SOURUMEITO 18

1.3K 106 9
                                    

Berdecit-decit bunyi lantai yang licin itu dengan geselan tapak kasut mereka bertiga yang kelihatan lincah menari di situ sambil di iringi lagu dari kumpulan kpop popular, BTS.

Masing-masing melepaskan geram selepas sekian lama tak menari bersama begini. Suara Jazeel sejak tadi bergema mengetuai tarian itu. Shin dan Nashmia terus menari dengan begitu cantik sekali seiring dengan irama rancak yang berkumandang.

Bunga sejak tadi tidak berkelip mata duduk di situ melihat Jazeel yang tinggi lampai itu nampak sangat kacak dan bergaya bila menari dengan pakaian serba hitam begitu. Topi pula melekap kemas di kepala. Alahai, makin jatuh tergolek hati nya melihat. Tadi sewaktu dia menghubungi Nashmia, gadis itu mengatakan mereka berada di sini untuk menghabiskan masa hujung minggu menari di sini. Tidak menunggu lagi dia terus saja mengarahkan Murad membawa nya ke sini.

Selepas kejadian Jazeel menolak lamaran nya, semakin itu juga lah dia kerap mahu mendekati lelaki itu. Biar lelaki itu sampai naik rimas kerana dia akan pastikan Jazeel menerima lamaran nya juga nanti. Dia tidak akan melepaskan Jazeel begitu sahaja kerana dia benar-benar mahukan lelaki itu menjadi milik nya.

"Step! Step!" Langkah tarian mereka terus berhenti dengan serentak sebaik saja Jazeel bersuara. Muzik yang rancak tadi juga sudah tidak kedengaran lagi.

"Abang Jaz... " Bunga terus meluru ke arah Jazeel.

Sejak tadi Jazeel naik rimas dengan budak Bunga ni. Siapa suruh dia datang ni. Ni mesti Mia punya kerja la ni. Mata budak tu tenung dia macam nak tembus saja lagak nya.

Jazeel tidak menyahut. Dia meneguk minuman di tangan nya. Kemudian dia terus berlalu ke kerusi di bahagian belakang bilik tarian itu yang di sewa khas untuk mereka bertiga hari ini.

Bunga pula terus mengejar Jazeel. Panggilan nya tadi langsung tak di endahkan oleh lelaki itu.

"Abang Jaz.. Tunggu la Bunga.. Penat lah nak kejar kaki panjang abang Jaz tu" Terkedek-kedek Bunga berlari di belakang Jazeel. Dengan pakai dress kembang labuh macam ni lagi. Dia memang suka dan selesa pakai dress macam ni sebab dia rasa dia macam puteri raja kalau pakai macam ni. Hehe.

"Siapa suruh ikut? Buat apa awak datang sini?" Soal Jazeel geram. Dia labuhkan duduk di situ. Topi di kepala di tanggalkan.

Bunga tayang sengih. Dia turut labuhkan duduk di sebelah Jazeel. Matanya di kelipkan berkali-kali.

"Bakal suami Bunga, mesti lah Bunga ikut. Tengah nak praktis ni nak jadi isteri mithali"

Jazeel menjeling tajam. Haih! Payah betul lah kalau nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

"Awak pergi balik" Halau Jazeel perlahan.

"Tak nak!" Bunga berdegil.

"Huh!" Jazeel mendengus kasar.

"Bila abang Jaz nak terima lamaran Bunga?"

"Sampai bila-bila saya tak terima. Mengarut saja awak ni Bunga" Jazeel bingkas bangun membiarkan Bunga terkebil-kebil memandang nya di situ.

"Shin! Mia! Jom lah kita gerak!" Jazeel mahu keluar dari situ sebelum lengan nya di sambar oleh Bunga.

"Abang Jaz nak pergi mana? Bunga nak ikut, boleh?" Soal Bunga perlahan.

"Awak pergi balik Bunga" Lengan nya di tarik perlahan sebelum dia terus keluar dari situ.

Nashmia dan Shin menghampiri Bunga. Kasihan pula melihat Bunga yang berdiri di situ.

"Jom lah join kita orang. Kita orang pun bukan ada hal penting sangat pun. Saja nak jalan-jalan, pergi makan" Nashmia memujuk bila melihat riak wajah Bunga yang sudah bertukar keruh.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now