Bab 20

370 33 5
                                    

Humaira memandang perempuan dihadapannya yang dari tadi hanya diam sahaja. Biasanya banyak mulut tapi kali ini gadis itu memilih untuk diam dan khusyuk menghabiskan makanannya tanpa berbicara sepatah kata pun. Sesekali telefon gadis itu berdering minta diangkat tapi gadis itu menghiraukannya dan hanya fokus pada makanannya sahaja.

Humaira mengerutkan keningnya apabila dia sudah serabut dengan deringan lagu yang keluar dari telefon pintar gadis tersebut. Dari zaman universiti sampailah dah bekerja, memang deringan itu sahaja dia dengar. Setia betul.

"Eh, kau angkat call tu sekarang sebelum aku pijak telefon kau! Kalau kau tak nak angkat sekalipun, kau silent telefon kau tu sekarang! Sakit pulak hati aku dengar ringtone kau tu je dari tadi!" Ugut Humaira. Serabut betul! Ringtone tersebut tiada masalah pun tapi kalau sepuluh kali duk ulang dengar benda sama je dari tadi, memang minta kena maki lah.

Gadis tersebut hanya mencebik dan menggelengkan kepalanya sebelum fokus kembali pada kambing bakarnya itu.

Humaira menggeleng kepalanya. Gaduh lah tu kalau dah bisu macam ni!

"Lay, kau kenapa?" Soal Humaira geram. Rasanya dah banyak kali kot dia tanya soalan itu kepada gadis dihadapannya ini.

Layla hanya menggeleng perlahan.

Humaira yang melihat response Layla tu mengeluh kuat.

Apa tidaknya, orang baru nak solat maghrib, tiba-tiba terdengar bunyi hon dihadapan rumah sewanya. Bila dia turun, nampak wajah Layla yang tidak bermaya. Gadis itu nampak macam tidak terurus sahaja. Apabila tanya kenapa, Layla hanya menjawab tiada apa, sedangkan tengok dari penampilan diri Layla pun dia yakin lagi saksama yang gadis itu baru sahaja lepas bertengkar dengan sesiapa.

Melihat keadaan Layla yang tidak terurus, Humaira menarik gadis itu agar masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya dan solat, sebelum membawa gadis itu keluar untuk makan malam. Tapi ingatkan lepas keluar makan, gadis itu mahulah membuka mulutnya dan bercerita apa yang terjadi, tapi sampai sekarang mulutnya terkunci.

Bunyi dentingan sudu dan garfu yang di hempas di atas pinggan, Humaira menyilangkan tangannya dan dia memandang Layla tajam. "Kau kenapa sebenarnya ni? Jangan buat perangai macam ni boleh tak? Ada masalah ceritalah! Aku tak faham bahasa silent kau ni." Soal Humaira sekali lagi sedikit tegas.

"Tiada apa lah. Aku stress sikit je." Jawab Layla lalu menyambung suapan kepingan daging kambingnya yang terakhir ke dalam mulut.

Humaira memandang Layla dengan pandangan tidak puas hati. Dari maghrib tadi sampailah sekarang dengan riak muka macam ada perkara besar rupanya tengah stres!

"Kau serius lah!?" Soal Humaira tak puas hati.

Layla mengangguk lalu tersenyum.

"Dah tu kenapa kau tak angkat call?" Soal Humaira.

"Aku tengah makan kan!" Jawab Layla selamba.

Humaira mendongakkan kepalanya ke atas dan menghembuskan nafasnya perlahan.

Humaira rasa ingin meletup sahaja melihat kawannya ini boleh lagi beriak selamba selepas dia menghadap perangai Layla yang mengganggu waktu rehatnya hari ini dan menghadap kebisuan Layla yang dari tadi ignore je apa yang dia cakap, plus rasa nak pekak telinga dia dengar deringan telefon Layla yang hampir berpuluh kali berbunyi hari ini!

"Lay! Benda ni tak lawak tau." Marah Humaira.

Layla memandang Humaira sebelum tersengih. "Sorrylah babe! Tak maulah marah-marah nanti hilang cantik kau."

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | OGWhere stories live. Discover now