Prolog

731 20 0
                                    

"Inilah boyfriend aku!" Humaira tersenyum lebar apabila mengenalkan lelaki yang digelar sebagai teman lelakinya itu kepada kawan-kawannya. Bagi Hanis dan Maria mungkin sudah sedar kewujudan teman lelaki Humaira tapi tidak bagi Layla yang mengerutkan keningnya dan tersenyum nipis.

Humaira mengambil tempat dihadapan teman lelakinya manakala Hanis, Maria dan Layla mengambil tempat di meja makan yang lain untuk memberi privasi kepada pasangan tersebut.

"Siapa tu?" Soal Layla.

"Luqman. Dia kan satu tempat intern dengan kita tapi kita jumpa dua hari je sebab kita pindah tempat lain." Jawab Maria.

Layla angguk faham.

"Muka dia macam Luqman Podolski." Ketus Hanis tiba-tiba.

Maria dan Layla terus ketawa apabila mendengar pernyataan tiba-tiba Hanis. Layla yang membelakangkan meja pasangan tersebut berpusing sedikit untuk melihat wajah lelaki itu sebelum ketawa lagi.

Aduhai.

"Lambatnya habis intern!" Keluh Layla.

"Sabarlah, nanti habis mesti kita dah tak contact kan." Ujar Hanis.

"Haah. Aku kan lupa diri!" Jawab Layla sinis lalu Maria dan Hanis ketawa lagi.

"Nanti dekat kolej, aku tak tegur korang. Aku kawan dengan Bal and Nisa lah pulak." Lagi kuat ketawa Maria dan Hanis. Layla tersengih. Geram betul dia melayan kawan-kawannya itu.

Kawan yang baru dikenali tidak sampai sebulan itulah yang menjadi tempat mereka berempat bergurau senda dan meluah masalah mengenai tempat praktikal dan rumah sewa.

Nak kata sekelas, hanya Maria dan Hanis sahaja yang satu kelas. Humaira kelas lain begitu juga Layla. Berkenalan atas sebab menjalani latihan industri di tempat yang sama.

🔹🔹🔹

"Luq, jaga Aira elok-elok! Kalau jadi apa-apa siap kau, aku kerjakan!" Pesan Maria kepada Luqman yang mengambil Aira untuk dihantar pulang ke rumah setelah enam minggu menjalani latihan industri.

Luqman yang sedang memunggah barang-barang Humaira untuk masuk dalam kereta hanya mengiakan.

"Mana kawan kau yang lainnya?" Soal Luqman kepada Maria.

"Hanis tengah cuci muka. Layla tengah mamai lagi." Balas Maria.

Tak sampai beberapa minit, kelibat Hanis dan Layla muncul dimuka pintu. Hanis yang bertudung sarung dan Layla bertuala menutup kepala tersenyum nipis.

"Bawa kereta elok-elok. Jaga Aira elok-elok!" Pesan Layla.

"Pesan tu dekat Hanis. Nanti divider pulak dia langgarkan." Gurau Luqman.

"Eh elok sikit eh! Haritu sebab pintu pagar dia dah tutup eh!" Balas Hanis yang sedang mengemas kereta miliknya untuk pulang ke rumah.

Nasib kereta Perodua Bezza milik Hanis masih boleh dipandu walaupun ada sedikit kerosakkan pada bahagian bumper. Asyik sangat memandu sehingga merempuh batu penghadang longkang sehingga menyebabkan tayar hadapan disebelah penumpang pecah dan kerosakkan bumper. Semenjak itu, setiap kali Hanis memandu pasti kisah tersebut disebut-sebut dan setiap kali itu pasti ketawa.

"Aku cakap je."

"Tak eh!" Balas Hanis.

"Dah lah, aku balik dulu tau. Nanti Layla balik naik grab ke?" Soal Humaira.

"Yelah. Kenapa, kau nak hantar aku ke?" Soal Layla sambil berpeluk dengan Humaira.

"Tanya driver." Balas Humaira.

Humaira juga turut berpeluk dengan Maria dan Hanis sebelum masuk ke dalam perut kereta. Kereta Axia berwarna hitam bergerak meninggalkan taman perumahan tersebut dan kini Maria dan Layla beralih menolong Hanis mengangkat barang-barang miliknya untuk dimasukkan ke dalam kereta.

"Kita jumpa dekat kolej ya guys." 

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | OGWhere stories live. Discover now