Bab 2

9 7 2
                                    

SALAM diberi. Mujur sahaja hari ini hari Ahad. Jadi, dia mempunyai masa untuk melawat Puan Raudah dan kawan rapatnya, siapa lagi kalau bukan si Farah!

“Hassan! Lamanya aku tak jumpa kau.” Farah terkejut tatkala menerima kedatangan Hassan ke rumahnya.

Makin lama, makin hensem pula si Hassan ni. Dengan jambang halus menghiasi dagu lelaki itu. Auch, nampak seksi!

“Kau last nampak aku time exam addmath lah, Farah oi. Bukannya reti nak jenguk aku kat rumah sana. Aku juga yang kena lawat kau kat sini ha,” bidas Hassan membuatkan Farah tersengih-sengih sendirian.

“Alaa kau ni, aku kena jaga ibu aku lah.” Riak wajah Farah kelihatan mendung pula.

Bukannya dia tidak mahu singgah ke rumah Hassan. Dia hanya keluar untuk membeli barang dapur sahaja.

Lagipun, ibunya lebih memerlukan Farah untuk bergerak ke mana-mana. Dia khuatir sekiranya Puan Raudah mengalami apa-apa masalah sekiranya dia tiada di rumah. Haih, risau sungguh hatinya!

“Ya lah, aku saja gurau.” Hassan tertawa sedikit.

“Hassan?” Puan Raudah memandang ke arahnya. Sudah lama dia biarkan Farah dan Hassan melepaskan rindu, biarlah dia pula menyapa Hassan kini.

“Acik,” sapa Hassan lalu mengucup tangan Puan Raudah.

Puan Raudah tiba-tiba sahaja mahu menangis. Melihat wajah Hassan membuatkan perasaannya menjadi sebak. Hatinya merintih pilu.

“Eh, kenapa ibu nangis?” Farah jadi panik. Adakah kaki ibunya tiba-tiba sahaja sakit? Dia perlu bawa ibu ke klinikkah? Aduh, dia memang tidak pakar langsung hal-hal begini.

“Tak, ibu sedih tengok pengorbanan Hassan. Terima kasih ya, Hassan? Hassan banyak...”

Hassan laju sahaja menggelengkan kepala, dia tidak mahu Puan Raudah meneruskan kata-katanya itu. Biarlah segala kebaikannya hanya Allah SWT yang balas. Tidak perlu dia mendengar pujian daripada manusia.

Farah pula yang berasa pelik. Kenapa ibunya perlu berterima kasih kepada Hassan? Hassan ada tolong ibunya untuk buat apa-apa kah?

“Eh, kau lapar tak? Aku baru je masak nasi lemak sotong! Kau nak rasa? Aku buat memang boek punya!” Farah menukar topik. Nanti, dia akan bertanya terus kepada Hassan soal ‘terima kasih' itu.

Riak wajah Hassan terus bertukar sayu. Sudah 3 minggu lebih dia dan adik-adiknya menikmati lauk telur sahaja. Dengar sahaja lauk sotong, sedih pula hatinya. Adik-adiknya di rumah makan apalah hari ini. Pasti waktu begini Humaira sedang mengeluarkan sayur dari dalam peti ais. Huwaina pula sedang memetik ulam-ulaman di belakang rumah. Husna? Tidur lagi agaknya. Apalah nak jadi dengan adik bongsunya itu. Lebih suka tidur berbanding merapatkan hubungan kekeluargaan!

“Farah, nanti bungkuskan untuk si Hassan tu. Adik-adik dia mesti nak rasa juga air tangan Farah ni.” Puan Raudah menuturkan kata.

Farah laju sahaja menyiapkan semuanya. Nasi lemak diletakkan di dalam bekas sebelum diikat di dalam beg plastik.

“Hassan, kau makan kat sini dulu. Ibu aku tak makan lagi tu,” pelawa Farah.

“Boleh juga.” Tersenyum Hassan melihat perbuatan Farah. Tangannya bergerak untuk menolak kerusi roda Puan Raudah.

“Jemput makan ya, Hassan? Ni semua Farah yang masak. Kalau acik masak, memang semua orang tak makanlah jawabnya.” Sayu sahaja nada suaranya.

Sejak dia perlu duduk di kerusi roda ini, segala gerak-gerinya seakan-akan terbatas. Biliknya yang berada di hujung dapur pun, terpaksa dipindahkan ke ruang utama.

3 || Hanya akuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora