PROLOG

59 12 0
                                    

                        Langit bertukar gelap. Cahaya bulan malam bertukar sedikit demi sedikit di balik awan hitam. Pasukan pertahanan perang sudah siap sedia dengan kedatangan makluk langit bulan biru tersebut.

Malam ini, malam yang mengerikan buat penduduk hutan biru itu. Kerana adanya pertumbuhan darah serta kehilangan orang yang tersayang.

Bayang-bayang seekor kuda muncul dari langit menutupi cahaya bulan biru. Bulan yang datang tidak tentu tahunnya. Dan keluarlah seekor kuda untuk menyerang penduduk hutan biru bagi melengkapi tenaganya yang habis untuk kekal hidup selamanya. Beberapa ahli tentera telah mengeluarkan kuasa magik mereka. Cahaya berselang-seli antara satu sama lain.

Ferocious horse.

Sungguh mengerikan. Tidak seperti rupa jelita yang dimiliki. Mata bersinar itu seperti menembus satu persatu manusia magik yang cuba untuk menghalangnya. Dia membuat bunyi bising dengan kuat. Masing-masing menekup telinga. Mereka menunduk kesakitan. Tangan terlepas dari jaring yang siap untuk memerangkap Ferocious horse.

Satu kayu besar terapung lalu di hempaskan kedepan Ferocious horse. Kuda tersebut membuat kebisingan yang lebih kuat. Semua terduduk. Tidak mampu untuk mengawalnya. Tenaga mereka seperti sudah hilang diambil binatang tersebut. Magik mereka yang telah berlatih bertahun-tahun seperti tidak bernyawa.

Bunyi tangisan bayi mendimkan kuda tersebut. Dia mencari di mana bunyi itu berada. Tentera yang sedikit lega dari kesakitan bangun semula ingin menyerang.

"Anak kita.. comelnya dia" dalam keributan diluar sana. Si isteri selamat melahirkan anak perempuan mereka yang pertama. Zilen menyambut baby tersebut dengan perlahan. Dia mengucup dahi anaknya yang tidak henti menangis. Tangan mengusap rambut anaknya lembut.

"Sayang.. mana Ayahnda?" Soal itu di lontaran kepada Putera Zilen, Sang Suami. Zilen memandang Rita Hilani dengan wajah gelisah. Soalan itu dia cuba jauhkan dari tadi daripada isterinya. Tapi malang sekali, dalam keadaan selepas melahirkan dia lebih mengingati Ayahnda Zackery, bapa mentuanya itu.

"Di mana Ayahnda Putera Zilen?!" Sekali lagi soalan itu meluncur dari bibir isterinya.

Melihat kegelisahan Sang Suami lagi membuatnya tidak tentu arah. Pasti Ayahnda pergi turun pertempuran! Tidak! Dia tidak akan biarkan Ayahnya berseorangan!

Dia cuba membangunkan dirinya dalam keadaan kesakitan selepas lahir. Zilen yang melihat situasi itu cepat bertindak. Dia memegang erat tangan Rita Hilani tidak membenarkan ia pergi.

"Bahaya di luar sana. Awak harus berehat dengan secukupnya" riak wajah simpati ditayangkan oleh Putera Zilen.

"Saya tak boleh biarkan Ayahnda pergi. Cukup pemergian bonda jadikan saya pengajaran buat kalini."

                            Zilen melutut di depan abu isterinya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


                            Zilen melutut di depan abu isterinya. Tak mungkin. Semuanya musnah dengan sekelip mata. Hanya kerana satu malam. Malam yang akan menerima banyak kehilangan nyawa. Tapi tidak terlintas di mindanya selama ini, isterinya adalah salah satu mangsa tersebut. Ayahnda. Semuanya lenyap. Tinggal dia serta anak yang baru sahaja di lahirkan. Yang masih belum sempat di belai kasih oleh si ibu serta datuk.

Rita..

Kenapa..

Kenapa tinggalkan ia berseorangan menjaga anak mereka? Bagaimana dengan penduduk hutan biru ini Ayahnda? Semua.. semua tanggungjawab serta merta jatuh atas bahunya.

"Ayahnda! Jauh!" Rita menjerit sekuat hati. Bunyi kuda tersebut sedikitpun tidak memberi kesan apa-apa terhadap dirinya. Tapi hanya membuat kebisinan dan menyukarkan ia bercakap.

"Balik Rita! Biar Ayahnda tamatkan permainan Ferocious horse!" Raja Zackery memegang tongkat ajaibnya dengan erat. Sikit lagi semua ini akan tamat. Dia berlawan dengan suara kuda tersebut. Cukup! Cukup apa yang terjadi pada isterinya dahulu! Kali ini dia akan tamatkannya!

"Kita usaha sama-sama! Kita dapat sama rata! Itu janji Ayahnda! Ayahnda lupa ke?!" Tidak mungkin. Itu hanya satu-satu nya peninggalan Bonda yang paling berharga. Raja Zackery. Tidak akan sesekali dia membiarkan Ayahndanya berseorangan!

"Cukup Rita! Buang semua janji kanak-kanak Rita! Ini antara hidup dan mati! Pergi dari sini!"

Rita Hilina meregus kasar. Janji kanak-kanak?! Mari dia tunjukkan janji kanak-kanak itu!

Rita berlari laju kearah Ferocious horse. Tali yang sudah sedia pada awal di lengannya di pusing dan mencampakkannya. Tepat masuk jeratannya. Dia menarik kuat Ferocious horse lalu melompat naik keatasnya.

"Rita! Turun!" Jerit Raja Zackery.

"Ini janji kanak-kanak yang Ayahnda katakan! Rita akan tunjuk!"

Raja Zackery membutan. Cahaya bersinar keseluruh pelusuk hutan tersebut. Putera Zilen yang masih baru sampai menahan silauan tersebut tembus ke mata.

"Rita!!"

"Sayang!!"

Sedikit demi sedikit cahaya itu pergi. Awan yang menutupi bulan bercahaya biru tersebut beransur pergi. Bulan berganti warna. Tiada lagi cahaya biru yang mengerikan itu.

Zilen membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Kosong. Semua telah lenyap. Ferocious horse berjaya mengambil tenaga-tenaga manusia menjadikan santapannya.

Zilen bangun mencengkam dadanya. Dia bersumpah dengan abu isterinya, dia akan tamat kan Ferocious horse!

 Dia bersumpah dengan abu isterinya, dia akan tamat kan Ferocious horse!

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
BLUE MOONLIGHT || SUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang