Dari awal pagi tadi lagi dia keluar dari rumah. Dia melakukan aktiviti berjoging, entah apa yang memasukinya untuk berjoging hari ini.
Dia berjoging area sungai sehingga 9km. Dia duduk di bangku awam sambil memandang matahari terbit, suasana ini mengingatkan moment sewaktu dia break dengan first love.
Time tu, dia berjalan tanpa arah tengah malam sehinggalah dia penat. Dia duduk menangis di bangku sehingga matahari terbit. Dia menangis kerana lelaki memang orang mengatakan dia gila, tapi memang dia gila dengan lelaki itu.
Dia tersenyum apabila mengingati kisah pahit, bodohnya dia menangis kerana lelaki bukan miliknya dan lelaki itu hanya anggap kawan. Salah dia juga terlalu berharap dengan kata-kata manis dan terlalu caring, namun sekarang dia berasa bebas dan tidak perlu seorang lelaki dalam hidup, mungkin tawar hati.
Dia pejam mata sambil menghirup udara segar. Sepi tapi tenang.
"Wah, bukan baik hirup oksigen sampai habis orang lain nak hirup." Dia terus beralih ke arah pembukaan suara itu.
Dia terkejut melihat Adam berada di belakang bangku sambil mengukir senyuman nipis. Sudahlah buat terkejut, lepastu buat muka tak bersalah pula.
"Kalau ye pun, bagi salam boleh tak? Nama je Adam tapi kafir."Bidas Hawa, dia mengalih pandangan memandang sungai.
"Kau kata aku kafir? Wah kau nih memang," Ujar Adam sambil menuding jari ke arah Hawa.
Dia terdiam apabila mata mereka bertembung, dia terpanah dengan iris mata Hawa. Selama ini dia tidak perasan iris mata Hawa berwarna light brown, mungkin kerana matahari tidak menyinari wajah Hawa.
Hawa perasaan dengan riak wajah Adam terus berpaling muka ke arah lain. Dia terlupa memakai contact lens hitam, dia tidak menyangka akan bertemu dengan Adam atau kenalan.
"S...saya balik dulu." Ujar Hawa dengan Tergagap-gagap kerana dia malu dengan matanya. Dia terus berura-ura ingin pergi namun Adam terlebih dahulu menarik hujung baju Hawa
"Pandang aku, Hawa." Pujuk Adam, dia tahu Hawa malu kerana memiliki mata lain pada orang.
" Tak nak!" Bentak Hawa sambil tangan kirinya menutup kedua-dua belah mata. Dia kecewa kerana Adam sudah mengetahui kekurangannya. Dia takut akan di ejek oleh Adam kerana memiliki iris yang berbeza.
Adam terus mengubah posisi badan yang berada di belakang terus berada di hadapan Hawa. "Please look my eyes." Lembut saja Adam memujuk Hawa.
Dia mengeluh dan dengan ragu-ragu dia memandang mata Adam. Dia menjadi gelisah apabila riak wajah Adam menjadi serius.
"So beautiful,"
Hawa tergamam. Tak mungkin Adam memujinya.
"Very beautiful and I also have the same iris. I know you are uncomfortable but I want you to know that I really like your irises." Guman Adam dengan lembut. Dia merenung lama iris Hawa sungguh indah ciptaan Allah.
Mata mereka bertembung lama. Jujur kali ini mata Adam tak macam selalu yang penuh kegelapan tapi kali ni penuh dengan keikhlasan.
Ya, mata Adam juga light brown sama sepertinya. Dia tak menyangka ada juga orang yang memiliki iris yang sama, adakah ini takdir atau sekadar rumah singgah?
"Ahmm..." Hawa berdehem menghilangkan rasa janggal. Dia hanya menunduk.
Sepi.
"Kau makan belum?"Adam mula membuka suara kembali.
Hawa mula mengalih pandangan ke arah Adam. Apa masalah pula mamat nih, tanya makan ke belum.
