Bab 6

5 3 0
                                    

JAFRI memandang Hassan dari atas hingga ke bawah. Kenapa Hassan terlebih hyper pula hari ini? Baru lepas menang loteri kah? Ataupun Hassan sudah mahu berkahwin?

Tetapi, macam mustahil sahaja. Ish, tidak tahu lah! Kalau difikirkan, memang dia yang serabut balik! Lebih baik dia tanya sahaja kepada tuan punya badan.

“Kau dah kenapa? Terjoget sana, terjoget sini. Kau nak masuk raja joget pula ke?” soal Jafri.

Di sini, hanya mereka berdua yang menjadi tukang buat air. Kak Sya sudah berhenti kerja. Maklumlah, orang tu dah berumahtangga.

“Tak lah, aku happy je. Kenapa, salah?”

“Tak salah, tapi berpada-padalah kalau nak happy sekalipun. Cer citer, cer citer. Kenapa kau happy sangat ni? Kau menang loteri ke?”

“Ya Allah, ke situ pula kau! Aku happy sebab adik aku, si Maira tu dah dapat masuk UIA. Aku happy lah sampai terjoget-joget! Akhirnya, impian dia tercapai juga.”

“Oh, dengar cerita dia pun dapat straight A, macam kau kan?” tanya Jafri, sekadar mengambil tahu.

“Ha’ah. Aku happy sangat sebab dia dapat universiti yang dia idamkan dari dulu lagi.” Hassan mengucapkan rasa syukur. Selama ini, memang dia berharap adik-adiknya agar berjaya melebihi dirinya sendiri.

Lagipun, siapa yang mahu jaga adik-adiknya jikalau bukan dirinya sendiri? Oleh itu, dia akan terus berusaha untuk mencari duit demi adik-adiknya. Biarlah dia berpenat-lelah demi adik-adiknya itu.

“Kau pun straight A, kenapa kau tak sambung belajar juga? Seronok ke jadi kuli ni?” tanya Jafri lagi.

Hassan tersenyum. Hari ini, memang dia suka senyum. Apa salahnya, senyum itukan sedekah? Masa bila lagi dia mampu untuk bersedekah kalau bukan sekarang.

“Seronok! Kau boleh buat kerja sesuka hati kau. Kalau kau jadi bos, kau nak ke? Nanti ada lagi pihak atasan, semua benda kau kena fikir. Nak majukan bisnes macam mana? Kalau rugi syarikat, macam mana pula? Bila dah stress, kau mengamuk. Lepastu, kau tempias kat anak-anak buah kau. Marah sana, marah sini. Kau suka ke?” aju Hassan pula.

Jafri laju je geleng kepala. Uish, tidak pernah pula dia terfikir sampai ke situ. Patutlah Hassan boleh dapat straight A. Fikiran jauh ke hadapan!

“Lagipun, aku ambil keputusan untuk kerja sebab nak bagi adik-adik aku sambung belajar. Kalau tidak, siapa nak sara dia orang? Aku tak yakin dia orang boleh sara diri sendiri. Aku yang tengah ada kerja ni pun tak mampu nak sara dia orang sangat. Inikan pula kalau aku tak bekerja. Tak tahu lah nasib adik-adik aku macam mana nanti.”

“Betul juga cakap kau tu. Lagipun, kau nak sara si siapa tu? Kekasih hati kau. Alah, apa namanya? Aku lupa pula!”

“Farah.” Tidak segan-silu Hassan menuturkan kata.

“Haa, Farah! Amboi, senyum sampai ke telinga,” usik Jafri.

Hassan terus tertawa lalu menumbuk bahu Jafri. Kemudian, mereka menyambung tugas mereka membuat air.














RUMAH Puan Raudah kini berada di hadapan mata. Salam diberi sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.

“Hassan, rindu betul ibu kat kamu.” Puan Raudah tersenyum suka melihat kehadiran Hassan.

Sejak Farah sambung belajar di UM, Puan Raudah menyuruh Hassan menggelarkan dirinya sebagai ‘ibu’.

Alhamdulillah, Hassan hanya menuruti kata sahaja.

“Ibu ni, ada-ada je lah,” ujar Hassan seraya duduk di atas sofa. Dia memang sudah terbiasa membuat rumah ini seperti rumahnya sendiri.

Puan Raudah menolak kerusi rodanya untuk berada dekat dengan Hassan. “Hassan ada nak tanya apa-apa ke?”

“Wah, ibu pandai teka eh! Sejak bila jadi ahli nujum ni?”

“Kamu ni kan Hassan!” Puan Raudah menggelengkan kepalanya mendengar telatah Hassan. Akhirnya, riuh-rendah jugalah rumah ini. Kalau tidak, dia seorang sahaja di rumah, bosan!

“Hassan nak tanya, Farah ada bagitahu ibu apa-apa tak? Macam cuti sem dia ke? Atau bila dia balik sini?” soal Hassan bertalu-talu. Tidak bagi peluang langsung untuk Puan Raudah mencelah!

“Tak ada pula, Hassan. Kenapa? Kamu rindu dia ke?” Puan Raudah sengaja mengusik jejaka itu.

“Rindu tu, ada lah. Tapi Hassan nak minta izin ibu, boleh?” Hassan mula membuka bicara. Niatnya cuma satu, untuk menghalalkan gadis yang dia cintai sejak zaman sekolah lagi.

“Izin apa tu?” Puan Raudah bertanya pula. Kalau benda baik, niat baik, sudah tentu dia bersetuju sahaja. Bukankah Hassan telah banyak berkorban untuk dia dan Farah?

“Hassan nak lamar Farah lepas dia graduation?”

“Alhamdulillah, ibu suka je.” Puan Raudah akhirnya tersenyum. Senyuman yang paling manis sekali dihadiahkan.

“Ibu tak kisah? Hassan miskin-”

“Ya Allah, Hassan! Selama ni, Hassan yang banyak tolong ibu dengan Farah. Hassan lupa ke? Hassan yang bagi duit belanja kat Farah. Tu, yuran dia pun Hassan tanggung separuh. Nak harapkan duit tabungan ibu yang RM15K tu je, memang tak kesampaian cita-cita Farah untuk sambung belajar.”

“Hassan saja je, ibu. Hassan nak tengok reaction ibu.” Hassan tersengih-sengih memandang Puan Raudah.

“Kamu ni, suka tau buat darah tinggi ibu naik mencanak ke langit!” Puan Raudah pun apalagi, tepuk dadanya serupa lari marathon 100 meter. Laju betul degupan jantungnya. Ini boleh masuk kes ICU!

“Hehe, Hassan gurau je ibu. Maaf,” pinta Hassan sebelum tangannya menarik tangan Puan Raudah lalu dikucup.

“Ni, adik-adik kamu macam mana?”

“Oh, Maira dah sambung belajar dekat UIA. Aina baru form 4. Una je yang struggle sikit. Biasalah, anak manja.”

“Kamu dah makin matang kan?” Puan Raudah bangga melihat Hassan yang membesar di hadapan matanya.

Kalau arwah Hasnah dan arwah Affan masih ada, sudah pasti mereka berdua juga bangga.

“Ish, ibu ni! Matang apanya? Hassan tetap nak bermanja dengan ibu,” usik Hassan yang akhirnya mendapat pukulan daripada Puan Raudah.

“Gedik betul kamu ni,” perli Puan Raudah.

Akhirnya, mereka berdua tertawa sesama sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

3 || Hanya akuWhere stories live. Discover now