𝔈𝔭𝔦𝔩𝔬𝔤

59 9 5
                                    


2 Tahun kemudian,

Iris sedang membawa puteri sulung mereka bersama lrsyad untuk menghirup udara segar di South,Korea pada waktu pagi.

"Irdina Melysa, pergi mana tu sayang? sini dekat mama!" Panggilnya kuat ketika susuk puterinya sudah menjauh dari pandangannya.

"Abang, jom kejar dina! dia dah pergi jauh tu risau pulak saya." Lalu lris memegang erat tangan sasar suaminya lalu membawa lrsyad bangun dari kerusi untuk mengejar langkah puteri mereka.

Manakala situasi lrdina pula, dengan terkedek-kedek langkah kecil sambil berlari-lari ketika sedar bahawa dia telah jauh dari ibubapanya, terus berjalan tanpa arah.

Bukk..

"aduu..akit..nyerr kaki kiterr."ngadu lrdina perlahan apabila merasa pedih dilutut akibat jatuh tersembam dengan sendirinya tadi.

"Baby, are you okey?"Tanya seorang lelaki, prihatin. Apabila ternampak gadis kecil ini jatuh dengan sendirinya tanpa dibantu oleh sesiapa.

"akitt.."terus wajah lrdina bertukar merah kerana ingin menangis sambil menunjuk ke arah lututnya yang sedikit kemerahan itu.

"malay?arhh, adik okey ke, mana mak ayah adik?"

lrdina hanya menggeleng dia juga mencari di mana keberadaan ibubapanya dari tadi.

Tiba-tiba datang pasangan yang separuh umur, dengan gaya nya seperti ibubapa kepada budak perempuan ini.

"Ya allah, lrdina Melysa! sayang okey tak? sorry, mama terlepas pandang awak tadi."kata lris cemas, terus dia memeluk anak nya yang sudah berair mata ingin menangis itu.

Manakala lelaki tadi melepas nafas lega apabila ibubapa budak ini suda datang.

Dia juga sedang menghirup udara segar ditempat ini.

"ehem, your girl ?" sambil mata tepat memandang wanita separuh umur tadi yang bershawl hitam.

"oh,sorry sir.Did my girl hit you earlier?"kata lris namun mata masih memandang kearah lrdina.

"Well, anak kau tak langgar aku pun, just aku ternampak dia jatuh seorang diri tadi."

Seketika lris seperti kenal dengan suara ini. Tambahan pula lelaki itu berbicara dalam bahasa melayu.Seperti pernah mendengarnya saat kenangan di pantai dahulu...

Eh kejap...

Lambat lambat lris terus mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang telah menyelamatkan anak nya tadi.

Terkejut.Rindu. ltu yang dia rasakan saat mata mereka bertentangan seketika.

"I-lqram?" kata lris perlahan namun masih boleh didengar.

"Yes. and you, lr? lqram juga terkejut setelah melihat wanita dihadapannya ini.

lris hanya mengangguk untuk menutup rasa gemetar nya ketika sekali lagi mereka bertemu setelah 2 tahun tidak bersemuka secara tiba-tiba.

"Ehem."lrsyad yang dari tadi melihat sahabat lamanya berbual dengan isterinya tadi tiba-tiba menjadi sunyi.

"Kau buat apa dekat sini iq?"

"Aku dapat kerja dekat sini."Jawab lqram dengan tenang.

"ohh."terus lrsyad maju kehadapan lqram untuk memeluk sahabatnya yang sudah lama tidak berjumpa.

"Comel anak kau, nama apa?"

"Nur lrdina Melysa."

Iqram hanya mengangguk walaupun sebenarnya dia dah tahu nama pendek budak tu tadi.

Jam ditangan menujukkan pukul 10 am. Terus lris meminta izin untuk pulang kerumah. Nampaknya itu kali terakhir lris dan lqram terserempak. Lega rasanya entah kenapa.

MY ANIME BOY ©️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant