BAB 10

1.5K 41 9
                                    

Jam 11 malam, baru Fachrytiba di rumah. Banyak sangatkerja dekat ofis. Kaki aturlangkah, tangan urut belakang leher. Sesekali dia paut bagi ada bunyi. Barurasa lega. Nampak je sofa, dia terushempas duduk. Sandar tubuh seraya pejam mata. Menghilangkan rasa penat lelahseharian.

Lima minit kemudian, dia bukasemula mata. Dahi berkerut. Rumahmacam sunyi sangat. Dongak kepala, tingkat dua semua gelap. Lampu dapurpun sama. Lampu ruang tamu jeterbuka. Tak jadi dia nak rehat. Malah, terus bangun buka lampu. Serta carikelibat Eman. Dekat dapur sah-sah takada. Fachry panjat tangga, bilik dia pungelap. Semua bilik gelap gelita. Buka pintu, buka lampu. Sekelipmata bilik terang benderang. KelibatEman tak ada. Aik? Dia tengok jam ditangan. Pukul 11 malam dah. Dia pergimana?

Fachry keluar bilik, dia cari dekatbalkoni. Selalunya Eman suka lepak atasbuaian sambil main phone. Pun tak ada. Cek setiap bilik, pun sama. Tak ada. Berat keluhan yang dia lepaskan. Tangan di dahi. 

"Pergi mana pulak budak ni?" Suara lemah terhela. Dia masuk semulake dalam bilik. Campak briefcase, kaki diatur ke meja make-up. Ada Ipad danjuga note kecil.

 'Sorry.' 5 huruf ringkas. Buka Ipad, panjang keluhan Fachry. 

"Oh my god.." Tongkat lengan, dia mengeluh lagi. Sesaat, dia check balik Ipad. Kerja yang dia buat tadi, elokEman save dalam folder. Seakan tak percaya, dia buka satupersatu. Semuanya cukup lengkap. Malah, Eman pula yang betulkan typokerja dia. Ketap bibir, dongak. Fachrymendengus geram. Dia ingat baliksemua ayat yang dia keluarkan siangtadi. Tangan menepuk dahi. Fachrymundar-mandir sendiri. Capai phone, dia dail nombor Eman. Malangnya, diacuma dengar suara robot perempuan. 

"Where are you, Eman?" Diacuba lagi. Pun sama. Hantar whatsapp, satu tick je. Eman tutup telefon.

"Shit!!" Tak semena-mena, dia mencarutbersama dengusan kasar. Bertenangsekejap, dia cuba fikir secara normal. Breath-in, breath-out.. dia gosokdada sendiri. Kawal diri supaya tenang. Kemudian, dia fikir lagi. 

"Okay!" Dail nombor seseorang, tak sampai seminit panggilan bersahut. 

"Eman ada dengan Najja ke?" Diacall anak saudara. Najja diam. Kemudian, dia mengeluh. Fachry tarik nafas lega. Diaconfirm Eman ada dekat sana. Malah, dia dengar suara Eman tanya siapa.

"Suruh dia tunggu dekat sana. Paksu jemput sekejap lagi."

 "Dia tak nak balik." Fachry bisu sesaat. Kemam bibir. Nafas terhela perlahan. Najja dah keluar bilik. Jauh dariEman. Pasal tadi dia dah pesan kalauFachry call, jangan angkat. Janganbagitahu dia ada dekat sini. Masakeluar, dia terserempak dengan mama.

 "Siapa?"

 "Paksu." Sekelip mata telefonbertukar tangan. Dan Fachry dengar suara KakYam di talian.

"Apa dah jadi dengan korangberdua ni?" Suara Kak Yam sedikit kasar. Fachry tunduk menekur lantai. Sebelahtangan dalam kocek seluar. Kaki pulamain kuis-kuis karpet. 

"Dia cerita apa?"

 "Dia tak cerita apa-apa. Menangisje kerja dia dari tadi." Hujung bibir diketap. Rasabersalah mula menunjal dada. Dalamnafas Fachry tarik bersama rasa sepidan gelisah. 

"Sekejap lagi Fachry sampai.." 

"Tak payah. Biar dia tidur dekatsini malam ni.."

"Kak Yam...""Dengar cakap Kak Yam. BiarEmam tidur dekat sini." Tegas. Tiadakompromi. Spontan Fachry melepaskankeluhan berat. Sesaat kemudian, panggilan di matikan. Bahu mengendur. Tangan meraup wajah. Tak ada pilihan, dia akur dengan permintaan Kak Yam. Capai tuala, dia masuk ke dalam bilik air. Bersihkan badan.

 "siapa call?" Soalan pertamadari Eman bila dia masuk bilik. Senyumkelat. Najja tayang phone.

"Boyfriend." Dia ketawa kecil. Tipu sunat tak apa, kan? Badandibaringkan sebelah teman. Merekasama-sama pandang siling.

