Syupeo One

47 9 28
                                    

♡ʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗➽───────────────❥

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

♡ʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗
➽───────────────❥

PRANG!

Habis pecah pinggan itu jatuh ke lantai apabila terdengar berita hangat di kaca televisyen. Halmeoni agak kaku. Dia tidak menyangka itu mereka.

"M-Minho-ya.."

"Ririn.."

Bunyi siren ambulans dan bomba dari daerah Seoul bergegas ke tempat kejadian. Katanya kereta dinaiki mangsa sudahpun terbakar dan ada yang cedera.

Ahli bomba mencapai tali hos besar itu dan dihalakan ke arah kereta Minho. Manakala, ahli medik cepat bergerak ke arah mangsa yang sudah separuh sedar.

Minho dan Ririn kini bergerak menuju ke wad kecemasan. Mereka berdua tidak lagi menyedarkan diri dalam jangka masa lama ini.

Sepasang pakaian putih siap bersama stetoskop itu berjalan ke arah halmeoni. Wanita tua itu agak takut.

"Macam mana anak dan menantu saya doktor? "

"Minho tak ada kecederaan apa-apa. Dan mungkin dia akan sedar tak lama lagi", katanya dengan senyuman manis.

"Hyeorin, doktor?"

"Hyeorin.. masih koma. Dia ada kecederaan parah pada otak sebelah kanan. Pendarahannya agak banyak"

Halmeoni kehilangan stabil semasa berdiri. Dia cepat-cepat duduk di kerusi yang telah disediakan. Doktor perempuan itu sempat memegang bahu halmeoni agar sentiasa kuat dalam menempuh cabaran ini.

━━━━━━ʕ••ʔ━━━━━━━

"MACAM mana abang tau Ririn suka sangat bunga benang kait ni?", soal Ririn dengan gembira.

Sekuntum bunga mawar dari benang kait itu sangat cantik. Walaupun ia hanya dari benang kait, ia sungguh sempurna. Minho tergelak kecil sebelum memulakan kata-kata.

"Abang tau la Ririn suka bunga benang kait. Wife abang kot..?"

Wanita itu tersengih menampakkan senyuman 'apple cheek' bersama warna pipi yang sudah berubah tona seperti buah epal. Minho memang suka flirty. Itu kelebihannya.

Kelebihan yang dia ada hanya untuk isteri tercinta. Hyeorin Kim.

"Tapi, mesti ada sebab kan bagi bunga ni dekat Ririn? Jarang abang nak bagi bunga dekat Ririn tau"

Senyuman Minho kembali terukir. Dia tau dia kurang beri perhatian pada isteri satunya ini. Sejak kebelakangan ni, dia banyak lebihkan masa dengan kerja. Seorang pakar forensik bukannya kerja mudah.

[H] 𝐒𝐘𝐔-𝐏𝐄𝐎 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