Syupeo Two

35 9 16
                                    

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗
➽───────────────❥

CUACA mendung pada hari ini menyebabkan Minho malas mahu bergerak keluar dari selimut. Lantas tangannya mencapai telefon dan waktu sudah menunjukkan pukul 7 pagi.

Dia meraup wajahnya sebelum duduk di pinggir katil sendiri. Gambar pada frame itu ditatap indah.

"Morning yeobo. Abang nak mandi and then pergi kerja"

Tuala dicapai sebelum bergerak menuju ke bilik air. Minho sekali lagi melihat gambar tersebut dari jarak jauh. Dia rindu isteri dan anaknya.

Pasar raya tempat Minho kerja akan dibuka tepat jam 8 pagi. Dia harus segera agar tidak terlambat. Kalau lambat, dah ramai orang tunggu depan kedai tu. Mestilah ramai, sebab ada promosi harga jualan murah.

"Apa nak jadi aku ni kan?"

"Siang kerja cashier supermarket. Malam tiba-tiba jadi forensic leader"

Ya, ada sebab dia buat dua kerja satu masa. Kalau tak kerana kemalangan jalan raya dulu, dan dia kehilangan orang tersayang.. Tak mungkin ini berlaku.

Dia syak, pelaku kemalangan mereka tiga tahun dahulu merupakan pekerja pasar raya tersebut.

Kereta Audi R8 itu meluncur jauh menuju tempat kerja. Di dalam kereta tersebut, tiada langsung bunyi lagu atau suara radio berkumandang. Hanya Minho dan diri dia sendiri.

Merenung kisah silam.

"Hyeorin janji. Rin takkan tinggalkan abang selamanya"

Kata-kata terakhir dari mendiang isterinya membuatkan Minho hilang senyuman.

"Mana janji kau Rin? Kau tinggal aku. Kau bawa anak kita pergi dengan kau", suaranya tersedu apabila dia teringat akan wajah mulus tersebut.

PON!

"Omo.. Mianhae!", katanya kuat walaupun tiada yang mendengar maaf itu

Minho terlalu jauh berfikir sehingga tidak perasan bahawa lampu isyarat bertukar hijau. Dia teruskan pemanduannya sehingga tiba di pasar raya terkenal, Lotte Mart.

Tit..

Kereta berjenama itu diparkir pada tempat parkir pekerja. Vest dikenakan sebelum tangan menyentuh pad punch card kerja.

"Morning Minho.."

"Eo. Morning jugak Changbin"

Changbin. Rakan sekerja merangkap salah seorang ahli aktif forensik ikut juga berkerja di sini.

"Bin.. Ada apa-apa news tentang-

"Isteri kau? Belum lagi. Tapi, aku ada jumpa satu bukti yang tak berapa nak kukuh. Rehat nanti aku tunjuk"

Changbin sudah lali dengan kes kemalangan Minho. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, Minho masih mahu meneruskan misi ini. Dia sayang keluarga kecilnya. Dia sayang isterinya.

Tak lama selepas itu, pasar raya dibuka dan ramai orang menyerbu masuk. Sehingga..

"Annyeong. Cik nak pakai cash atau card?", soal Minho sambil menyusun barang di dalam plastik. Dia masih tidak sempat melihat wajah wanita di hadapannya.

"Saya pakai card"

Tangan Minho ingin mengambil kad dari tangan wanita tersebut lalu menyentuh pada tempat kad itu.

Dia kaku.

"Hyeorin?"

"Aniyo.. Saya Jangmi. Bukan Hyeorin", katanya sopan

"Minho-ya..", Changbin pegang bahu Minho agar lelaki itu kekal pada fokus bukan pada halusinasi.

"Eo Mianhae. Terima kasih, datang lagi ya", kata Minho

Dia kaku sebentar tadi kerana wajah wanita tersebut sungguh persis wajah mendiang isterinya. Adakah dia masih belum dapat move on dari Hyeorin? Atau halusinasi? Atau memang ada yang serupa?

Rehat itu, Changbin mengeluarkan senaskhah kertas dan diberikan pada Minho. Lelaki itu mengerutkan dahi.

Rossie Lee, Yeonjun Lee.

Dua nama yang menangkap matanya cepat.

Alive.

Minho diam. Takkanlah anaknya masih hidup? Kemalangan dulu menyebabkan 80% keretanya terbakar.

"Tapi anak-anak aku mati Bin.. Mati.."

"Siapa tahu yang sebenarnya mereka hidup? Mungkin ada yang jaga mereka sekarang?"

"Firasat apa kau ni Bin? Kau mengarut lah!"

"Minho.. Ini keputusan akhir forensik kita. Bekas baju yang dah terbakar haritu, aku ambil untuk jadi spesimen makmal. Bukan baju je aku jumpa, kuku, rambut, daging-

"Kalaupun anak aku hidup, aku tahu Hyeorin pun mesti hidup!", tegah Minho

"Minho.. Hyeorin mati. Hyeorin mati sebab pendarahan yang banyak dekat otak dia. Meanwhile Rossie dengan Yeonjun cedera parah", jelas Changbin

"No. Kau kata anak aku hidup. Jadi Hyeorin mesti hidup jugak!"

Changbin hanya diam. Dia tiada masa untuk berdebat dengan orang menghidap mental.

Ya, Minho disahkan mental selepas kematian keluarga kecilnya. Doktor berikannya ubat supaya dia dapat mengurangkan rasa 'halusinasi'.

Halusinasi dan jika teruk..

Dissociative Identity Disorder.

Lebih kurang macam split personality.

"Have you taken your medicine Minho Lee?", tanya Changbin

Minho geleng.

"Aku tak perlukannya"

ʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙗𝙤𝙜𝙤𝙨𝙝𝙞𝙥𝙚𝙤𓂃﹗
───────────────

[H] 𝐒𝐘𝐔-𝐏𝐄𝐎 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓Where stories live. Discover now