"Kalau belum pun kenapa?" Soalan dia balas soalan.
Adam mendengus. "Kau makan ke belum tak kesah, sekarang jom mamak." Ujar Adam sambil berjalan ingin pergi.
Eh main paksa pula mamat nih penampar kang. "Kalau tak nak, kau nak buat apa?" Hawa masih berkeras kepala tak mahu ikut.
Adam yang sudah berjalan kembali ke arah Hawa. Selangkah demi selangkah, hanya tinggal berapa inci sahaja.
Adam menundukkan bagi wajahnya betul-betul di hadapan Hawa. "Nak aku dukung ke?" Ujar Adam sambil senyum sinsi. Comel saja wajah cuak Hawa dengan pipi merah, mata terbeliak.
"Ish, awak ni! Cepatlah kata nak lepak mamak." Cepat-cepat Hawa buat-buat pekak, kalau tak makan gatal pakcik itu harap je muka garang tapi perangai macam kucing parsi.
Pecah tawa Adam, comel je tiru perangai siapa agaknya. Dia terus melulu mengejar langkah Hawa, nampak je pendek tapi jalan laju. Tak lari pun kedai mamak tu, Hawa.
Adam berjalan di samping Hawa, jujur dia sangat berasa tenang dan selesa dengan Hawa. Sebelumnya ini dia tidak pernah selesa dengan mana-mana perempuan. Dia menganggap mereka semua hanya ingin ambil kesempatan atas dirinya. Tetapi Hawa lain pada mereka, Hawa tidak tergedik-gedik menggoda dia untuk jatuh cinta dengannya dan dia tidak tahu latar belakangnya. Hal ini membuatkan dia selesa dengan Hawa. Tidak mengapa kalau Hawa sering jual mahal, dia lebih suka.
"Eh, kau senyum- senyum ni dah kenapa. Dahla senyum macam monyet dekat tepi jalan tu."Perli Hawa seta memberi jelingan maut kepada Adam. Hairan juga tiada angin, tiada ribut tiba-tiba gelak sorang-sorang.
Mati terus senyuman Adam. Dia terus mengalih pandangannya ke arah Hawa. Lalu mengangkat kening seperti seorang yang mengejek. "Lah! Senyum pun salah? Kalau aku muka beku, nanti kau takut. Ni aku senyum macam Shahrul Khan kau pula kata macam monyet.''Bidas Adam dengan mendatar. Bukan manis senyuman aku dia kata macam monyet, jatuh maruah aku.
Tercetus tawa Hawa mendegar tutur kata Adam. Shahrul Khan konon. Hawa ketawa terbahak -bahak sehingga air mata terkeluar.
Adam yang melihat gelagat Hawa tertawakan dirinya terus hairan."Kau gelakkan aku, sudahlah aku taknak kawan dengan kau!'' Ujar Adam dengan suara serak basah. Merajuk pula pakcik gatal ni. Adam terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Hawa yang sedang menghabiskan sisa tawanya.
''Adam tunggu. Kata nak jalan sama-sama, janganlah merajuk. Aku tak ada niat pun nak hina kau.'' Tempik Hawa di belakang. Dia tahu Adam mendengar Kata- kata dia tapi Adam hanya berjalan tanpa menoleh.
Hawa melihat Adam tidak berhenti untuk menunggunya terus berlari ke arah Adam. Namun, dia tidak sengaja melanggar batu. Dia hanya ingin mengejar Adam tapi malang tidak berbau dia yang kena.
''Auch!'' Hawa jatuh terduduk, dia terus memegang kakinya.
Adam yang berjalan tanpa menghiraukan Hawa. Lalu dia mendengar jeritan daripada belakang. Dia menoleh kepalanya ke arah belakang. Dia melihat Hawa yang jatuh terduduk memegang kakinya.

YOU ARE READING
LAKARAN BUAT DIA
RomanceMuhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Kisah silamnya membuat dia jijik dengan dirinya tetapi dia cuba mengubah dengan berhijrah ke jalan y...