Seduction | 27

3.8K 315 38
                                    

"MEOW~"

Amanda terjaga dari lena bila terdengar suara asing itu. Sejak bila ada makhluk lain didalam rumahnya? Dia tak pernah bela kucing. Seketika, atas perutnya terasa memberat dan hangat.

"Kurrrr~" bunyi nafas dari kucing itu dekat dengan pendengarannya. Wajah Amanda berkerut namun mata masih tidak dibuka.

"Baby, jangan duduk atas sana sayang" ujar satu suara maskulin dalam nada berbisik. Cukup lembut.

Tidak begitu lama, beban diatas perut terasa diangkat pergi membawa kehangatan yang nyaman itu bersama.

Amanda buka mata perlahan-lahan.

Ada satu pemandangan yang dia tak jangka-jangka. Daniel sedang berdiri dihadapan katil sambil memeluk sejenis British shorthair dan dia mengucup bulu kucing cantik itu bertalu-talu.

Lebih menarik, kucing itu sangat gemuk dan kelihatan gebu. Ia memakan baju tweed jacket Gucci berwarna putih dan hitam dan dilehernya terikat rantai mutiara.

Wow, siapa diva ini?

Amanda bangkit dari pembaringan dengan mata yang masih tidak lepas memandang si diva itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda bangkit dari pembaringan dengan mata yang masih tidak lepas memandang si diva itu.

"Hi, good morning, pretty love" ucap Daniel perlahan tatkala memandang Amanda yang sudah terduduk. Kepala Tatty dicium sebelum dia meletakkan Tatty di hujung katil dan merapati sisi Amanda.

Wajah Amanda diusap dan dipandang dalam.

Semalaman dia tak dapat tidur memikirkan apa yang dia dah saksikan lewat malam tadi. Lihat wajah Amanda segar seperti sekarang, sedikit risaunya mereda. Namun, tidak sepenuhnya.

"I dekat mana ni?"

"Rumah I,"

"Macam mana I boleh ada dekat rumah you?"

"You pengsan semalam,"

Amanda kerutkan wajah dan dia terdiam seketika. Cuba mengimbas kembali memori malam tadi bagaimana dia boleh pengsan dan berakhir di rumah Megat Daniel. Pandangan diturunkan ke tubuh sendiri. Masih lengkap dengan pakaian malam tadi.

Dia menghembuskan nafas lega namun hembusannya seperti tersekat bila ada satu memori tiba-tiba menerjah ruang fikiran.

Pulang...

Motor...

Asid...

"Hey..." seru Daniel bila Amanda mula termenung.

"Dan... Daniel... I hampir kena simbah asid ke semalam?" Soal Amanda tidak percaya. Dada sendiri disentuh, jantungnya bergedup kuat. Bukan kerana rasa takut tetapi kerana rasa amarah yang mencanak naik secara tiba-tiba.

Wajah Emylia Rose muncul.

Tidak lain tidak bukan.

Amanda menggenggam penumbuknya. Rahangnya diketap, kalau wanita bernama Emylia Rose ada dihadapannya mahu dia cakar wajah wanita itu menggunakan kukunya yang tumpul dan berkilat. Senjata yang tumpul jika digunakan untuk menyakiti, ia memberi rasa sakit yang menderitakan.

SeductionWhere stories live. Discover now