3

41 11 0
                                    


Ketika kelas mereka tidak ada guru ganti yang masuk, maka bermulalah sesi makcik pakcik membawang seperti suasana Pasar Malam di dalam kelas itu. lris yang bosan terus mendekati kawan baiknya untuk mengajak bersembang kosong.

"Bosan la...dahla kelas kita bising nak mampus...ada ketua kelas dengan penolong kelas pun tk guna!"

"Nak buat macam mana ketua kelas kita tu banyak musuh.. sekali suruh senyap nanti ada yang menjawap.. kalau tak menjawap nanti mulalah sesi pergaduhan macam kanak rabena." bukannya ketua kelas tak menegur kesalahan pelajar didalam kelas, namun ada sekelompok pelajar perempuan yang tak puas hati kerana tidak dapat berdating di dalam kelas. Kelas saja paling depan tapi perangai macam kelas belakang.

"Bukan nak mengata tapi aku pun kadang rimas juga dengan budak Miyza tu, dah la berbulan madu dalam ni, pastu kalau kebetulan kita terlalu tepi boyfriend haram dia. Mesti nak jeling jeling sampai juling mata tu!" ujar Rina lagi, melepaskan geramnya. Mereka yang berada di dalam kelas juga sudah lalai melihat sepasang pasangan itu. Rimas. Rasa ingin report pada guru disiplin sahaja!

"We!we!we! Dengar nii!" sahut Sara dari tepi.

"Kau kenapa Sara? tiba-tiba sahaja!" potong Rin.

"Aku ada taruh hati pada seorang lelaki ni. Katanya dari 5 Rusyd."

"Haa pastu?"Rin seakan tertarik dengan cerita Sara. Yang lain hanya mengangguk.

"Aku dengar lagi nama dia Muhammad Hanif Iqram, dia friendly juga katanya. Walaupun nampak nerd tapi tampan juga kan!"

pfff..

"Yekeee????" lris yang dari tadi diam tiba menyampuk.

"Ye tapi aku rasa macam nak uncrush dia sebab aku ada jumpa someone lain. Kalau kau nak cuba pun apa salahnya.Tapi.."

"Bangun!!!!" belum sempat Sara ingin menghabiskan ayat cikgu telah masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pelajaran.

"We, kau rasa kan apa Sara tu nak cakap bagi habis eh pasal lqram tu?"

"Aku taktahu la pula, hehe."

"'Ala kau cuba je la chat dia, dekat telegram boleh. Kau cari contact dia dalam grup sekolah kita."

"Betul juga, nanti aku cuba."sempat dia memeluk rakannya sebelum dia beredar untuk pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan.

"Malu pula nak chat diaa..Nak cakap pasal apa eh?"sambil tangan bermain di dagu.

"Chat je la apapun, belum tentu dia nak balas chat aku kan!" tanpa membuang masa terus tangan mengetik nombor yang tentera nama Hanif Iqram.

"Asalam, betul ke ini Hanif Iqram. 5 Rusyd?"

Dengan tangan yang terketar ketar dia paksakan juga untuk menaip. Tiba-tiba rasa haus. Belum sempat ingin bangun ada bunyi notifikasi dari telegram yang menandakan ada mesej baharu. Terus dia batalkan niat untuk minum air.

Tinggg!!

"Wslm, ya?"

Salam tu kalau boleh mahu disingkatkan lagi. Itulah manusia zaman sekarang. Otak ligat berfikir untuk membalas kata kata lelaki itu.

"Boleh tak saya nak berkenalan dengan awak, kalau tak boleh takpa sorry kacau masa awak. Kalau boleh tahu awak dah ada girlfriend belum? Saya tanya bukan nak ajak couple pula."panjang lebar Iris menaip.

"Sure, why not. Aku takda girfriens and kau takde la kacau masa aku pun. Lagipun sekarang tengah free time so aku tengah rehatkan diri."

"Oh saya nak tanya, kenapa awak selalu pakai inner eh dekat sekolah?"Iris tanpa segan silu terus menaip soalan apa kini berada di fikirannya. Sewaktu dia terpandang Iqram, Dia ada perasan lelaki itu memakai inner bagi menutup lengannya mungkin.

"Sebab aku nak tutup tatto."

"Whatt?? seriously Iqram!"kalini serius dia bertanya. Dia tidak percaya! Tapi tidak pula dihantar mesej itu pada Iqram. Hanya menaip sebeluk dipadam semula mesejnya. Rasa nak terkeluar bebola mata apabila membaca mesej itu.

"Gurau je, takkan la aku nak bertatto dekat sekolah pula kan."

"Manalah tahu, dahla saya nak tolong ibu saya dekat dapur pula. Bye." terus lris menutup phone nya lalu ditaruh ke sebelah.

Tiba-tiba mukanya merah tanpa sebab mungkin kerana malu bagaimana boleh secepat ini lelaki itu membalas sapaan nya dan lebih terkejut cepat sahaja dia selesa dengan lelaki itu. Sebelum ini Iris seorang yang suka pulaukan orang, senang cerita dia seorang yang tidak ramah. Apa pula dengan lelaki.

Kepala diangguk seketika, betul kata Sara. Iqram memang seorang yang peramah.Tak sabar pula ingin memberitahu Rin, bagaimana reaksi kawannya setelah diberitahu nanti.

MY ANIME BOY ©️Where stories live. Discover now