SOURUMEITO 31

1.3K 85 12
                                    

"Tōchaku shimashita, okyakusama" (Kita dah sampai, tuan)

Akito terus membuka pintu kereta tempat duduk belakang. Menunggu Hisoka keluar dari situ. Dan malam ini, wajah Hisoka sudah diubah 100% dan terus terselindung wajah sebenar nya di sebalik topeng itu.

Hisoka melangkah keluar. Dia memerhati seketika bangunan hotel di hadapan nya ini. Tidak sabar mahu melangkah masuk ke dalam. Mahu berjabat tangan dengan Jay Zaqwan Kobayashi. Senyuman di ukir selebar mungkin.

"Ingat malam ini aku bukan Hisoka, tapi aku adalah Roka. Pastikan tiada sesiapa yang terdedah identiti nya malam ini. Bersikap macam biasa, tunjukkan keramahan dengan rakyat Malaysia"

"Baik tuan, perintah di turuti" Akito terus menunduk.

Hisoka terus berjalan menghala ke arah lobi hotel. Di ikuti oleh Akito. Malam ini dia hanya berpakaian biasa seperti ahli perniagaan yang lain. Perwatakan dan penampilan berubah sama sekali. Sekarang bukan lagi Hisoka yang berada di sini, tapi hanyalah seorang lelaki biasa yang bernama Roka, mahu mengembangkan perniagaan kereta nya di Malaysia.

Hisoka dan Akito melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah penuh dengan tetamu itu. Bunyi bising memenuhi sekitar ruang dewan. Nampak grand majlis malam ini dengan kehadiran tetamu yang datang dengan pelbagai fesyen dan penampilan.

"Jay and his wife" Akito berbisik ke telinga Hisoka sambil tangan nya menunjuk ke arah Jay yang sedang bercakap dengan Tan Sri Borhan di sana.

"And those are his children, Jazeel and Nashmia" Akito menunjuk ke arah kanan pula.

Hisoka angguk sambil ukir senyum. Anak-anak saudara dia ada di sana ye? Dia melilau sekeliling mencari kelibat Shin sebelum matanya terhenti di hadapan pentas. Melihat Shin sedang di peluk erat oleh seorang perempuan seksi di sana.

"Is that Miranda?" Soal Hisoka perlahan.

"Yes sir" Akito mengiakan.

"Hmmm great. Nice! Dan aku sangat suka dengan suasana ni.. semua orang ada di sini" Hisoka ukir senyum lagi. Senyuman yang sangat menjengkelkan.

"Kenalkan aku dengan Jay" Pinta nya lagi.

Akito menurut dan mengangguk. Dia terus melangkah menghampiri Jay yang berdiri di sana. Dan Hisoka sekadar berdiri di situ. Memerhati dan terus memerhati keadaan di dalam dewan yang besar dan luas itu.

"Hello, excuse me Sir" Akito menegur dengan ramah bila dia menghampiri beberapa orang tokoh perniagaan yang sedang berbual-bual di situ.

Seketika, masing-masing terus menoleh ke arah Akito. Semua melihat dengan dahi berkerut ke arah seorang lelaki yang datang menegur mereka di situ. Muka baru yang tidak pernah mereka nampak pun sebelum ini.

"Yes?" Balas Jay bila dia  melihat pandangan lelaki itu terhala ke arah nya, bukan ke arah mereka yang lain.

"Chotto dake ohanashi dekimasu ka?" (Boleh kita bercakap sekejap?)

Jay sedikit terkejut bila mendengar lelaki ini berinteraksi dalam bahasa Jepun dengan nya.

"Nihonjin?" (Orang Jepun?) Soal Jay semula.

Akito mengangguk. 

"Maaf semua. Saya minta diri sekejap. Sayang tunggu sini sekejap" Jay berbisik kepada isterinya dan terus bergerak dari situ mengekori Akito. Siapa lelaki ini? Dan kenapa lelaki ini mahu bercakap dengan nya? 

Langkah Jay semakin merasa lain di saat dia terpandang belakang tubuh seorang lelaki yang membelakangi mereka berdiri di sudut ruang dewan. Semakin berkerut dahinya melihat. Entah kenapa ada rasa pelik menjalar dalam diri nya saat ini bila dia semakin menghampiri sosok tubuh lelaki itu. 

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt