Syupeo Three

26 7 9
                                    

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗➽───────────────❥

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗
➽───────────────❥

PIL penenang minda itu dibeleknya. Berat betul rasa nak telan pil tersebut.

"Aku tak sakit. Kenapa aku kena makan? Aku okay lah", ngomel Minho sendiri

Changbin mengeluh perlahan.

"Kau kena makan Minho. Kau sakit. Kalau kau tak makan, halusinasi kau teruk. Aku taknak kau jadi macam tahun lepas. Kau ingat tak? Kau berubah jadi orang lain sebab tak ambil ubat. Aku taknak kau hidap DID lagi"

Changbin cuba meyakinkan kawan baiknya bahawa sakit itu wujud dalam dirinya. Dia harus diubati. Sementara menunggu lif tiba di tingkat 8, mereka senyap.

TING!

Akhirnya sampai di tingkat 8. Di mana bilik 'DID' ditempatkan di situ. Minho melangkah masuk ke dalam bilik tersebut seorang diri. Manakala Changbin menunggu sahabatnya di kerusi yang telah disediakan.

Hari ini, hari di mana Minho check-up penyakit yang dialami oleh nya. Sementara menunggu, Changbin menelefon seseorang. Mulutnya terkumat-kamit dengan bebelan dari arah celoreng telefon itu.

"Aku taktau nak buat apa lagi. Aku cuma berharap kau dapat pulihkan penyakit Minho", katanya pada seseorang

Minho keluar dari bilik doktor dengan muka yang agak mentah. Mesti ada berita tak elok tu. Di sampingnya ada doktor lelaki. Changbin bangun dan bow ke arah doktor tersebut sebagai tanda hormat.

"Minho agak teruk sebenarnya. Jadi, saya sarankan untuk dia berhenti kerja dari forensik ni. Dia tak boleh banyak berfikir. Dia perlu rehat yang panjang. Awak sebagai kawan dia, pantau la ya?"

Changbin angguk seraya dari itu doktor pun pergi.

"Aku dah cakap kan... Jangan banyak fikir. Kau taknak dengar cakap aku. Jomlah kita balik", sambungnya

Dalam kereta, mereka berdua senyap saja. Nak tegur, tengok rupa Minho tu, macam tak ngam jek!

Akhirnya, Changbin bersuara memecahkan keheningan.

"Kerja cashier tu je sesuai dengan kau. Tak banyak fikir. Kerja pun senang. Jadi lepasni, aku je lah yang masuk pejabat semula. Kau dekat mart. Arrasso?", kata changbin dengan sekejap-sekejap menoleh Minho semasa pemanduannya.

Minho hanya mengangguk. Dengar ke tak, taktau lah.

- - - ♕ - - -

Minho baring berfikir, mengapa firasat bahawa isterinya masih hidup termasuk anaknya itu sungguh kuat?

"My thoughts were too loud sweetheart. I wish I could turn back those time", Dan akhirnya, Minho tenggelam dalam mimpi tidak berbuai itu.

Minho bermimpi, tetapi suasana tersebut di suatu tempat asing. Seorang gadis berambut panjang itu dipukul sehingga lebam tepi bibirnya. Semakin dia memberontak, semakin kuat dia memekik meminta pertolongan. Suara semakin serak akibat tidak minum sedikit air atau menjamah makanan. Apa salahnya sehingga dilakukan sebegitu?

"Selagi kau tak tunaikan janji hutang kau, selagi itulah kau akan merana dengan aku"

Plak!

Mainan brick berjenama LEGO itu jatuh ke atas lantai sehingga membuatkan Minho terjaga dari mimpi buruk tersebut. Nafasnya turun naik. Peluh mula mengalir dari dahi. Dia cepat meneguk air botol di sampingnya untuk mengurangkan rasa keluh kesah itu.

Mindanya bermain memaparkan gadis yang berada di dalam mimpinya sebentar tadi. Namun, hampa. Dia tidak dapat mengingati satu pun riak wajah yang ada ketika itu. Bahkan, apa yang berlaku pun tidak dapat hadir ke otak sejenak.

Tapi, ada satu suara yang dia ingat.

Seorang lelaki bersuara agak garau.

Seperti dia pernah mendengarkannya sebelum ini. Tapi di mana ya?

ʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙗𝙤𝙜𝙤𝙨𝙝𝙞𝙥𝙚𝙤𓂃﹗
───────────────

[H] 𝐒𝐘𝐔-𝐏𝐄𝐎 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt