>Bab 3<

15 6 0
                                    

Yully mencampakkan badan pada tilam empuknya. Dia merenung masa depannya yang entah bagaimana nanti. Dengan tidak ada kuasa magik bagaimana dia ingin meneruskan generasi yang seterusnya? Aduh jauhnya kau fikir Yully. Dia menggeleng kepala.

"Mesti ada cara"

"Tapi macam mana?"

Dia menghela nafas buat sekian kali. Penat. 1001 cara dia lakukan. Rasa nak nangis mama!!

Mama? Hurm.

Dia bangun lalu mengambil beg sandarnya yang elok terletak di atas meja belajar. Buku yang diambil dari Miky tadi dikeluarkan lalu mencari muka surat yang ditunjukkan oleh Miky.

Benar. Batu magik yang di miliki oleh setiap orang dari rahim ibu. Tapi dia tidak kenal siapa ibunya. Kuasa magik juga akan diwarisi dari keluarga. Dia tidak kenal siapa keluarga dekatnya. Jadi menyebabkan dia tidak kenal pasti apa kuasa magik yang layak dimiliki!

'Kalau aku bagi tahu Auntie Flora mesti dia tak kasi' bisik Yully. Otaknya ligat berfikir sesuatu.

'Tak boleh, aku mesti tahu juga siapa mak ayah aku. Tapi kenapa Auntie Flora tak kasi ye?' sambung hati kecil Yully.

Dia membelek-belek muka surat yang lain. Pasti ada petunjuk.

"Aku nak cari Mak aku"

     Malam melabuh tirai

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Malam melabuh tirai. Langit semakin gelap apabila malam menjelma. Miky berjalan kaki pulang ke rumah. Dia hidup berseorangan setelah ibu bapa nya meninggal.

Dia baru sahaja habis kelas mata pelajaran sejarah petang tadi. Dan akibatnya haruslah dia pulang lewat malam. Sudahlah laluan ke rumahnya agak dalam memasuki hutan biru. Jauh dari penduduk hutan yang lain. Tapi sedikit pun dia tidak heran kerana dia lebih gemar untuk berjalan sambil menikmati keindahan alam.

Miky sangat hidup berdikari. Sebab itu dia tidak kisah untuk tidak ada sesiapa disekelilingnya. Tapi bila adanya Yully dan Didi, mereka buat dia merasa disayangi oleh orang. Sedikit pun tidak menyesal mengenali mereka berdua.

Dalam berjalan tiba-tiba sahaja hujan turun membasahi bumi. Miky memandang langit melihat titisan hujan. Dia mencari daun untuk menutupi kepalanya. Pisau dikeluarkan dari kocek seluar kemudian memotong daun keladi yang agak besar. Kemudian dia membuka kasut yang tersarung pada kaki lalu dimasukkan ke dalam plastik beg. Tidak ingin kasutnya basah. Dia berlari secepat yang mungkin agar cepat sampai ke rumahnya.

Dalam suasana hujan lebat dia mendengar suara sayup-sayup meminta tolong. Dia berhenti mencari pemilik suara. Dahi berkerut aneh. Tidak pernah dia melihat orang melintasi laluan ini kerana ini salah satunya jalan untuk ke rumahnya sahaja.

"Tolongg!!"

Sekali lagi suara itu sayup-sayup meminta bantuan. Tidak salah lagi pasti ada orang di kawasan ini. Miky mencari-cari di semak-samun yang ada disekeliling ingin mengenal pasti gerangan tersebut.

"Siapa tu?!" Jerit Miky agar orang tersebut mendengarkannya. Diam. Tidak ada sahutan. Kemungkinan dia telah pengsan.

Miky berusaha mencari pemilik suara itu. Dalam kesamaran cahaya malam Miky terlihat sekujur tubuh yang telah kaku di balik semak. Dia cepat-cepat mendapatkan orang tersebut.

"Cik? Cik okey?" Pipi itu di tepuk-tepuk sedikit agar ia cepat sedar.

"Uhukk! Uhukk!"

"Cik okey?"

"Biar benar kau ni Yully? Auntie kau tak marah?"

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Biar benar kau ni Yully? Auntie kau tak marah?"

Yully menghela nafas panjang.

"Kau ni tak payah lah bagi tahu dia. Mesti dia tak tahu punya." Balas Yully. Dia sudah fikir masak-masak dia kena cari mak ayah dia. Tapi sapalah dia tanpa kawan-kawankan? Hehe.

Didi mengangguk faham.

"So apa yang kita nak buat?" Tanya Didi.

"Hehe entah. Aku pun tak tahu" Jawab Yully sambil tersengih. Sebab tu dia ajak jumpa. Sebab dia pun tidak tahu nak buat apa.

Miky menjulingkan mata keatas. Dah agak.

"Ini mesti kau nak gunakan otak bijak aku kan?" Tebak Miky. Yully hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. Dah tahu lagi tanya.

"Mestilah"

"Aku rasa kita kena cari orang yang dah hidup lama. Mesti dia tahu" cadang Miky.

"Siapa?" Soal Didi dan Yully serentak.

Miky menayangkan senyum jahat.

BLUE MOONLIGHT || SUKde žijí příběhy. Začni objevovat