Suasana bandar kelihatan sibuk tetapi agak tenang kerana itu sudah menjadi lumrah kehidupan orang di bandar. Orang ramai yang sedang membeli belah di sana sini dapat memecahkan suasana bandar.
''Adik berapa lukisan harimau ini. Cantik!'' Tanya salah seorang pelanggan yang sedang melihat lukisan.
''Kak sekarang ada diskaun saya bagi Rm500 sahaja bagi saiz ini. Ambil lah ini lukisan haiwan yang terakhir.'' Balas ku dengan riak wajah ceria.
''Mahalnya lukisan tepi jalan sampai beratus sepatutnya layak jual puluh-pulah saja'' sampuk pelanggan yang baru datang itu.
''Maaf kak lukisan nih sangat teliti. Saya ambik masa berbulan-bulan untuk siapkan lukisan ini. Warna juga mahal sekarang.'' Wajahku yang ceria menjadi muram kerana diperlakukan seperti pengemis jalanan.
''Bagi lukisan tu, aku beli dengan harga dua kali ganda'' Ujar jejaka yang berada di belakang pelanggan yang menghina karya ku.
Tercengang wanita di hadapan setelah mendengar sampukan jejaka asing itu. Lalu kami tercari-cari dimanakan suara itu. Malah dia terpandang salah satu susuk tubuh jejaka yang tinggi lampai sedang memandangnya.
''Maaf bang, saya hanya jual Rm500 bukan rm1000.'' Ujarku dengan segan silu. Aku bukan tidak mahu tetapi segan untuk mengambil lebih duit daripada orang. Kita tidak tahu komitmen seseorang itu lagipun aku mahu rezeki yang halal.

YOU ARE READING
LAKARAN BUAT DIA
RomanceMuhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Kisah silamnya membuat dia jijik dengan dirinya tetapi dia cuba mengubah dengan berhijrah ke jalan y...