Bab 1

12 7 3
                                    

KEJADIAN 3 minggu lepas masih segar di dalam ingatan Hassan. Namun, dia perlu meneruskan kehidupan demi adik-adiknya berjaya.

Peluh yang membasahi dahi, disapu perlahan menggunakan kain lap. Seharian dia bekerja, mustahil tidak letih. Dia bukannya robot yang tidak tahu erti 'rehat'.

"Bang, Smoothie Oreo satu ya! Nak kurang manis tau!"

"Okay, boleh," balas Hassan singkat. Inilah pekerjaannya sejak 2 hari lepas. Sebagai tukang buat air. Lagipun, dia ditawarkan gaji sebanyak RM1500, memang dia tidak akan melepaskan peluang ini! Dia perlukan duit untuk menyara adik-adiknya.

Setelah siap menyediakan order pelanggan, Hassan berehat sebentar. Ramai pula customer hari ini. Jam ditangan dilirik. Oh, dah pukul 2 petang! Dia perlu ke pejabat pula!

"Kak Sya, tolong take over ya!"

"Macam biasa, Hassan." Kak Sya tersenyum. Dia faham keadaan Hassan ketika ini. Lagipun, dia juga pernah susah. Jadi, dia tahu Hassan perlu membuat banyak pekerjaan untuk menyara hidup.

Hassan terus sahaja membawa motosikal milik abahnya. Walaupun motor ini telah berada dengan abahnya selama 30 tahun tetapi motor ini masih boleh digunakan.

Lagipun, ini sahaja pengangkutan yang dia ada. Alhamdulillah, dia masih boleh bergerak ke mana-mana menggunakan motosikal ini. Dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

"Assalamualaikum, Cik Jah!"

"Waalaikumussalam, Hassan! Sampai pun kamu," jawab Cik Jah. Nasib baik Hassan sudah tiba. Lama perutnya berkeroncong.

Tapi, dia tidak boleh keluar dari pejabat sesuka hati. Siapa pula nak menjaga barangan peribadi yang ditinggalkan di pejabat? Hanya dia dan bos sahaja yang ada. Harini, bos keluar meeting pula.

Mujur, Hassan awal berbanding hari-hari sebelum ini. Perutnya sudah tidak mahu memberi kerjasama! Lapar sampai tidak boleh bawa berbincang!

"Mestilah! Saya dah rindu kat Cik Jah ni," usik Hassan membuatkan Cik Jah ketawa berdekah-dekah.

Bukan setakat itu sahaja, habis fail yang berada ditangan Cik Jah dihempuk ke arah Hassan. Budak ni, suka sangat menyakat!

"Aduh, sakit Cik Jah!"

Hassan mengurut bahunya perlahan. Terlupa pula dia yang Cik Jah kalau ketawa, tangan tidak reti duduk diam! Menyesal pula dia cuba mengusik Cik Jah sebentar tadi.

Cik Jah menghulurkan fail tersebut setelah berhenti ketawa. "Lain kali, kamu merapu yang bukan-bukan lagi kalau nak kena hempuk dengan fail ni! Cik Jah ni, tahun depan dah umur 30 tahu?"

"Ya lah, Cik Jah. Nak bergurau pun tak boleh." Hassan sambut juga huluran fail itu.

Senarai barangan untuk pembekal export.

"Wah, company ni nak export barang ke luar negara ke? Mesti-"

"Kamu jangan banyak tanya. Buat aje kerja kamu tu," bicara Cik Jah memotong percakapan Hassan.

Umur sahaja 17 tahun, tetapi mulut macam nenek umur 70 tahun! Banyak sangat bicaranya. Sampai tidak terlayan Cik Jah ni ha!

Hassan hanya tersengih. Lantas, dia mengambil tempat di meja berhampiran Cik Jah.

Di sini, dia hanya 'staf 3 jam' Cik Jah sahaja. Bermakna, dia akan bekerja dari pukul 2:30 petang sampai 5:30 petang. Kalau Cik Jah bagi keluar awal, dia akan terus ke pejabat berhampiran sekolahnya pula.

Dia kini membuat 3 pekerjaan. Kalau ikutkan, dia mahu meniaga burger pada waktu malam. Cuma, dia masih belum mencari tempat untuk meniaga. 3 kerja yang dia lakukan sekarang pun sudah meletihkan. Macam mana kalau 4 pekerjaan pula? Memang dia tersungkur kat jalan raya saja lah!

3 || Hanya akuWhere stories live. Discover now