Bab 5

5 5 0
                                    

FIKIRANNYA serabut. Kat mana lagi dia mahu mencari duit untuk membayar buku rujukan tambahan yang disediakan oleh pensyarahnya?

Farah akhirnya mendapat idea. Cepat sahaja tangannya mencapai telefon pintar di dalam beg tangan.

Sesaat kemudian, dia menghentikan perbuatannya. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Hassan. Kali terakhir, 2 bulan lepas.

Agak-agaknya, Hassan marah tak? Argh, cuba sahaja lah!

From: Farah

Assalamualaikum, sorry wei
dah lama tak chat kau.
Aku busy belajar.

Send!

Farah berdebar-debar menunggu balasan mesej daripada Hassan. Aduh, habis berpeluh dia saat ini!

Farah mengambil keputusan untuk ke tandas. Dia membasuh wajahnya sekilas sebelum bergerak ke katil semula.

Hassan dah balas! Farah laju sahaja membuka mesej itu.

To: Farah

Waalaikumussalam. Tak apa,
aku faham kau mesti sibuk, kan?
Kau punya duit belanja cukup
ke tak? Nak aku tambah?

Farah berkira-kira mahu membalas macam mana. Hmmm, nak buat ayat sedih ke ayat selamba?

From: Farah

Aku sebenarnya nak minta duit.

Macam kejam sangat je bunyinya. Farah padam semula mesej itu. Dia menaip semula. Susah betul nak menyusun kata!

From: Farah

Abang Hassan yang hensem
lagikan bergaya, boleh tak
aku nak minta duit belanja
lebih sikit?

Erk, boleh muntah hijau Hassan kalau dia send ayat sebegitu rupa. Padam lagi! Tak pasal-pasal Hassan tangkap cintun pula nanti!

From: Farah

Aku nak beli buku rujukan
tambahan daripada prof
tapi tak cukup duit. Boleh
kau tambah duit tak? Nanti
aku bayar balik.

Kali ini, barulah Farah berpuas hati dengan ayatnya. Butang ‘send’ ditekan. Tidak sampai beberapa saat, Hassan sudah membalas.

To: Farah

Okay, nanti kau check
account bank kau eh?

Farah terus membuka aplikasi bank. Terkejut apabila Hassan transfer sebanyak RM200!

From: Farah

Eh, kenapa banyak sangat?
Aku tak cukup lagi RM50 je.
Itu lah kau ni tak menyempat
sangat! Aku baru nak chat
kau dah transfer.

Geram pula Farah. Dia bukannya suka meminta dengan orang macam sekarang ini. Kalau bukan sebab pensyarah menyuruh mereka bayar awal, sudah tentu Farah akan tunggu sahaja ‘duit elaun’ bulan hadapan daripada Hassan.

To: Farah

Tak apa, ambil lah buat belanja.
Kalau kau craving makanan
manis ke, beli lah. Jangan risau,
aku kat sini ada je duit.

“Siapa entah yang risau pasal dia?” tanya Farah sendirian. Namun, wajahnya sudah berubah rona. Malu juga!

From: Farah

Thanks. Kalau tak ada kau,
tak tahu lah hidup aku
macam mana kat UM ni.

Butang ‘send’ ditekan. Setelah itu, Farah menutup telefonnya. 
















CIK JAH menepuk dahinya perlahan. Aduh, serba tidak kena jadinya apabila Hassan sudah mengantuk tahap gaban seperti sekarang ini!

“Hassan, kamu baliklah rumah dulu. Cik Jah boleh handle syarikat dengan suami Cik Jah. Kesian Cik Jah tengok kau ni.” Cik Jah menuturkan bicara.

Kesian pula dia melihat Hassan yang tidur tertonggeng seperti itu. Kan lebih bagus jika Hassan tidur di rumahnya sahaja. Tidaklah sakit pinggang budak itu.

Eh, Hassan tertidur?! Patutlah tidak menyahut.

“Hassan? Hassan!” Dah jadi satu kerja pula Cik Jah mahu mengejutkan dirinya. Kena tolak gaji ni!

Hassan membuka kelopak matanya yang kian memberat. Cahaya daripada lampu pejabat membuatkan matanya sakit. Lantas, dia menenyeh matanya buat beberapa saat.

“Eh, sudah! Pergi balik. Dah nak Maghrib ni. Kamu dah solat Asar ke belum?” Cik Jah bertanya seolah sedang melatih askar. Dengan gaya tangannya diletakkan di bahagian pinggang. Macam mak tiri pun ada!

“Dah, Cik Jah.”

“Okay. Pergilah balik, kesian pula tengok kamu ni. Sampai tertonggeng-tonggeng tidurnya. Kalau kat rumah, bolehlah tidur kat katil, ye dak?” perli Cik Jah. Tawanya sudah terkekeh-kekeh.

Hassan tersengih-sengih. Aduh, kenapa dia boleh tidur seperti itu? Memalukan kaum sahaja!

“Baik, Cik Jah. Halalkan waktu yang saya tertidur tadi tu tau. Tak perasan macam mana boleh tertidur pula hehe.”

“Ya, Cik Jah halalkan. Cik Jah tahu kau penat. Esok tak payah datang kerja tau?”

“Eh, jangan macam tu Cik Jah! Saya janji saya akan bekerja bersungguh-sungguh. Cik Jah janganlah pecat saya! Kalau Cik Jah pecat saya, saya nak bagi makan apa kat adik-adik saya? Saya ada 12 adik tau, Cik Jah!” 

“Kamu merepek apa ni? Esok kan hari Ahad! Dah lah tipu Cik Jah! Adik sampai 12 orang konon. Yang 3 tu pun tak terbela rasanya. Aduh, haru-biru betul kamu ni,” beritahu Cik Jah sebelum memicit dahinya sendiri.

Hassan sekali lagi tersengih. Alamak, mungkin effect tidur selepas Asar. Itu yang boleh jadi gila macam sekarang ni.

“Hehe, okay Cik Jah! Sayang Cik Jah!”

“Yang kamu sayang tu bini aku tau?” Encik Mat datang sambil berpeluk tubuh. Seronok pula dia melihat isterinya mengusik si Hassan.

“Alamak, Encik Mat! Saya tak ada niat!” Hassan terus memecut laju meninggalkan mereka berdua di situ.

Encik Mat dan Cik Jah hanya tertawa suka. Galak sungguh mereka mengenakan si Hassan!

3 || Hanya akuWhere stories live. Discover now