 "Paksu ada call?" Perlahan jesuara Eman. Antara dengar tak dengar.

 "Kalau rindu, balik rumah." Bibir mencebik. Dia kepalpenumbuk. Suara garau Fachry kembaliterngiang-ngiang di telinga. Taksemena-mena kolam mata terasahangat. Pantas dia seka dengan tangandan tarik nafas.

 "Paksu marah kau ke?

Sepi. Hanya dengar angin aircond. Najja teleng ke kiri. Eman macam tahantangis lagi. Dia dah mati kutu dah.

 "Cuba kau cakap dengan aku, Eman. Apa dah jadi sebenarnya?" Diatukar posisi. Duduk mengiring pandangEman dengan tangan menongkatkepala.

"Tak ada, apa." Mengelak. Pusingtubuh. Tapi, Najja tarik menghadap dia. Mereka sama-sama berkeras. Kemenangan berpihak pada Najja.

 "Tell me.." Tegas. Panjangkeluhan Eman. 

"Aku kena marah"

"Aku dah agak dah." Dia petik jari. Eman cebik bibir. 

"Sebab apa?"

"Aku kacau dia buat kerja."

"Paksu workaholic. Dia tak suka orang kacau dia buat kerja." Jelas Najja. 

"Aku rebut Ipad dia untuk bergurau. Semua kerja dia hilang." Najja bisu. Berani betul Eman buat macam tu. Sedangkan dia sendiri pun tak berani nak kacau bila paksu buat kerja. 

"Kalau dia nampak sibuk, aku memang tak kacau. Paksu memang garang bila dia marah." Najja angkattangan gaya surrender.

 "Aku tahu." Sendu. 

"Dia marah sekejap je tu. Lepasni okaylah tu.."

 "Dia hina aku. Dia kata aku budaktak matang.." jeda. Ketat dada dia. berat nafas yang dia sedut.

 "Eman.." 

"Dia kata dia serabut dengan aku. Penat nak layan karenah aku." Sambung Eman dengan suara semakinbergetar.

Najja ketap bibir. Dia kehilanganbicara. Terkejut sebab paksu sanggupcakap macam tu. Mana hati tak terluka. 

 "Mesti dia menyesal kahwindengan budak-budak macam aku kan, Najja? Najja pegang bahu Eman. Diapula yang sebak bila tengok sepasangmata itu berkaca. Dia yang dengar pundah terasa hati. Inikan pula Eman yanghadap masa tu. 

"Dia cakap aku menyusahkandia.." Emam ketap bibir yang bergetarhalus. Sepasang mata pula, diakerdipkan berkali-kali supaya air hangattak mengalir lagi. Penat dah nakmenangis. 

"Mungkin dia tak sengaja. Masatu dia tengah marah.." Eman angguk mengiakan. Memang Fachry marah sangat sampaihempas Ipad ke lantai. Nasib tak crackje. 

"Dia hempas Ipad ke lantai. Nasibtak crack je." Bulat mata Najja. Mulutmelopong. Takkan sampai macam tusekali? 

"Are you serious?" 

"Aku tak pernah tengok diamarah macam tu. Aku takut..." Diapejam mata. Air hangat tetap degilmengalir. 

"Man... janganlah menangis. Akupun rasa nak menangis." Najja cebikbibir. Gosok bahu si teman. Hati diamudah tersentuh.

 "Mungkin dia memang serabutsungguh dengan aku, kan?" 

"No. Mana ada. Jangan fikir yangbukan-bukan." 

"Dia sendiri yang cakap." 

"Kan aku dah cakap paksu tengahmarah. Orang tengah marah ni, diamain sebut je tanpa fikir panjang." Dan ayat itu melukakan hati aku, Najja. Hati aku hancur lumat. 

"Dia tak pukul kau, kan?"

Eman geleng kepala. Najja tariknafas lega sambil urut dada. Janganlahsampai naik tangan.

 "Paksu kaki pukul ke?"

 "Tak. Dia marah mulut je. Kerjaapa yang hilang sampai dia marahmacam tu?"

 "Tak hilang pun. Aku dah recoverbalik. Ada je benda tu dekat dokumen. Dia je yang tak pandai cari. Letak emosidi depan berbanding akal. Jadi macamtulah." Cebik Eman geram.

 Mula tu, dia rasa bersalah sebabkacau. Tapi, bila jumpa fail. Sakit pulahati dia. 

"Jadi, dia marah takbertempatlah?" 

"Itu yang buat aku sakit hati. Nakmarah aku, marah jelah. Tak payahlahcakap aku menyusahkan. Terasa hatiaku..." Najja peluk bahu Eman. Diagosok perlahan. Tak tahu nak bagi kata- kata semangat macam mana dah.

 "Aku tak nak jumpa dia dah." Eman pusing tubuh. Sekaligus tutupbicara antara mereka. Pejam mata. Diapaksa diri tidur walaupun tak lena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAN SRI SYED FACHRYWhere stories live. Discover now