Prolog

20 9 2
                                    

SEKELIP mata sahaja kejadian buruk itu menimpa Hassan. Kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati.

“Mak, abah. Abang Long tak sempat nak balas jasa mak abah. Ya Allah,” ujar Hassan seraya jatuh melutut di hadapan jenazah ibu bapanya.

Air mata yang sedari tadi tumpah, semakin deras mengalir. Baju sekolah masih tersarung di tubuhnya. Dia baru sahaja pulang dari sekolah. Tidak terduga dia akan berhadapan dengan situasi ini.

Hassan menarik adik-adiknya ke dalam pelukan. Walau dia sedih macam mana sekalipun, dia perlu kelihatan kuat di hadapan adik-adiknya. Macam mana adik-adiknya mahu bertahan sekiranya melihat dirinya sebagai abang sulung pun, lemah semacam? Dia harus kuat! Dia tidak sanggup melihat adik-adiknya menangis seperti sekarang.

“Maira, Aina, Una. Abang Long ada. Abang Long boleh jaga kau orang.” Hassan berkata sambil mengusap kepala adik-adiknya.

Ya Allah, semakin sedih rasa hatinya setiap kali melihat air mata adik-adiknya yang mengalir. Mereka tidak bercakap walau sepatah pun, hanya air mata yang menjadi bicara mereka bertiga.

“Abang Long akan berusaha sampai berjaya. Abang Long akan pastikan kau orang dapat pendidikan yang terbaik. Itu janji Abang Long.”

“Bang Long...” Husna tersedu-sedan menahan tangis. Dia dapat melihat dengan jelas air mata di tubir mata abang kandungnya.

“Abang Long akan jaga kau orang macam nyawa Abang Long sendiri.” Hassan mengelap air mata Husna menggunakan ibu jarinya.

Hassan mula bangkit. Dia menuju ke arah Haji Tam, imam masjid di kampung tersebut.

“Imam, apa sebenarnya yang jadi? Macam mana mak abah...?” Hassan tidak mampu untuk meneruskan ayatnya. Sedih bercampur pilu apabila dia melangkah sahaja ke dalam rumah, hanya jasad tidak bernyawa ibu bapanya menjadi tatapan mata.

“Arwah Hasnah dan arwah Affan terlibat dalam kemalangan. Harini majlis restu ilmu kat sekolah kan? Mak abah Hassan dalam perjalanan pergi sekolah Hassan, accident dengan sebuah lori.”

Sekali lagi, tubuh Hassan seperti mahu menyembah bumi. Semua ini... salah dirinya? Ibu bapanya ke sekolah untuk majlis restu ilmu sempena para pelajar tingkatan 5 mahu mengambil peperiksaan besar, iaitu SPM.

“Kalau tak silap saya, ibu bapa Farah pun ada sekali dalam kereta tu.” Haji Tam berkata lagi membuatkan Hassan tidak senang duduk.

“Farah?!” Hassan terkejut. Patutlah semasa pulang dari sekolah tadi, dia melihat Farah menangis sambil berlari ke rumah. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Jadi, dia biarkan sahaja Farah seperti itu. Rupa-rupanya, Farah juga mengalami nasib yang sama seperti dirinya.

“Farah kat mana sekarang, Imam?”

“Farah ada kat hospital, ibu bapa Farah dalam wad ICU. Kita uruskan pengebumian jenazah mak abah Hassan dulu ya?” Haji Tam menyentuh bahu lelaki itu. Dia cuba menyalurkan kekuatan kepada Hassan meskipun riak wajah Hassan telah menunjukkan segala-galanya.

Hassan menjatuhkan kepalanya sesaat. Kemudian, dia berpaling untuk melihat adik-adiknya. Terlihat seorang makcik sedang menenangkan mereka bertiga.

“Hassan tolong mandikan arwah mak abah dulu,” beritahu Haji Tam kepada Hassan. Hassan cepat-cepat sahaja menuju semula ke arah jenazah ditempatkan.

Mak, abah. Maafkan Hassan.












SELESAI pengebumian jenazah arwah Hasnah dan arwah Affan, Hassan laju sahaja menuju ke hospital.

“Farah?” Hassan sedih melihat raut wajah gadis itu yang menangis hiba.

“Hassan...” Farah menyeka air matanya pantas. Tidak mahu membiarkan Hassan melihatnya dalam keadaan begini.

3 || Hanya akuWhere stories live. Discover now