BAB 2

156 11 0
                                    

Sebuah Toyota Supra MK5 berwarna putih meluncur laju di atas jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah Toyota Supra MK5 berwarna putih meluncur laju di atas jalan raya. Deruman enjin kereta tersebut menggaum garang di sepanjang jalan.

Di sebalik kaca mata hitam, anak mata hazel Zavier fokus pada jalan raya. Manakala Idris di sisi jadi radio tidak berbayar di dalam kereta. Sedari tadi asyik membebel saja kerjanya.

"Tadikan aku ada terjumpa seorang perempuan ni tau." Idris kembali bersuara.

Zavier di sisi pamer riak pasrah. Kawannya seorang ni kalau pergi mana-mana tak sah kalau tak jumpa perempuan. Nanti mulalah tu kata jatuh cinta pandang pertama.

"Perempuan tu lawa gila weh! Muka dia persis orang arab sikit. Sekali pandang... perghh! Bergetar tulang rusuk." Bersungguh-sungguh Idris mendiskripsi perihal gadis yang baru dia terserempak tadi.

Zavier mendecit halus.

"Kau ni pergi kursus ke pergi mengurat anak dara orang?" soal Zavier sinis.

"Mana ada aku mengurat dia! Aku cuma nak berkenalan je. Kalau kau nak tahu dia tu junior batch intake kita tau."

Zavier menjeling sekilas wajah Idris sebelum pandangannya kembali pada jalan raya.

"Kau dapat nombor telefon dia tak?"

Senyap.

Zavier terus hambur tawa mengejek. Buat penat saja usha perempuan tu. Nak kenal dengan orang tu konon. Tapi nombor telefon orang tu tak minta. Melepaslah jawabnya.

"Eleh, kau gelakkan orang pula. Entah-entah kau pun sama je. Nak tackle perempuan tapi tak minta nombor telefon. Tak pun baru jumpa perempuan dah jadi bisu sampai lutut pun nak tercabut. Silap hari bulan kau lagi teruk daripada aku," kutuk Idris selamba. Tangan memeluk tubuh.

Sudah tiada mood nak cerita tentang perasaan lagi bila dia gagal dapatkan nombor telefon gadis kesukaannya. Huaa... melepas angan-anganku nak ada girlfriend yang berkening tebal.

Zavier hanya herot senyum. Sebelah tangan menggengam kemas stereng manakala sebelah lagi direhatkan pada armrest seat kereta.

"Aku belum rasa nak kahwin. Calon pun tak ada. Jadi tiada sebab untuk aku tackle perempuan. Dan kalau aku nak tackle perempuan sekali pun..."

Jeda.

"Aku tackle pakai tali," sambung Zavier.

"Tali?" soal Idris kembali. Zavier nak ikat perempuan di rumah ke?

"Tali pertunangan. Keep it halal, bro." Setelah itu signal kanan dibuka sebelum kereta Zavier membelok masuk ke kawasan kampung.

Hari ini dia malas mahu hadap jalan raya yang sesak. Jadi dia ambil keputusan untuk guna jalan kampung saja. Sekali-sekala dapat hirup udara segar di kawasan kampung. Boleh tenangkan fikiran juga.

Call Sign : Black MambaWhere stories live. Discover now