ditemani oleh musuhnya sendiri tiba di lokasi yang wanita itu maksudkan. Sebaik perbincangan di bahu jalan tadi, lelaki itu terus tinggalkan keretanya di bangunan milik syarikatnya yang hanya 5 minit dari tempat mereka berhenti.

Amanda sendiri tak perasan yang dia sebenarnya dekat dengan tempat kerja Daniel. Sekarang, baru masuk akal macam mana dia boleh bertembung dengan Daniel di tengah-tengah jalan raya.

Amanda keluar dari kereta. Dia pusing memandang Daniel yang masih keliru melihat bangunan 2 tingkat dihadapan mereka.

Sejak Amanda hanya beritahu yang tempat mereka bakal pergi adalah 'secret', Daniel tak lagi soal lebih-lebih. Dia hanya fokus memandu berpandukan GPS dari telefon Amanda sambil suasana didalam kereta itu terisi dengan bualan kosong mereka.

"Jom masuk," Amanda mendekati Daniel dan lengan lelaki itu tarik bersamanya.

"So this is the place?" Soal Daniel.

Amanda mengangguk dengan senyuman.

"Mana orang? Workers? Or the artist?" Soal Daniel keliru. Didalam bangunan dua tingkat yang berkonsepkan klasik itu, ternyata adalah sebuah galeri yang penuh dengan lukisan tapi kosong dengan manusia.

Seperti abandoned art gallery.

"Tak ada orang." Balas Amanda seraya labuhkan punggungnya diatas satu meja kaca. Gayanya yang bebas jelas menunjukkan yang dia bukan hanya sekali dua datang ke galeri itu melainkan galeri itu memang tempat selesa buatnya.

Daniel jungkitkan kening, melihat Amanda yang sudah duduk diatas meja... dia rapati wanita itu dan berdiri betul-betul dihadapan Amanda. Matanya menikam anak mata Amanda kembali.

"Really?"

"Yeup, ini galeri kawan I. Hari ni galeri tutup tapi I ada beli art piece dari galeri ni dan I nak kena ambil sebab tu... cuma kita je ada dekat sini," ayat terakhirnya ditukarkan ke nada bisik.

Daniel anggukan kepala sambil bibirnya tersenyum kecil. Kepala kembali dipusingkan ke sekeliling bangunan. "So you're a fan of art?"

"A big fan,"

"It's good to know things you like, Amanda"

"Banyak lagi benda yang I suka you tak tahu," balas Amanda.

Daniel semakin tertarik, tangannya diletakkan disisi kiri dan kanan meja yang Amanda duduk. "Jadi bagitahu I semua benda yang you suka, yang you tak suka dan semua yang I nak tahu,"

"Apa yang you nak tahu?"

"Everything about you."

"Erm..." Amanda pandang anak mata Daniel. Lengannya diletakkan di leher Daniel.

"Kalau I bagitahu you, kita akan jumpa lagi next time?"

"Of course,"

"Then, I akan bagitahu you on our next meet,"

Makin lebar senyuman di wajah Daniel. Kenyataan bahawa ini bukan pertemuan terakhir mereka cukup buat hatinya teruja.

Wajah Amanda ditatap sepuasnya, dari posisi dia sekarang dia dapat lihat wajah Amanda walau tanpa sebarang solekkan. Kulitnya licin tanpa parut namun diantara hidung dan pipi Amanda ada beberapa bintikan halus freckles, bibirnya memerah dan hanya dioles dengan sedikit lip balm. Dihujung kening Amanda ada satu tahi lalat. Cantik... tanda-tanda kecil itu lah yang menyempurnakan lagi wajah wanita ini.

SeductionWhere stories live. Discover now