BAB 4

792 31 1
                                    

Pelik bila Fachry tak henti merenung dia. Gaya dia merenung tu macam ayah-ayah pandang anak buat kesalahan. Dan renungan dia lebih tajam berbanding ayah. Eman telan liur. Dia senyum, tapi kelat dan kekok.

 "Saya ada buat salah?" Dia tanya, jemari tunding pada diri sendiri.

Fachry hela nafas. Sah! Bila orangtua tu dah hela nafas macam tu, memang ada yang tak kena. Sebab tugaya Fachry setiap kali dia buatsomething yang tak kena di matanya. Eman cebik bibir. Jemari main pusing- pusing atas katil.

 "Mak ayah you bagi ke youkahwin dengan I?" 

Huh? Soalan apa orang tua nitanya? 

"Kalau tak bagi, tak adanya awakjadi suami saya."

 "Keluarga you yang lain?" Fachrypeluk tubuh. Bersandar pada pintu. Gaya tu cukup seksi. Tapi, bila dengan muka berserta renungan tajam, dia jadigerun. Tak seksi langsung. 

"Tak ada kaitan." Cebik bibir. Diageleng kepala.

 "Ezalia, you know what? Sampai ke harini I masih tak percaya yang I berkahwin dengan you. I sendiri masihragu-ragu dengan keputusan I." Jeda.

 Dia tarik nafas dalam-dalam. Helapanjang. Pandang wajah keanak-anakanEman.

Oh my god, Fachry! What have you done? Hati kecilnya mendesis.

 "I still rasa yang I masih bermimpi..."

"Apa yang awak nak sampaikan sebetulnya?" Terus Eman cantas bicara encik suami. Muqadimmah panjang sangat. Penat dia nak tunggu.

 "Kenapa you gaduh dengan Mak Ina?" Sepi. Eman kelu sesaat. Kemudian, dia ketawa-ketawa. Bangun dari duduk, kaki di atur ke arah encik suami. Dia berdiri depan Fachry dengan gaya yang sama. 

"Siapa mengadu?" Rasanya kes semalam, tiada siapa yang tahu kecuali mak, maklang, ayah dan Mak Ina sendiri. Takkan Mak Ina mengadu dekat Fachry, kut? Sedangkan dia yang kutuk Fachry. Ayah? Lagilah mustahil.. tak adanya ayah nak burukkan anak sendiri. Mak pun sama. Maklang lagilah...

"I tahu you masih budak, tapi..."

"Siapa bagitahu?" Suara naik seoktaf. Fachry hela nafas lagi. Tangan mendarat di bahu cik isteri.

 "Calm down, okay. I nak nasihat. Bukan bergaduh."

"Si Syada ke bagitahu? Kenapa dia mengadu dekat awak? Apa hak dia?" Bertalu-talu Eman serang Fachry dengan soalan.

"Eman Ezalia..."

 "Lepaslah!" Memberontak. Diatepis tangan Fachry. Berundur setapak. Turun naik dada dia menahan amarah. 

"Perempuan ni memanglah!" Dengusan terluah. Eman dah rempuhbilik. Dia cari Syada. Menonong langkahdia atur keluar dari rumah. Sarungselipar pun terbalik. 

"Ezalia, wait!" Fachry keluar bilik. Panggil cik isteri. Tapi, Eman dahmenonong keluar rumah.

 "Kenapa, Fachry?" 

"Eman nak pergi mana?" Mak dan ayah menyoal. Kemambibir, Fachry depa tangan separuhsambil jungkit bahu.

"Nak pergi serang, Syada." 

"Ooo..""Apa dia?" Cik Gayah terkejut. Bulat mata dia. Fachry angguk, CikGayah mengucap panjang. Dia singsing lengan baju hinggake siku. Rambut disanggul tinggi. Kepalatergeleng laju.

 "Budak ni kan.. kalau tak caripasal, tak sah!" Bibir dah berleter. Sarung selipar, dia keluar rumah.

Fachry dan ayah pun sama. Turutmenuju ke rumah Mak Ina sebelahrumah. Mereka sampai je, dia nampakEman dan Syada dah bergaduh. Maintarik-tarik rambut. Mak Ina menjerit-jerit nak halang. Fachry tepuk dahi. Geleng kepala. Ya Allah, Eman. 

TAN SRI SYED FACHRYWhere stories live. Discover now