BAB 5

801 25 1
                                    

Pasal kes semalam, Eman bawa diri. Merajuk. Masuk bilik pun dah lewat. Tak bercakap dengan dia. Fachry dah mati kutu nak pujuk. Lagipun, dia memang tak reti memujuk. Macam mana nak pujuk? Beli gula-gula? Eman tu bukan budak 4 tahun. Nak bagi bunga, rasa macam cringe je. Meremang bulu roma. Sudahnya, dia bisu je. Curi-curi pandang bila Eman laludepan mata. Dia tunggu Eman cooldown dulu, baru dia akan tegur.Ikut cara dia. Bukan cara oranglain.

"Eman macam mana?" Fachry bagi ruang kepada ayahmertua duduk di sebelah. Si ayahpelawa rokok, dia geleng kepala. Gajet, dia letak atas meja kopi. Ketepikankerja sementara waktu. Pandangan dihala keMarah halaman rumah. Petang- petang macam ni, dia lepak dekatbalkoni rumah je. Walaupun rumah kampung, tapicantik. Balkoni rumah, mak hias cantik -cantik sampai boleh jadi tempat lepak. Ada tempat untuk bermain congkak. Dekat dinding, ada hiasan barang- barang lama. Rumah Eman macamrumah antic. Banyak barang dulu kala. Seminggu duduk sini, mata tak puasperhati. Ada yang berkenan di hati. Beza jauh dengan rumah dia. Walaupunagak besar, tapi tak ada sentimentalvalue.

 "Eman buat perangai lagi?" Pandangan mereka bertaut, Fachry senyum. Geleng kepala. Ayahmertua, tua 10 tahun je dari dia. Rasakekok pula. Eman pula, beza 22 tahundengan dia. Segan pun ada. Dah tua bangka, ada hati nak kahwin denganbudak remaja. 

"Eman tu memang macam tupun. Payah nak dengar cakap orang. Suka buat kepala sendiri. Maaf kalaususah untuk Fachry jaga dia." Lembutbicara Pak Kassim. Fachry cuma ketawa kecil. Diadah lama tahu perangai Eman. SebabEman tu kawan anak saudara dia. Hari- hari hadap.

 "Biasalah, ayah. Budak baru nakmenginjak dewasa. Tak boleh nak kataapa." Sekilas, Pak Kassim pandang simenantu. Ada sesuatu yang menganggu fikiran dia. Tapi, nakmeluahkan tu berat hati lagi.

 "Kenapa, ayah?" Sedar akanrenungan si mertua, Fachry menyoalhalus.

 "Kalau ayah tanya, Fachry janganterasa hati ya?" 

"Apa dia?"

 "Macam mana Fachry boleh ajakEman kahwin? Ayah bukan apa.. Emantu budak-budak. Kalau ikutkan umur, dia macam anak Fachry sendiri. Kalaubab muka, kamu nampak macamsebaya je dengan dia." Sempat lagi tu, mertua puji. Tariknafas dalam-dalam, dia ketawa kecil.

Bila ingat balik benda lepas, rasa lawakpun ada. Tak sedar, dia geleng kecil. 

"Kalau berat untuk kamu jawab, ayah faham." 

"Eman yang paksa saya supayakahwin dengan dia."

"Huh?" Terkejut Pak Kassim. "Apa dia?" 

"Eman paksa saya berkahwin. Diaugut dia akan bunuh diri kalau saya takberkahwin dengan dia." 

"Astagfirullah-al-azim." Mengucap panjang Pak Kassim. Dadadiurut laju. Terkejut dengar jawapanFachry.

"Eman tu kawan baik anaksaudara saya. Dari situlah kitorangrapat. Tapi, tak pernah pula saya terfikirnak berkahwin dengan dia. Jauh bezaumur kami.." Akui Fachry. Memang ituhakikatnya. Tak pernah dia terfikir nak jadisuami Eman. 

"Ya Allah anak aku...Si Eman ni..." Puntung rokok dia campak ke tanah. Tak henti mengurut dada. Rasanya sakit jantung bukansebab rokok. Tapi, sebab perangai anaksendiri. Sampai tahap macam tu?

 "Kamu percayalah dia cakap nakbunuh diri?"

"She did it." Laju Fachry balas. Tapi, terlepas Bahasa Ingeris pulak dah.

 "Dia memang buat pun. Dia pernahhantar gambar pergelangan tanganberdarah. Potong nadi sendiri."

 "Ya Allah..." Semakin kasar nafasPak Kassim. 

"Memang tangan dia ke?"

 "Malangnyaa.. cuma sirap je. Diacampur dengan apa entah sampainampak macam darah. Anak saudarasaya berkomplot sekali." Fachry ketawakecil. Masa kejadian, dia memangmarah gila. Tapi sekarang, dia rasabenda tu lawak. Sangat tak matangbudak berdua tu.

 "Apa nak jadilah dengan budaksorang tu. Suka sangat buat orang risau. Bila nak berubah entah." Geleng kepala. Dia hela nafas. Tak sangka sampai macam tu. Bukan setakat dia je kena paksa jadiwali, malah Fachry sendiri kena paksajadi suami. Alahai... 

"Budak tu memang akal panjang. Suka berdrama. Dengan Aiman pun diapernah buat perangai. Gara-garalambat jemput dia dari sekolah, bolehdia ugut nak terjun bangunan. Kecutperut masa tu." Aiman mencelah. Melabuhkan duduk di antara ayah danadik ipar. 

"She did it?"

"No. Ugut semata-mata. Sometimes, joke dia tu over sangat. Penat dah nak tegur." Aiman mengeluh.

 "Dia tak cukup kasih sayang, mungkin..."

 "Bukan tak cukup. Terlebih kasihsayang. Sebab tu jadi macam tu. Semuaorang manjakan dia terutama ayah. Jadibesar kepalalah. Pasal dia tahu semuaorang sayangkan dia." 

"Ayah pulak yang salah?"

"Betullah. Ayah terlebihmanjakan dia. Tu belum dia merajuk. Kalau merajuk, nantilah...."

Fachry telan liur. Dia tak sedaphati dengar ayat Aiman. Pasal, Emansedang merajuk dengan dia.

 "Kalau dia merajuk, macam mananak pujuk?" Aiman dan ayah salingberpandangan. Kemudian, merekamelepaskan tawa. Kelat muka Fachry.

 "Tak ada jalan." Balas merekaserentak. Ambik kau! Lagi payah kerja dia.

 "Goodluck jaga Eman. Nasib baikdia dapat suami macam Fachry. Legahati kami. Baru dia tahu langit tu tinggike rendah. Orang tak akan ikut kepaladia setiap masa." Ujar Aiman seraya tepuk bahu Fachry. Semalam bila diatengok cara Fachry bawa balik Eman, dia hela nafas lega. Dia tahu adik diabuat pilihan yang tepat walaupun jarakjadi masalah. Kenapa Fachry rasa, ayat Aimantu macam seram je. Macam payah jenak jaga Eman. Tapi, dia tetap ukirsenyum walaupun kelat. Keputusan diasalah ke? Tak sedar, bibir mengeluhhalus.


TAN SRI SYED FACHRYWhere stories live. Discover now