SOURUMEITO 20

1.5K 106 7
                                    

Jazeel menekur pandangan ke lantai hospital. Resah dan gelisah hati nya. Sudah 2 jam dia duduk menunggu di situ. Menanti pintu wad bilik kecemasan di buka. Rasa bersalah datang bersilih ganti dalam diri nya. Mendengar derapan tapak kaki Tan Sri Borhan dan Puan Sri Zahida berlari dari arah sana, bingkas Jazeel bangkit berdiri. Nashmia dan Shin yang turut duduk bersama di situ turut berdiri.

"Jaz... apa dah jadi? Mana anak uncle Jaz?" Soal Tan Sri Borhan cemas. Mata lelaki itu kelihatan merah seakan baru lepas menangis.

Sewaktu menerima panggilan dari Jazeel tadi mengatakan yang Bunga kena tikam, rasa bagaikan mahu tercabut nyawa nya mendengar. Macam mana Bunga boleh kena tikam? Sungguh Tan Sri Borhan sudah menangis teresak-esak menangis sejak tadi. Berselang seli dengan esakan Puan Sri Zahida yang juga kedengaran saat ini.

"Bunga masih dekat dalam uncle. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya minta maaf uncle.. saya minta maaf sangat-sangat" Jazeel berkata dalam nada sebak. Kenapa Bunga sanggup hendak mempertaruhkan nyawa nya sendiri untuk menyelamatkan nya?

"Ya Allah Bunga... jangan buat papa macam ni Bunga..." Tan Sri Borhan sudah jatuh melorot di situ.

"Uncle.. jangan macam ni uncle. Inshaallah Bunga akan selamat.. " Jazeel memeluk erat bahu lelaki itu. Cuba untuk menenangkan nya. Dia sendiri turut risau memikirkan keadaan Bunga. Tak putus-putus dia berdoa dalam hati semoga Bunga selamat. Rasa bersalah bertimpa-timpa datang bertandang dalam diri nya saat ini.

Seketika kemudian, kelihatan daun pintu bilik wad kecemasan di kuak dari dalam. Tan Sri Borhan dan Puan Sri Zahida terus saja meluru ke situ tanpa menunggu lagi.

"Macam mana keadaan anak saya doktor?" 

"Alhamdulillah Tan Sri, mujurlah kecederaan anak Tan Sri tak terlalu serius, sekarang dia masih belum sedar lagi"

"Ya Allah, syukur alhamdulillah. Thank you doctor" Tan Sri Borhan menarik nafas lega. Hilang sedikit rasa sesak yang menghimpit dada nya tadi.

"Biar anak Tan Sri berehat dulu. Nanti boleh melawat dia" Ujar doktor itu lagi sebelum dia berlalu dari situ.

Jazeel juga begitu. Syukur alhamdulillah Bunga selamat. Dia benar-benar risaukan Bunga tadi. Shin yang berdiri di sebelah nya menepuk perlahan bahu Jazeel. Dia hanya berdiam diri sejak tadi. Masih terkejut dengan apa yang sudah berlaku.

"Apa yang dah berlaku sebenar nya Jaz?" Suara Tan Sri Borhan menjengah pendengaran.

Jazeel menoleh. Senyuman kecil di ukir buat Tan Sri Borhan. Teringat pula bila Bunga mengajak nya masuk ke kedai emas tadi, tapi dia menolak untuk tidak mahu menemani gadis itu dan membiarkan nya sendirian di situ. Rasa bersalah sekali lagi datang menjengah dalam diri. Semuanya salah dia kerana membiarkan Bunga keseorangan. 

"Saya pun tak tahu macam mana Bunga boleh menjadi tawanan perompak tu tadi uncle" Jazeel berkata perlahan.

"Perompak?" Tan Sri Borhan sedikit terkejut mendengar kata-kata Jazeel.

"Semuanya salah saya uncle. Kalau saya teman Bunga masuk ke kedai emas tu tadi, mesti tak akan jadi perkara ni. Saya pun terkejut melihat ada beberapa orang perompak tadi di situ. Saya minta maaf uncle. Saya cuai..." Jazeel menunduk. Dia benar-benar rasa bersalah sekarang ini. Berkali-kali dia memohon maaf dari Tan Sri Borhan.

Tan Sri Borhan mengeluh kecil sebelum dia labuhkan duduk di situ. Terdiam seketika sebelum kedengaran dia mengeluh lagi.

"Anak uncle tu memang bahaya kalau di biarkan berjalan seorang Jaz. Sebab tu uncle upah bodyguard untuk jaga dan awasi dia. Uncle ni ramai musuh yang tak suka kan uncle. Bila-bila masa saja nyawa Bunga berada dalam bahaya. Mesti dia tak bagi Murad ikut dia tadi kan? Sebab Bunga yakin dia ada Jaz yang boleh lindungi dia.." Kedengaran lirih nada suara Tan Sri Borhan. Mengenangkan si anak yang selama ini ceria dan sihat, kini terlantar di atas katil hospital.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now