>BAB 1<

28 8 1
                                    

                        Kaki melangkah sedikit laju. Urgh awal tahun sudah lewat ke sekolah. Sudahlah dia senior tahun ni. Sepatutnya beri tunjuk ajar yang baik pada adik-adik. Bahu di tepuk dari belakang menyentak kan Yully Zarita. Dia berpaling.

"Kau laju-laju ni kenapa Yully? Awal lagi kan" Sapa Didi. Rakan sekelasnya. Sudah lama mereka berkawan sejak awal pembukaan sekolah ketika umurnya 8  tahun.

"Untuk kau je awal, untuk aku dah lambat. Dah blah aku nak cepat." Yully menolak Didi yang menghalang jalannya. Dia mempercepatkan langkahnya.

"Wehy Yully nak tahu tak?"

"Tak nak!!" Laju sahaja Yully mencantas. Dia menekup telinga tanda tidak ingin mendengarnya. Didi mencerut. Ceh!

"Tak nak sudah.. aku ada dengar cerita yang sekolah hari ni ada orientasi bersama pengawal istana" Dalam tidak mahu, Didi bercerita. Sengaja ingin Yully mendengarnya.

Yully membutan. Pengawal? Dia memberhentikan langkah.

"Apahal pulak?! Diaorang tak de kerja ke kat istana sampai kat sekolah pun diorang nak kawal?!" Marah Yully. Sedikit melepaskan ketidak puas hati. Ada-ada saje lah orang-orang istana ni. Makin lama dia lihat, makin mengarut!

"Mana lah aku tahu" Didi mengangkat bahu. Bukan usurannya.

"Miky mana? Selalu dengan kau?" Soal Yully. Kelibat budak kecil di cari. Bukan boleh di kira macam Miky mouse. Kalau ingin muncul dia muncul, kalau ingin pergi lesab begitu sahaja.

"Baahh!! Haa cari akuu lah tuu!"

"Oii cicakk melekat!" Terkejut Yully dibuatnya. Kan dah kata! Ada sahaja budak tidak cukup umur ni! Miky kurang umurnya 2 tahun sebelumnya. Jadi layaklah dia dengan gelaran budak tidak cukup umur.

"Pstt-" Miky menutup mulut menahan tawa. Dia tersengih apabila mendapat jelingan tajam Yully.

"Diam kau!" Yully mengeluarkan botol air. Air itu di teguk. Haus. Mereka berjalan hingga sampai ke sekolah. Sudah namanya hutan, haruslah berjalan kaki.

"Di minta para pelajar Magik Syenblue sila berkumpul di Dewan latihan." Masuk sahaja mereka sudah di panggil oleh guru bertugas. Kaki menuju ke arah tersebut.

Yully yang persan ramai pengawal istana di setiap pintu masuk dewan sudah gelisah. Habis lah dia.

"Yully ambik ni makan." Auntie Flora menyediakan roti serta susu buat anak buahnya. Dia menaiki tangga apa bila panggilannya tidak di sahut.

"Yully!!"

"Yee Auntie! Yully dah siap! Sekejap!" Yully membelek pakaian di depan cerminnya yang memantulkan tubuh badannya. Siap! Dia memandang tongkat magik nya. Hurm tak perlu kot. Bukan berguna pun tongkat itu. Menyusahkan dia lagi adalah.

Tapi kalau tak bawa nanti..

"Yully!! Lama lagi ke lewat dah!" Sekali lagi namanya di panggil.

"Okey Auntie! I'm coming!" Dia membiarkan tongkat tersebut di dalam kotak khasnya. Biarlah. Tidak ada guna jika di bawa. Beg sandarnya di ambil dan digalas. Dia menutup pintu kemas.

"Ambik ni makan. Ni sekali minum"

"Tak pe Auntie, Yully dah lambat. Bye Auntie love you!" Dia mencium pipi Auntie Flora lalu cepat berlari keluar.

"Jom Yully" ajak Didi mematikan lamunannya.

"Erk.. kau pergi dulu. Aku sakit perut. Errr sakitnya.. apa lah Auntie Flora bagi susu pagi ni. Susu basi gamaknya." Yully memegang perutnya. Muka di kerutkan menahan sakit yang di buat-buat.

BLUE MOONLIGHT || SUWhere stories live. Discover now