Syupeo Four

25 5 9
                                    

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡ֹʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙤-𝙮𝙚𝙤𓂃﹗
➽───────────────❥

"MANGSA mati sebelum sempat berbuat apa-apa. Beliau pengsan tiga minit sebelum.. kerana serangan jantung. Macam mana awak boleh kata mangsa sempat tolak si mati jatuh ke dalam sungai?"

1 jam berdebat, Johnny sedaya upaya menegakkan keadilan yang sudah lama dia pendam. Tak sangka kes 3 tahun lalu dibuka semula. Lenguh rasa mulut sebab banyak sangat bercakap harini. Dia, Johnny Feen. Lelaki Amerika yang bekerja sebagai seorang peguam. Agak sensitif dengan isu perasaan, berbadan tegap sesuai dengan kerjaya sampingan iaitu modelling.

"John, we should talk"

Seorang lelaki sebaya dengannya menyapa rapat. Sebuku tebal kertas dilempar atas meja sebelum memulakan bicara. Suit warna biru tua itu diletakkan di atas peha sendiri. Johnny mengangkat keningnya sebelah tanda 'apa?'.

"Aku ada jumpa saksi kejadian lelaki tua tu"

"Maksud kau, Minho Lee?", jelas Johnny

"Saksi tu duduk jauh dari bandar kita ni. Aku-

"Cukup. Stop. Aku taknak sambung kes dia sebenarnya. Bosan tahu tak? Aku handle kes tu harini pun sebab terpaksa. Kerana dialah bapak aku merana dalam penjara dulu", katanya jujur.

Sunghoon diam. Tak tahu nak beri riaksi apa lagi. Bapa Johnny 'ke dalam' dahulu pun sebab kes penyelewengan wang syarikat bersama Minho.

Bapanya, lelaki kejam. Joohan Hameed.

Kopi yang dipesan tadi dihirup perlahan. Serentak dengan itu, bapa Johnny datang ke arah mereka. Johnny diajak berbual jauh sedikit dari Sunghoon.

Bapak borek anak rintik...

"John, papa nak pesan. Walau bagaimanapun caranya kamu bercakap nanti. Jatuhkan kes lelaki busuk tu! Arra?"

"Copy that, papa"

Sunghoon tahu, anak beranak itu mesti ada sesuatu yang dibincangkan. Dia tahu bahawa mereka sangat bencikan Encik Minho. Tak lama berbual, Johnny kembali di tempat duduk menghadap muka kawannya. Tiada satu pun lantunan suara malahan mereka berdua asyik dengan telefon bimbit masing-masing.

"Minho amnesia?", soal Johnny hairan

Sunghoon angguk. Ya, Minho pernah mengalami amnesia selama 4 bulan selepas kemalangan yang menimpa dirinya. Tetapi keputusan amnesia Minho hanya dalam 30%.

"Ha'ah. Dia pernah amnesia dulu, tak lama.. 4 bulan je. Mungkin peratus hilang ingatan dia tu dalam 30 peratus?"

Johnny sekadar oh.

Oh yang mungkin bermaksud. Sunghoon pulang bersama Johnny petang itu. Seketika Johnny memberhentikan baby merc putih miliknya di stesen minyak. Hanya dia yang keluar pergi mengisi minyak manakala Sunghoon tinggal di dalam kereta.

Ting!

Satu notifikasi dari telefon berjenama Apple milik Johnny pop-up pada skrin. Rasa macam berdosa pulak baca mesej orang. Tapi, buatnya penting? Siapa tahu kan?

Sunghoon mengambil telefon tersebut lalu membaca mesej yang tertera pada homescreen telefon.

"I guess morphine would be better"
[+82] 012xxx

Sunghoon terdiam. Dia ingin tahu siapa pengirim mesej gila tersebut tetapi tiada nama. Dengan pantas dia menyalin semula nombor itu ke dalam telefonnya. Cepat-cepat dia letak semula telefon Johnny sebelum lelaki itu tiba.

"Tidur?", tegur Johnny

Sunghoon tu tidur ayam je.

- - - ♕ - -

Pasar raya tutup tepat pukul 10 malam. Minho adalah orang terakhir yang berada di dalam kedai tersebut sebelum pintu kedai tertutup rapat. Sempat dia mematikan ke semua suis utama pasar raya sebelum beredar keluar.

"Ahjussi, saya balik dulu ya?", sapa Minho sopan kepada pakcik security guard itu

Perut pun dah berkeroncong. Mata Minho meliar mencari kedai makan tapi duit tak cukup pula nak makan dekat restoran. Gaji belum masuk weh!

Akhirnya dia memutuskan untuk berhenti di FamilyMart.

Kling..

Minho mencari onigiri dan banana uyu.

Biasalah.. Makanan sebelum gaji kan...?

Dia keluar sambil tangan dipenuhi dengan makanan kegemaran.

Buk!

"Ah, sorry miss. I didn't see you there", Minho menunduk cuba membersihkan kotoran pada seluar gadis itu.

"Gwenchana", jawab gadis itu ringkas

"Hyeorin?"

"S-siapa Hyeorin? Saya Jangmi"

"Oh sorry babe. I salah orang"

Gadis bernama Jangmi itu berlalu pergi. Tanpa menoleh ke belakang. Ada sesuatu pada tangannya.

"Mianhae", Kata Jangmi dalam hati.

ʬ۪ʬ♡⠀˒ 🛒 𝙗𝙤𝙜𝙤𝙨𝙝𝙞𝙥𝙚𝙤𓂃﹗
───────────────

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[H] 𝐒𝐘𝐔-𝐏𝐄𝐎 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓Where stories live. Discover now