Seduction |10

10.1K 612 51
                                    

        TIBA di lantai hotel yang diinap mereka, kaki Daniel terhenti dihadapan bilik Tengku Harith. Teringat kembali perbualannya dengan Tya Irena.

"Tolong rahsiakan pertemuan kita dari Harith, Daniel. Saya masih belum bersedia"

Itu pinta Tya Irena. Bukan permintaan Tya sahaja, malah dia sendiri sudah menabur janji sebelum itu yang dia takkan beritahu kepada Tengku Harith. Daniel melepaskan nafas berat.

Sukarnya untuk dia menyimpan rahsia yang satu ini. Sangat susah. Iyelah, tujuan dia ikut Tengku Harith kesini pun semata-mata untuk Tya Irena dan ternyata wanita itu memang ada disini. Wanita itu duduk dihadapannya dalam tempoh yang agak lama tadi. Wanita itu malah berbual dengannya. Argh, sumpah Daniel rasa seperti mengkhianati kawan baik sendiri.

Tengku Harith anggap pencariannya disini hanya sia-sia tetapi sebenarnya tidak. Ianya tidak sia-sia. Kalaulah dia boleh beritahu segalanya tetapi janji dia pada Tya juga harus dia hormati.

"Maafkan aku, Harith" ucapnya. Langkah diteruskan menuju ke bilik hotel yang ditempah bersebelahan bilik Tengku Harith. Tengku Harith kata, sengaja dia tempah dua bilik supaya Daniel boleh bawa perempuan balik... bodoh betul.

Punggungnya dilabuhkan m diatas sofa bujang yang terletak di satu penjuru bilik itu. Telefon bimbit yang tidak dibuka sejak Tya duduk dihadapannya tadi dikeluarkan dan kembali dibuka.

Ada satu pesanan dari aplikasi whatsapp dari mamanya kurang 20 minit lalu.

Abang dah makan?
Adik ada sekali ke?
Kenapa mama message dia tak jawab?

Soalan mamanya dibalas lalu nombor Danish terus didail. Tak sampai 10 saat, panggilannya dijawab lelaki berusia 25 tahun itu.

"Hai abang sayang" sapa Danish dihujung sana mesra. Bahagia betul suaranya. Banyak main! Tak tahu hati si abang disini sudah panas.

"Balas whatsapp mama sebelum aku sunatkan l kau buat kali kedua."

"Iya, dah balas dah. Tadi aku beraklah,"

"Patutlah busuk sampai sini, ciao!"

Panggilan dimatikan.

Adiknya, Megat Danish. Lelaki itulah penyebab Daniel kerap ke Kota Paris. Danish menetap di sini sejak dia tamat sekolah. Dia sambung belajar dan terus bekerja disini juga.

Mama berat nak terima keputusan Danish tapi mama tak mahu halang. Ada sebab kenapa adiknya itu bawa diri sampai ke sini dan Daniel juga faham sebabnya. Mungkin, dia sedikit kuat berbanding Danish untuk berhadapan dengan masalah yang tercipta kurang 10 tahun lalu sebab itu dia masih mampu bertahan.

Tapi tidak orang yang ada disekelilingnya— Danish dan mama.

Lagipun, kalau dia tak bertahan siapa nak jaga mama kan?

Tapi itulah satu balanya penghijrahan Danish ini. Sejak Danish ke sini hampir setiap bulan mama minta Daniel datang ke Kota Paris untuk melihat keadaan Danish. Anak bongsu ni kan banyak cekadak sikit. Ada masa, mamanya juga akan ke sini dan melawat Danish.

Danish akan pulang bila ada perayaan penting dan urusan yang memerlukan dia di bumi Malaysia.

Kata Danish, suatu hari nanti dia akan balik. Dia akan jaga mama dengan baik tapi buat masa ini dia amanahkan Daniel untuk jaga mama dan update urusan kesihatan mama pada dia. Dia fikir dia siapa nak turunkan amanah pada orang? Haih, tak guna betul.

SeductionWhere stories live. Discover now