2

49 10 0
                                    

"Ris kau rasa kan, crush aku suka aku tak?"

Ris, nama kedua yang selalu digunakan oleh rakan-rakan lris termasuk Rin yang selalu memanggilnya dengan gelaran itu.

"Tahlaa, bagi aku dia macam suka kau juga, lagipun dia takkan tak perasan lagi yang kau dah suka dia selama 4 tahun! Tapi kesungguhan dia untuk membuktikan yang dia suka kau tu takda langsung!"Ris juga melihat bagaimana cara layanan baik Rin terhadap crushnya tapi semua layanan baik itu tidak pernah sama sekali nampak di mata lelaki itu.

Walaupun bergitu, Rin masih menjaga iktilatnya sebagai seorang perempuan. Crushnya hanya di chat kadang kadang sahaja.

"Hmm..Mula la aku rasa tawar hati dengan dia gini.."Rin membuat muka masam mencukanya menunjukkan dia tidak main dengan kata-kata yang dilemparkan sebentar tadi.

"Mula la tu tawar hati pastu esok kata suka lagi, tapi kau dah suka dia 4 tahun takkan kau nak mengalah gitu aje?! Itulaa kalau nak uncrush mula awai awal lagi , kau ni memang tk serik-serik."sebagai sahabat yang baik lagi cerdik mestilah tugasnya untuk memberi nasihat yang bernas.

Tiba-tiba dari kejauhan ternampak seorang lelaki berada di hujung pondok, pondok itu bersebelahan dengan pondok yang mereka berdua berada.

"Rin! cuba kau tengok lelaki tu."ujar lris sambil mengoncang tangan Rin yang sedang makan itu.

"We kau ni kenapa?! aku tengah makan ni sabar la kejap kasi aku telan dulu burger ni. Kot ya pun nak bagitahu kau nampak si lesung batu tu takyah la goncang aku teruk sangat!"lesung batu. Nama gelaran Rin kepada crushnya.

Nama gelaran itulah yang selalu digunakan ketika ingin berbual  dimanaa-mana sahaja tempat. Salah sebab mengapa dia menggunakan gelaran lesung batu kerana crush Rin dikurniakan kecacatan paling indah dimata Rin, iaitu sepasang lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Lesung pipitnya menambah lagi ketampanan pada wajah lelaki itu. Lesung pipitnya akan kelihatan hanya ketika lelaki itu tersenyum dengan iklas.

"Bukan we... Itu lelaki yang aku terpandang dia haritu!!"

Terus sepasang mata Rin melihat ke arah gerangan yang disebutkan tadi.

"Hensem laa! Kenapa kau panggil dia NERD??!" karang ada jugak yang nak kena sepak. Muka helok macam gitu dipanggil nerd. Haih..sekelip mata sahaja mood Rin berubah.

"Eh kau, betul la nampak macam nerd sikit tapi sikit je laa..Tapi aku cop dulu eh! kau mentang mentang dah tawar hati sikit dekat mamat lesung batu tu terus kau nak suka aku punya mr nerb pulak!" mereka berdua bertengkar sehingga menggangu pelajar-pelajar yang lalu berdekatan kawasan pondok itu.

"Elehh..Mentang aku kata hensem terus kau kata kau punya. Dasar perempuan!"

"Kau cakap macam kau tu lelaki, padahal kita sama perempuan kan!"

"Dah la malas gaduh. Lebih baik aku usya lesung batu yang tengah bertuggas dekat block D tu, hensem siot dia betulkan rambut dia." tersengih-sengih Rin apabila perasan kelibat lesung batu yang berada di tangga hujung block D. Aik, tadi kata nak uncrush...

MY ANIME BOY ©️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن