SOURUMEITO 48

1.4K 113 11
                                    

Seorang demi seorang menerima tamparan dari Hisoka bila mereka gagal menangkap dan membunuh Shin tadi. Kemarahannya semakin sukar untuk dikawal lagi. Lantas dia mencapai pedang yang tergantung di dinding kapal.

Rayyan, Fikri, Rosie dan Miranda sudah telan liur melihat kemarahan Hisoka yang luar biasa malam ini. Mereka baru saja sampai ke atas kapal ni tadi. Sekarang mereka nak kena tengok pula aksi pancung kepala.

"Watashi wa shippai o konomana to ittabakari da!"   (AKu dah kata aku tak sukakan kegagalan!) 

Hisoka menjerkah kuat dan nyaring. Pedang dihentak ke lantai kapal sehingga berdesing bunyi yang terhasil. Masing-masing ketakutan saat ini. Kesemua lelaki yang gagal tadi hanya menunggu masa kepala mereka terpisah dari jasad.

"Kegagalan bererti nyawa korang akan melayang!" 

Zappppp!!!!

Dan terus jatuh tergolek kepala seorang lelaki yang berdiri dihadapannya akibat putus di pancung dengan pedang di tangannya. Kepala itu elok tergolek sehingga ke hujung kaki Fikri menyebabkan Fikri terlompat-lompat di situ. Hampir saja dia hendak muntah bila melihat kepala dengan mata terbeliak dan lidah terjelir itu. 

"Eeiiii!! Ewwww!!!...u...uuuww.."

"Hoi! Kau jaga sikit! Kau jangan nak pandai-pandai nak muntah dekat sini!" Rayyan menggumam perlahan marahkan Fikri. Nak termuntah pulak dia. Macam pondan!

"Hei bodoh! Kau tak geli ke hah? Kepala orang kot, bukannya kepala babi!" Fikri tekup mulut. Sedaya upaya cuba menahan isi perutnya dari terkeluar memuntahkan semuanya.

"Macam mana kamu semua boleh gagal nak hapuskan lawan yang seorang itu? Hah!" Hisoka mengamuk lagi.

Zapppp!

Kepala lelaki yang kedua pula putus. Darah sudah mencemari lantai kapal dan sekitar dinding kapal. Bau hanyir mula menusuk ke rongga hidung. Masing-masing menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau hanyir darah itu.

Kesemua lelaki itu menunduk. Tiada yang berani bersuara hendak menjawab. Mereka hanya menunggu giliran kepala mereka jatuh tergolek ke bawah. Semua sedia maklum dengan prinsip Hisoka. Apa saja kerja yang diarahkan, mesti berhasil dan Hisoka tak sukakan kegagalan.

Jadi mereka terpaksa akur menerima hukuman malam ini. Nyawa akan melayang di hujung pedang.

"Aku memang tak boleh terima kegagalan sebab itu bukan prinsip hidup aku. Orang yang gagal tak ada guna untuk disimpan lagi!"

Zapp!!

Zapp!!

Dua kepala terputus sekaligus. Bagaikan tiada perasaan saja Hisoka bila memenggal kepala orang-orangnya. Seakan memenggal kepala binatang saja lagaknya. 

Fikri pula sudah semakin tidak mampu hendak menahan lagi. Dia akhirnya termuntah di situ juga menyebabkan Rayyan, Rosie dan Miranda terus mencerlung memandang ke arahnya. Sudahlah Hisoka tengah mengamuk, si Fikri ni pulak buat hal termuntah dekat sini. 

Zapp!!

Zapp!!

Zapp!!

Zapp!!

Dan kesemua 9 orang lelaki itu tadi sudah selamat hilang kepala mereka. Bergelimpangan kepala manusia di atas lantai kapal itu dengan darah sudah memerah mencemari seluruh ruang lantai kapal

Hisoka tersenyum sinis. Dia kemudian berpaling sebelum menghampiri Rayyan. Hujung pakaian Rayyan di tarik dan dia terus mengelap kesan darah yang mengotori permukaan pedangnya dengan pakaian Rayyan menyebabkan Rayyan terkedu melihat. Mulutnya hanya mampu melopong dan dia tidak mampu hendak berkata apa-apa bila pakaiannya sudah memerah dengan warna darah.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now