Bab 2

859 30 1
                                    

Saling berpandangan, Eman jungkit kening. Serentak Syed Fachry mengeluh berat. Kapala tergeleng laju.

"This is nonsense. I rasa I buat benda paling gila dalam hidup I." Dia bingkas bangun . Mundar mandir sambil geleng kepala. Sesekali dia pandang tubuh petite Eman Ezakia yang baru sahaja bergelar isteri dia.

Like, seriously dia kahwin dengan Eman?

" Awak dah jadi suami saya dah pun. Saya pun dah jadi isteri awak. Tak ada yang nonsensenya." Eman peluk tubuh. Cebik bibir. Dari tadi lagi orang tua tu tak berhenti membebel. Duk nonsense, nonsense dari tadi.

"Ezalia, look...... I tak tahu macam mana i kahwin dengan you. I rasa keputusan kita dua ni......"

"Awak nak tidur dengan saya, atau awak nak rehat dekat sofa je dulu malam ni? Which one?"

Ternganga mulut Fachry. Dia tak habis bercakap lagi, Eman dah potong dengan ayat yang mampu buat jantung dia luruh.

"Ww......what?" Bibir menyoal terkejut. Eman tersengih macam kerang busuk. Jungkit- jungkit kening. Serentak bibir Fachry mengeluh berat. Dia pegang kepala.

Tika itu juga, pintu bilik diketuk dari luar. Muka Ezi terjegul di depan pintu. Tengah tersengih - sengih macam kerang busuk.

"Nak apa, Ezi?" Eman soal keras.

"Abang Fachry dah nak tidur ke?"

"Abang? Kau panggil laki aku abang?" Bulat mata Eman. Ezi cebik menyampah.

"Tak, Kenapa?"

"Budak - budak ni nak bergambar. Jomlah..."

Mak aih!!! Ajak laki aku macam ajak laki sendiri. Baru je Eman nak buka mulut, Fachry selamba je keluar dengan muka manis dia tu. Orang tua ni pun gatal jugak!! Bibir mendengus geram.

"Kacak menantu kamu, Gayah. Pandai Eman pilih."

Cik Gayah senyum meleret. Daripada majlis tadi, tak henti-henti orang kampung memuji. Kembang hidung dia.

"Kaya pula tu. Aku dengar .... Tan ... Tan... Syed... Sri ke apa entah. Payah aku nak ingat."

"Tan Sri Syed Fachry."

"Haa!! Tan Sri. Orang kaya tu...." Muncung mulut cik Senah.

"Kau cakap orang tua, Gayah. Aku tak nampak tua pun." Norizan pula menyampuk. Tak puas mata dia curi - curi padang menantu Cik Gayah.

"Itulah pasal. Dahlah kacak. Kaya pula tu. Untung kau Gayah."

Cik Gayah sengih sampai telinga. Rasa bangga. Hilang semua api kemarahan dia dekat Eman. Sebelum ini, kemain dia halang. Bila tengok Fachry depan mata, terus kelu bibir dia.

Kacak sungguh!! Tubuh tinggi. Sedap mata memandang. Kalah Aiman anak dia. Apatah lagi nak dibandingkan dengan suami dia. Jauh panggang dari api.

"Pandai Eman pilih. Aku nak suruh anak aku cari menantu macam tu jugaklah." Angan Norizan. Semua orang ketawa. Kemudian, mereka minta diri pulang ke rumah. Hari pun dah lewat malam dah.

"Seronok orang puji?" Cik Gayah menoleh. Pandangan bertaut dengan sepasang mata Pak Kassim. Spontan bibir mencebik.

"Nak mengata sayalah tu."

"Dua minggu lepas kemain halang sampai tak nak mengaku anak. Harini sengih lebar sampai ke telinga."

"Abang pun sama."

"Eh, pulak?"

Cik Gayah merengus. Sengaja dia sepak kaki suami masa nak naik ke atas. Pak Kassim ketawa kecil. Macam - macam.

Naik atas, dia tengok semua duk kerumun Fachry. Masing - masing nak bergambar serta bersembang. Meriah benar. Anak mata mencari kelibat Eman. Si anak sedang bersandar di muka pintu bilik dengan renungan.... Menyampah kut. Pasal semua orang duk kerumun suami dia.

"Korang nak bersembang sampai pagi esok ke?" Dan - dan Eman bersuara kuat. Semua orang pandang dia.

"Aku banyak lagi kerja nak buat dengan laki aku...." Dia sound macam tu pasal yang duk kerumun Fachry tu semua anak dara. Baya - baya dia je. Sebelum ni kemain kutuk dia kahwin dengan orang tua. Sekarang ni, mereka pula lebih - lebih.

"Tak sporting lah kau ni, Eman. Abang baru nak kenal sanak - saudara." Sampuk Syada.

"Amboi!! Siap berabang bagai. Aku pun tak panggil bang. Tak payah nak gatal - gatal. Esok boleh sambung kenal sanak saudara." Eman panggil Fachry masuk bilik. Mencuka muka sepupu - sepapat gatal.

"Betul tu. Esok lusa boleh berkenalan. Malam ni, biar Fachry rehat dulu. Kasihan dia penat. Seharian majlis."

"Alaa..... abang tak ada cakap apa pun. Eman tu je yang over. Kedekut."

"Dah laki dia. Ikut suka hati dia lah. Yang kau nak sakit hati tu kenapa, Syada?"

Eman angkat ibu jari. Dia suka kalau Mak lang bersuara. Pedas dan panas. Bisu semua orang. Padan muka!! Dia jelir lidah dekat Syada.

Fachry geleng kepala tengok

Eman. Pasal benda ni pun nak gaduh. Betul ke dia kahwin dengan Eman?

Masih meragui keputusan sendiri. "Awak buat apa lagi dekat luar?

Pergi mandi..." Arah Eman

Fachry bangun. Atur langkah ke

bilik. Melintasi cik isteri, dia tenung

seketika. "Kenapa? Nak mandi dengan

saya ke?" Eman berbisik perlahan. Sengih mengada. Fachry jegil mata. Nakal tu simpan sikit. Depan

orang ramai ni.. tak habis-habis

perangai budak dia. Hela nafas

perlahan, Fachry masuk bilik. Bersihkan

diri dan berehat. Badan mula terasa

lenguh-lenguh



TAN SRI SYED FACHRYWhere stories live. Discover now