Perjalanan ke universiti tidak sampai 5 minit dia telah sampai. Dia parking kereta viva pink lalu dia mengambil canvas yang telah siap di lukis. Namun baginya lukisan itu tidak cantik di matanya oleh kerana tersalah campur warna.
''Bah!!'' sergah syu dan yana di sebalik tiang.
''Mak kau hijau!'' Latah Hawa lalu dia mengurut dada supaya reda
''Korang memang nak tengok aku sakit jantung ke apa ke nak aku mati cepat?'' Ujar Hawa dengan tegas.
''Alah kau jangan la serius sangat kita orang lawak je. Kau tahu tak kami tunggu kau lama. Dahla lambat tak beli nasi lemak pula.'' Ujar Syu dengan mulut monyok.
Yana dengan Hawa memandang dengan muka menyampah. Makan tak berhenti tapi still kurus lepastu pendek pula.
''Nantilah aku belanja. Aku lambat tadi sebab cari baju abaya aku hilang.'' Ujat Hawa lalu menunjuk ke arah bajunya.
Dia hanya mengenakan baju soft green dengan tudung bunga hijau dan seluar palazo putih.
''Kau pakai macam ni lagi lawa. Asyik pakai abaya ja kadang kalau kau pakai abaya putih aku tak boleh beza mana cik tie mana kau. Sama jah tengok.'' Bidas yana kepada Hawa.
''Ha ha ha ha ha'' terlepas tawa kami bertiga. Kadang betul juga kata yana.
''Cukup-cukup jom masuk kelas, japgi ada yang kena double quiz.'' Ujar Yana.
Kami berjalan menuju ke arah class dengan mengendong canvas.
''Hello student.''
''Macam mana dengan lukisan kamu. Sir harap semua siap.'' Ujar Prof Hilman kepada semua student
Satu dewan mengangguk ada juga yang menunjuk lukisannya kepada sir. Namun tidak kepada satu kumpulan itu, Havia.
''Good, now kita quiz dulu next kelas petang baru sir kutip your art.'' Terang Prof Hilman.
''Havia, jangan buat hal kali ini kalau tidak sir tak teragak- agak untuk buang awak termasuk geng awak.'' Tegas Prof hilman.
Havia damiah student yang paling nakal dan sangat toxic. Dia juga membuli para junior malah ada juga senior yang dia membuli salah satunya Hawa.
Mendengar arahan tegas Prof dia hanya menayang muka tak bersalah dan tidak peduli. Dia sangatlah keras kepala walaupun sudah diberi amarah berkali-kali.
Selesai saja class Prof kami terus lepak cafe. Lukisan kami tinggal di studio, pada awalnya kami was-was tetapi apa bila rami yang tinggal di studio untuk siapkan lukisan.
''Match latte 1, mocha 1 lepastu vanila oreo satu.''Order Yana kepada waiter itu.
''Total Rm34.90 kak'' Ujar waiter itu. Lalu Yana mengeluarkan kad bank daripada dompet spiderman.
Waiter yang melihat dompet Yana menahan gelak. Muka garang tapi dompet kartun.
Hawa duduk tepi cermin sambil memandang suasana luar namun dia terpanah ke arah susuk tubuh yang sedang bercakap dengan perempuan. Cantik dan hensem, tetapi susuk tubuh itulah yang dia kejar di cafe berdekatan rumahnya.
''Jauh tenung nasib tak tembus cermin'' Perli Yana sambil meletakkan air.
''Kau ni rajin perli aku dari pagi sampai balik. Malas kawan dengan kau.'' Rajuk Hawa lalu menyilang tangan.
''Kau tak tahu aku lagi malu kawan bagi dompet spiderman dah la semua orang gelak dekat aku lepas tengok dompet aku.'' Luah Yana sambil menunjuk dompet spiderman.
Pecah tawa Hawa dengan Syu sampai keluar air mata melihat gelagat Yana.
''Itulah kau belikan aku hello kitty lagi kan dah kena. '' ke..kejap bagi aku gelak dulu. Aku dah bagitahu kau yang aku tak suka pink tapi kau beli juga hello kitty, kang mendapatlah.''Ujar hawa yang masih ada sisa kertawa,
''Helek tolong jangan kutuk hello kitty aku boleh tak. Aku peminat tegar hello kitty okey sejak umur 5 tahun lagi. Kau tahu tak, aku jumpa patung hello Kitty lepastu aku nak belilah,last- last budak india mana tah rembat depan mata aku.'' Ujar syu dengan monyok.
''Lepastu kau beli patung apa?''Tanya Hawa sambil menahan gelak.
''Terpaksalah aku ambik mikey mouse dengan pakai rantai emas dekat leher. Menyampah aku budak india tu jatuh maruah aku.''Syu menayang muka menyampah lalu menghirup air vanila oreo.
Pecah tawa Hawa dan Yana. Sepanjang kami lepak di cafe mereka tidak menyedari bahawa seseorang sedang memandang mereka bertiga.
Hawa dengan sekilas mengalih pandangannya ke arah lelaki luar cafe, firasatnya mengatakan itu adalah Adam tetapi Hawa malu untuk bersemuka, mungkin dia tengah date dengan girlfriend.
OK TAK? NAK SAMBUNG KE TAK WAHAI READERS?

YOU ARE READING
LAKARAN BUAT DIA
RomanceMuhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Kisah silamnya membuat dia jijik dengan dirinya tetapi dia cuba mengubah dengan berhijrah ke jalan y...