> Bab 4<

11 3 0
                                    

Mereka bertiga memerhati sekeliling yang terletaknya 'orang lama' yang di maksudkan oleh Miky. Yully memandang Miky dengan raut wajah heran.

"Oi budak. Betul ke kau ni?" Dia menepuk Miky apabila melihat Miky tidak habis-habis tengok peta yang direka khas oleg dirinya sendiri. Ada-ada je budak ni. Entah betul entah salah.

"Betullah peta aku ni. Aku tahu lah tapi yang aku pelik kenapa tempat ni tak sama macam kita tengok?"

"Aku pun nak cakap juga, ha kenapa tak sama?" soal Didi tiba-tiba mencelah. Miky mengeleng tidak tahu. Yully pula berfikir sejenak.

"Aku rasa mungkin ni sebab tempat lama kot. Jadi dia berubah lah." Kata Yully. Miky pula mengangguk. Mungkin benar kata Yully. Tempat ini tempat lama, jadi tak heranlah kalau ia tak sama macam dalam gambar.

"Iye ke? Asal aku hidup dah lama muka aku tak berubah-rubah?" Tanya Didi. Dia membelek mukanya di depan cermin yang entah datang dari mana.

"Sebab kau belum cukup entik lagi untuk berubah" Didi menjeling Miky.

"HAHAHA" Miky ketawa seorang diri sambil memegang perut. Yully menepuk bahu Miky dengan kuat.

"Ish kau ni. Diam lah jangan lah bising sangat nanti orang dengar lah!"

"Opss!" Miky menutup mulutnya dengan kedua tapak tangan.

"Alah tapikan kita datang memang cari diorang. Biarlah" sambung Miky balik.

"Ish lembab juga kau ni kadang-kadang. Masalahnya kita tak tahu orang kat sini macam mana" balas Yully. Dia memerhatikan sekeliling mana tahu ada orang.

"Kalau tak tahu kita kasi tahu"

"Aduhh sakit lah!" Didi menepuk belakang Miky. Miky pula sudah mengaduh sakit. Dia berkerut muka memengang belakangnya. Tajam sahaja mata nya memandang Didi.

"Bising je kau ni dari tadi."

"Yang kau tepuk belakang aku kenapa?!" Marah Miky. Dia memukul pula bahu Didi ingin membalas. Didi tersengih kerang busuk.

"Saje nak test, aduh sakitlah" kini giliran Didi pula mengaduh sakit. Dia mengusap bahunya. Akhir sekali mereka berdua bergelut sesama sendiri.

"Kenapa lah aku boleh ikut korang ni" Yully menepuk dahinya melihat suasana yang sudah kucar-kacir.

"Apa korang buat kat sini?" Tiba-tiba satu suara menerpa dari belakang mereka. Seorang lelaki yang agak tinggi dan berusia itu dari tadi memerhatikan mereka bertiga duduk bercangkung di sebalik semak. Dengan suara mereka dia datang kesini ingin melihat gerangan siapa yang datang. Rupanya hanya budak-budak. Dia sangka mereka hanya budak-budak nakal sahaja kerana sampai ke sini memang kebanyakannya begitu.

Yully, Didi dan Miky tersentak. Mereka bertiga memandang kebelakang. Miky tersengih mengaru kepala yang tidak gatal.

"Bangun" arah lelaki itu. Mereka segera bangun lalu menepuk-nepuk habuk tanah yang melekat pada seluar.

"Pergi balik, jangan main kat sini" sambung lelaki itu. Dia pusing ingin berlalu pergi. Buang masa dia duduk sini lama-lama. Lebih baik balik dan rehat di rumah.

"Eh kami bukan main kat sini. Kami-"

"Kami tengah cari orang tok" belum sempat Yully ingin habiskan ayatnya Miky sudah menyampuk. Yully melaga bahu Miky. Ish budak ni! Nak kene ajar adab ke? Jangan menyampuk orang tua cakap!

Lelaki itu berkerut.

"Kau panggil aku atok?"

Miky mengeleng.

"Mana ada"

Lelaki itu memandang tajam. Yully dengan Didi sudah menepuk dahi. Aduh budak ni. Dia ingat orang pekak ke?

"Hehe. Kami nak cari orang pak cik. Ada nampak tak?" Tanya Miky.

"Kau panggil aku pak cik? Aku belum kawin lagi lah!" Lelaki itu mengetuk tongkatnya ke tanah dengan kuat menyebabkan angin berkincang.

Yully, Didi dan Miky menutup mata mereka yang masuk habuk. Uish kuatnya.

"Uhuk uhuk! Bluek" Didi mengeluarkan daun yang masuk kemulut. Yully pula membuang daun-daun yang melekat pada rambutnya. Miky mengeleng kepala kerana pusing.

"Pak cik betul ke tak kawin lagi? Tapi muka pak cik nampak tua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pak cik betul ke tak kawin lagi? Tapi muka pak cik nampak tua. Macam atok saya" sebaik sahaja mereka duduk di ruang tamu rumah lelaki tadi Miky mengajurkan soalan. Lelaki itu memandang tajam. Baru sahaja lelaki itu ingin mengangkat tongkatnya mereka dengan serentak menghalang.

"Ehhh!! Jangan!!" Serentak mereka bangun menahan tongkat itu dari sembah ke tanah. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia menyentak tongkatnya dari pegangan budak bertiga itu.

Mereka mengambil semula tempat duduk mereka melabuhkan punggung.

"Nasib baik. Kalau tak rumah pak cik yang terbalik. Kami okey je." Kata Didi. Yully menampar bahu Didi memberi amaran.

"Kau nak kita terbang pula ke panggil dia pak cik?" Bisik Yully perlahan. Tapi cukup di dengari oleh lelaki tersebut. Bibirnya sedikit terangkat dengan kelakuan mereka bertiga.

"Owh iye lah". Balas Didi turut berbisik.

"Tapi aku tengok pak cik tua lah Yu, kau tak nampak ke?" Balas Miky pula yang duduk di sebelah kanan Yully. Manakala Didi duduk di sebelah kiri Yully.

"Kau ni pura-pura sudahlah! Aku tak nak terbang! Kang balik rumah kita nanti!" Kata Yully. Lelaki itu sudah berkerut. Ada-ada sahaja budak bertiga ini mengumpat pasal dirinya.

"Ha kau tengok tu! Makin tua!" Kata Miky. Didi dan Yully sudah tersembur tawanya tapi sedaya upaya cuba menahan daripada terkeluar. Alahai bengapnya kawan dia yang sorang ni.

"Oii oii kau bisik apa ha? Aku kat sini lagi!" Sampuk lelaki itu. Kecik besar sahaja dia pandang budak lelaki yang digelar Miky itu.

"Hehe. Tuan belum kawin lagi ke? Serius lah?" Soal Yully. Lelaki itu menjeling.

"Pelik sangat ke umur 47 tak kawin lagi?" Tanya lelaki itu balik.

"HAHAHAHA" tidak di tahan lagi mereka dengan serentak ketawa.

Miky menahan perutnya. Tidak henti air mata ingin keluar. Yully sudah menutup mulutnya tapi masih dengan sisa tawa yang cuba yang di tahan. Didi pula sudah bersandar kerana tidak tahan. Merah muka lelaki tersebut apabila dirinya diketawakan. Dasar budak-budak tak ada adab.

"Maaf tok maaf" pinta Miky. Dia sedaya upaya menghentikan tawanya.

"Tuan tak rasa rugi ke tak kawin sampai sekarang? Tak kan tak ada pengalaman langsung. Ruginyaaa" kata Miky. Dia sudah menukar panggilan tersebut apabila melihat tongkat itu seperti ingin terangkat.

"Kau orang datang sini nak cari orang ke nak sibuk pasal zaman bujang aku?" Lelaki itu cuba menukar topik asal. Sakit hati apabila dia seperti direndah rendahkan oleh budak sekolah.

"Bu--bujang?! HAHAHA" Sekali lagi Miky dan Didi meletuskan ketawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BLUE MOONLIGHT || SUWhere stories live. Discover now