LBD 9

76 4 0
                                    

Adam dalam perjalanan ke geleri seninya. Dia harus melalui pasar seni baru sampai ke gelerinya. Keretanya terhenti apa lampu isyarat telah menjadi merah.

Dia berfikir bagaimana untuk menemui Hawa untuk mengambil lukisan di jadikan pameran. Matanya melilau suasana pasar seni yang sangat meriah. Namun matanya terpengun pada seorang wanita yang sedang menjual lukisan.

Terlihat perempuan seperti Hawa. Dia parking kereta Audi di tepi jalan lalu dia menuju ke arah Hawa. Ya memang benar firasatnya mengatakan Hawa.

Tiba saja di tempat Hawa. Terdengar seorang wanita sedang merendahkan lukisan Hawa malah meminta harga yang murah bagi saiz lukisan sebesar itu.

Adam yang mendengar percakapan perempuan itu menjadi cacing kepanasan.

"Aku beli lukisan tu dengan harga dua kali ganda." Ujar Adam dengan kuat.

Tersentak perempuan lalu mencari-cari susuk tubuhnya. Malah Hawa jugak tercengang.

Matanya dan Hawa bertembung, Takdir? Kemungkinan. Riak wajah Hawa yang tercengang membuat Adam geli hati.

'Comel'

Tidak mungkin lelaki yang dia cari selama ini ada di hadapannya. Malah membeli lukisan yang dia hasilkan.

"Adam"

"Yah, jejaka yang duduk dekat bangku malam tu. " Ujar Adam

Hawa tersipu malu oleh kerana Adam menatapnya terlalu tajam.

'this small world can finally find him' Dengus hati Hawa.

"Kau dah lama jual lukisan dekat sini ke?" Tanya Adam

"Tak saya baru je jual lukisan hari ni sebab ada hal tertentu." Muka Hawa menjadi muram apabila dia mengingati matlamat untuk dia menjual lukisan.

"Patutlah aku tak pernah nampak kau dekat pasar seni nih. By the way lukisan kau gempak jugak cantik." Puji Adam

"You like drawing?"

"Yeah, sure"

"Why?"

"Saya dapat luahkan perasaan saya dengan melukis lakaran. Lukisan juga boleh sembunyikan perasaan seseorang tetapi tidak dimata seniman." Luahan Hawa tanpa teragak-agak.

Entah mengapa dia berasa selesa bercakap dengan Adam. Mungkin kelakuan atau cinta?Tidak mungkin cinta.

"Impressive"

"Awak nak lukisan nih ke?" Tanya Hawa sambil menunjukkan ke arah lukisan Harimau.

Adam hanya mengangguk. Dia sedikit segan dengan Hawa oleh kerana dia seorang yang introvert. Malah dia juga dikelilingi customer untuk tengok lukisan Hawa.

Melihat kecekapan Hawa membalut lukisan. Terdetik di hati untuk menolong Hawa tetapi dia takut Hawa tidak selesa dengannya.

Usai saja dia menyuakan beberapa duit kertas berwarna purple ke arah Hawa.

"Awak,. janganlah macam ini saya jual Rm500 je. Nih banyak sangat" Ujar Hawa dengan tersipu-sipu.

"Ambillah lebih, kalau kau tak nak baik bagi free je." Adam membuat gaya acah-acah ingin menyimpan duit kembali.

"Ye lah tapi saya bayar balik dekat awak. Awak free tak petang ini?" Tanya Hawa dengan polos.

Adam yang melihat celoteh Hawa menjadi lemah lutut. Dia perlu kuat ini baru permulaan.

"Free je petang,kenapa?"

"Kalau macam tu kita jumpa dekat cafe Hujung sana bawah gym tu, boleh petang ni." Ujar Hawa sambil menunjuk ke arah cafe tersebut.

Dekat je cafe tu dengan gelerinya. Jalan kaki tidak sampai beberapa km dah sampai.

Adam mengangguk lalu mengambil lukisan itu dengan berhati-hati.

"See you soon. Ini nombor aku, kalau aku tak datang kau call je nombor tu." Ujar Adam sambil menyuakan kad nombornya tetapi bukan kad bisnes.

Hawa mengambil dengan senang hati dengan menghadiahkan senyuman ikhlas.

Dia menyambung menjual lukisan sehingga tinggal satu karya sahaja. Hasil jualan kali ini sangat lumayan.

Lukisan dia Havia bakar juga dia sudah baik pulih dengan membuat kesan kebakaran itu sebagai kesan luka.

Lukisan itu juga telah dibeli oleh seorang perempuan muda.

Hawa langsung bergegas ke kedai cafe hujung itu dengan tergesa-gesa kerana dia menunaikan solat asar dahulu dia tidak menyangka sudah pukul 6 petang.

Melangkah saja memasuki kedai pandangannya jatuh ke arah susuk tubuh jejaka berpakaian formal yang sedang duduk di meja hujung.

Dia terus menuju ke arah lelaki itu tanpa segan silu.

''Sorry Adam, saya pergi sembayang tak perasan pula dah pukul 6. Awak dah tunggu lama ke?'' Ujar Hawa dengan membuat muka 10 sen.

''Tak lama mana pun setakat ni nak masuk air ketiga lah. Tak pa duduk la dulu.'' Ujar Adam lalu bingkas bangun menarik kerusi di hadapannya supaya senang Hawa duduk.

Hawa yang melihat kelakuan Adam tercengang. Seorang lelaki menarik kerusi untuk dia duduk mimpi apakah ini. Selalu dia baca novel je ada part sweet ini tiba-tiba jadi real pula.

''Kau belajar lagi ke?'' Tanya Adam

Hawa diam sejenak.

''Saya belajar lagi di UPSI ambil bidang pendidikan seni visual. Awak pula.'' Tanya Hawa sambil menyedut air matcha.

''Aku dah habis belajar sekarang dah kerja. Tak tinggi mana pun kerja aku sekadar cukup-cukup makan je'' Ujar Adam

''Awak kerja apa?''

''Kerja kutip kain je.''Ujar Adam membuat Hawa terdiam memikirkan apa yang cuba di sampaikan oleh Adam.

Adam yang melihat celoteh Hawa tersenyum geli hati. Sudahlah comel tembam pula.

Tolong jangan angau ye encik Adam tampo kang lekat lima jari.

LAKARAN BUAT DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang