1

86 11 0
                                    



"Cikgu boleh tak saya nak keluar bertugas. sekarang dah pukul 9:50."dengan sopan santunnya lris meminta izin dari cikgu Hafizah untuk keluar bertugas.

"Boleh lris. Baik, ada sesiapa lagi yang ingin keluar bertugas? selain lris?"tanya cikgu hafizah selaku guru bahasa melayu kelas 4rusyd.

Semua menggelengkan kepala menandakan tiada lagi pengawas yang ingin bertugas ketika rehat selepas ini. Nampaknya lris terpaksa bertugas seorang diri lagi.

lris yang berada dihadapan pintu kelas terus turun ingin ke tempat bertugas nya yang bertempat dikantin sekolah mereka.

Ketika ini, Iris berada di ruangan kantin
"Hm..Aku nak makan apa eh harini?"Tanpa membuang masa berfikir panjang lris terus melangkah menuju ke gerai yang menjual pelbagai air minuman disitu.

"Ye dik. Nak air apa?"

"Air coklat satu cik."

"2 ringgit."Iris menghulur duit kertas 5 ringgit sebelum peniaga itu memberi baki 3 ringgit kepadanya kembali.

Sesudah lris membeli air minumannya. Dia menuju ke meja yang kosong untuk memulakan tugas seperti pengawas lain yang berada disitu.

Kali ini lris ditugaskan untuk menjaga besen makanan yang berhampiran meja kantin.

Sedang leka dia termenung ke satu arah, sambil menikmati minuman yang dibelinya. Tiba-tiba seorang lelaki berada diarah bertentangan yang dia merenungkan tadi.

lris yang tersedar terus mengalihkan padangan ke arah lain. Sempat mereka melihat mata antara satu sama lain dengan tidak sengaja. Wajah lris yang kian memerah akibat malu.



"We Rin, kau tahu tak tadi aku tertenung sorang budak lelaki ni!"wajahnya terus memerah selepas teringat kembali kejadian tadi yang masih segar di ingatan. Tapi apabila diingat kembali, perwatakkan dan baju yang dipakai oleh lelaki itu terlihat seperti pelajar menengah atas sepertinya.

"Hah?? kau tertenung sapa?? laki ke perempuan ?? hensem tak?? ke kau tertenung crush aku!?? kalau kau tenung crush aku siap kau?!"balas Rin laju. Risau gamaknya kalau lris tertenung crush dia tadi.

"Eh, rilek la. Biar aku explain satu persatu. Dia lelaki. Hensem tu boleh la jugak. Tapi, sebab dia pakai cermin mata jadi nampak nerd sikit, yang penting bukan crush kau!"

Terus tersedak Rin. "Eh kau, tadi kata hensem pastu kata macam nerd pulak. Kalau bukan crush aku, crush kau la kan."Tiba masanya ingin mengusik lris. Kening diangkat sebelum bibir tersenyum senget melihat Iris atas bawah. Karang ada juga yang kena cucuk mata tu.

MY ANIME BOY ©️Where stories live. Discover now