Bab 29

294 35 10
                                    

Humaira meneliti jarinya yang tersarung cincin perak bertatahkan satu biji permata. Dia tersenyum nipis apabila melihat permata tersebut bersinar dipanah cahaya lampu dari biliknya. Setelah itu, dia berdiri dan memandang cermin sebelum mencapai beg tangannya. Dia mahu keluar bekerja hari ini. Kahwin-kahwin juga tapi kerja tetap kena pergi. Kesian pada majikannya bekerja tanpa pembantunya. Dia mencapai sepasang heels setinggi 2 inci sebelum dibawa keluar dari bilik.

Kelihatan Puan Fareeda sedang menyediakan sarapan.

"Morning mama!" Ucap Humaira lembut lalu tersenyum manis. Setelah nak dekat satu bulan tinggal di rumah ini. Dia mula terbiasa dengan layanan Puan Fareeda dan Encik Zahin terhadapnya. Dah mula sayangkan mereka seperti mama babanya sendiri. Yeah bakal mertua kan..

Cehhh!

"Morning sayang! Ni Aira nak pergi mana?" ujar Puan Fareeda yang mengambil tempat di meja makan.

"Kerja mama. Dah lama sangat Aira cuti kesian pulak dekat boss Aira tu." Balas Humaira sebelum mendekati Puan Fareeda.

"Oh, ya lah tu! Aira kerja dekat mana?" Soal Puan Fareeda lalu menyisip secawan teh panas.

"Aira kerja dekat salah satu butik pakaian dekat Shah Alam." Jawab Humaira. Puan Fareeda mengangguk.

"Jom breakfast dengan mama dulu sebelum pergi kerja." Ajak Puan Fareeda. Humaira berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Kejap tau mama." Ujar Humaira sebelum kakinya laju menuju ke pintu utama untuk meletakkan kasutnya di luar rumah sebelum kembali ke meja makan.

Humaira mencedok mi goreng basah ke dalam pinggan sebelum mencapai garfu lalu menyuap ke dalam mulut. Sedap.

Puan Fareeda memerhati Humaira lalu tersenyum. Dia hanya ada dua orang anak. Satu perempuan dan satu lelaki. Mereka berdua jarang berada di rumah disebabkan dua-dua sibuk dengan kerja dan dia dan suami juga turut sibuk bekerja. Tapi semenjak kehadiran Humaira, dia merasakan banglo tiga tingkat itu bagaikan ada sinar kembali. Dia lebih memilih untuk tinggalkan kerjayanya dan berada di rumah, sekarang boleh dia berbual dengan Humaira selalunya sunyi kerana ahli keluarga yang lain busy bekerja.

"Aira, mama nak cakap sikit boleh?" Soal Puan Fareeda. Tangan wanita itu menyentuh tangan Humaira dengan lembut.

Humaira yang sedang mengunyah berhenti lalu memandang Puan Fareeda, dia tersenyum kecil sebelum mengangguk.

Puan Fareeda berdehem.

Humaira menelan semua makanan yang dia kunyah tadi itu sebelum memandang Puan Fareeda. Tiba-tiba dia pula rasa berdebar.

"Aira betul-betul setuju nak jadi isteri Fawwaz?" Soal Puan Fareeda. Humaira memandang Puan Fareeda dengan tatapan yang lembut.

Humaira menggenggam tangan Puan Fareeda lalu tersenyum nipis.

"Aira tahu mama takut yang Aira terpaksa terima perkahwinan ni, tapi ma Aira tak terpaksa pun. Aira ikhlas terima Fawwaz. Mungkin ini jawapan isthikarah Aira dan Aira tak menyesal pun dengan keputusan yang Aira ambik ni ma." Jelas Humaira. Dia tahu Puan Fareeda risau kalau-kalau Humaira tak bahagia dengan perkahwinan ni atau terpaksa terima. Dia tak nak dua insan tersayangnya ini terluka di kemudian hari.

"Cumanya, Aira mintak maaf Aira mungkin bukan menantu yang sempurna untuk mama baba atau isteri yang terbaik untuk Fawwaz tapi Aira janji Aira cuba semampu Aira ma." ujar Humaira.

Puan Fareeda usap pipi Humaira perlahan.

"Tiada orang lain yang layak untuk Fawwaz selain Aira dan Aira satu-satunya menantu perempuan mama takkan ada yang lain." Dia sayangkan Humaira seperti anaknya sendiri. Takkan ada pengganti. Kalau ada tahulah Fawwaz tu apa yang dia akan buat!

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | OGWhere stories live. Discover now