SOURUMEITO 11

1.2K 104 10
                                    

Hari ini hari yang agak sibuk untuk Jay dan anak-anak nya di pejabat kerana banyak urusan hartanah yang perlu mereka selesaikan. Nashmia pula sudah tidak menang tangan bila dia terpaksa menguruskan urusan tapak projek seorang diri. Kekosongan jawatan Pegawai Pengurus Pemasaran tu pula masih lagi belum terisi sehingga kini. Hairan juga kerana dia tidak nampak pun ada sebarang urusan temuduga yang di buat oleh papa nya setakat ini. Sekarang dia sangat-sangat perlukan jawatan tu untuk di isi. Sekurang-kurang nya dia dapat fokus pada lawatan tapak projek nya. Kadang-kadang sampai tak larat dia handle dua kerja dalam satu masa.

Klien dari Jepun pula, kadang-kadang sampai lewat malam masih berurusan dengan mereka. Nak mengeluh pun tak boleh. Ini soal rezeki, soal perniagaan yang sudah lama papa nya bangunkan. Dia sebagai legasi penyambung kena berusaha lebih keras lagi untuk terus mengembangkan perniagaan papa nya.

Pagi tadi pula, dia telah menerima satu emel berkaitan pembatalan kontrak kerjasama dengan Syarikat milik Tan Sri Badrul hanya kerana orang tua itu tidak berpuas hati dengan Jazeel dan papa nya tempoh hari. Dah tua tapi perangai tak semenggah. Bila mengingatkan kejadian yang berlaku tempoh hari, sakit hati juga dia mendengar kata-kata orang tua itu. Bukan nya nak menasihati anak, malah dia pula yang menggalakkan anak nya berbuat jahat. Bapak jenis apa macam tu. Kalau ikutkan hati dia, nak aje dia tumbuk muka orang tua tak sedar diri tu. Kasihan Bunga. Nasib baik la along nampak. Kalau tak, entah apa yang dah lelaki tak guna tu buat agak nya malam itu.

Nashmia melangkah menuju ke bilik Jazeel membawa beberapa buah fail untuk di tandatangani oleh Jazeel. Sekarang jam sudah menginjak ke pukul 12. 30 tengahari. Pintu bilik abang nya di ketuk sebelum dia melangkah masuk. Mata beralih ke arah abang nya yang masih tekun menyemak dokumen di atas meja.

"Along, masih banyak lagi ke nak kena semak tu?" Nashmia labuhkan duduk. Dia meletakkan beberapa buah fail di atas meja Jazeel.

Jazeel angkat kepala. Dia mengangguk seketika sebelum meneruskan kerja nya. Tidak mahu membuang masa yang ada. Kerja harus di siapkan hari ini juga.

"Bukan along kata nak jemput klien dari Jepun ke tengahari ni? Flight dia pukul berapa?" Soal Nashmia lagi. Sebab semalam Jazeel ada beritahu ada klien istimewa dari Jepun nak datang hari ini. Sebab itu Jazeel sendiri yang nak pergi jemput klien tu di airport.

Jazeel terus tepuk dahi. Dia benar-benar terlupa. Dia melirik jam di tangan. Tak sempat la kalau dia nak pergi ni. Kerja dia berlambak lagi nak kena selesaikan ni.

"Aduh adik, along minta tolong adik pergi jemput klien tu boleh? Along tak sempat la ni dik"

Nashmia bersandar di belakang kerusi. Dia berpeluk tubuh. Pulak dah! Wajah abang nya di pandang. Dia bukan nya suka sangat nak keluar jauh kalau waktu-waktu tengahari macam ni. Sudah tentu jalan sesak di luar tu. Sebab semua orang akan keluar untuk makan tengahari. Belum lagi sesak dengan ibu bapa yang keluar mengambil anak balik sekolah. 

"Please... jangan la pandang along macam tu. Along bukan nya sengaja pun"

"Macam mana Mia nak kenal klien tu? Print lah nama dia. Senang nanti Mia tak payah nak cari dia satu airport tu" Nashmia mengalah juga akhirnya. Kasihan melihat along nya yang tak berehat sejak tadi. 

Jazeel ukir senyum.

"Tak perlu. Sebab dia kenal dengan Mia nanti" Jawab Jazeel ringkas.

"What?" Nashmia sedikit terkejut. Dia tegakkan tubuh.

"Apa yang terkejut sangat ni?"

"Tak.. tak.. macam mana along boleh kata yang klien tu kenal dengan Mia? Jumpa pun tak pernah" Nashmia sedikit ragu-ragu melihat Jazeel sekarang.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن