4

39 11 0
                                    


lris menuju ke arah kawan nya yang sedang berehat di tempat biasa mereka makan sewaktu rehat iaitu di pondok yang besebelahan block D.

"Rin kau nak tahu tak cita pasal semalam? " dengan perasaan gembira dia ingin memberitahu sahabat baiknya itu.

"Apa?? kau dah cakap dekat lqram tu ke yang kau suka..."

Terus lris menekup mulut Rin yang sikit lagi hendak telajak cakap tanpa menghiraukan sekeliling mereka.

Telajakperahu boleh diundur, telajak kata...

"Kau ni kalau iya pun jangan la cakap kuat kuat cuba kita tukar nama panggilan dia!"cakap lris sambil cuba memperlahankan suaranya agar Rin saja dapat mendengarnya.

"Hmm...biar aku cipta.. apa kata kau letak si yoshi sebab nama baju dia aku baca yoshi."

"Menarik, tapi macam orang boleh teka! letak anime boy la!"

"Okey jugak tuh.. ikut kau lah Ris!" sempat mereka berbual sebelum kembali ke kelas kerana waktu rehat sudah habis.

:

"Boringnya..cuti dua minggu ni nak buat apa eh?"kata lris seorang diri sambil menghempas punggung ke atas tilam yang empuk itu.

"Haa apa kata aku cuba chat dia.. mana tahu boleh ajak sembang kari."

Dengan sopan terus lris chat lqram untuk bertanya khabar katanya.

"Aslam, lqram awak buat apa tu?"

"Wsalam, tak buat apa tengah tenung anime girls ni." katanya bersahaja

"Lebih bagus awak tenung saya ni."tanpa sedar lris terlepas cakap.

"Ya allah apa aku ni. astagfiruallah!" terus panik dia dengan cepat ingin memadam chat yang dihantar tadi.

Belum sempat tangan lincah ingin memadam chat tersebut. Terus chat yang dua tick berubah ke dua tick berwarna biru. "Alamakk apa aku nak buat ni?!!"ucapnya panik. Didalam hati sedang menyumpah diri sendiri kenapa cuai sangat.

"A-awak. maaf-m-maaf saya tak sengaja cakap macam tu.S-sebenarnya saya nak hantar mesej tu dekat orang lain."

Kata lris sebelum lqram berfikir bukan bukan pula.

"Oh. sokay haha jangan panik sangat"sambil ketawa terbahak bahak 'Comel juga kau ni'katanya didalah hati sambil ketawa lagi yang kini lebih kuat.

"Rilek je, pasal sufian dengan sakinah tu kisah dorang bercinta dekat tangga, tengoklah lepas ni kisah kita pula." sambil ketawa tak berhenti-henti.

Terus merah wajah lris akibat menahan malu. Tambah-tambah lqram membalas seperti itu.

"M-maaf sekali lagi kalau saya tersalah cakap dan maaf sebab menggangu waktu awak." er boleh la tu ayat untuk larikan diri dari dimalukan lagi.

Mesej yang dihantar lris hanya dibiarkan, dengan dua tick berwarna biru.

MY ANIME BOY || ©️Where stories live. Discover now