BAB 25

95 8 3
                                    

Sebuah kereta Toyota Supra MK5 berurna putih berhenti di pekarangan bangunan ibu pejabat polis. Tempat kerja Alnaira. Gear ditolak ke N sebelum brek tangan ditarik.

"Kalau sempat, abang ambil Zhena lepas balik Perlis nanti," kata Zavier sembari membetulkan kedudukan cermin mata hitamnya.

Alnaira hanya menggumam sebagai respons.

"Nak salam!" pinta Alnaira.

"Salam je? Cium tak nak?" Dengan senyum mengusik, kedua-dua kening Zavier terjongket beberapa kali.

Tak semena-mena Alnaira menumbuk bahu tegap si suami. Tidak terlalu kuat. Tumbuk manja saja. Sempat diberi jelingan helang pada Zavier setelah menyalam tangan suaminya.

"Itu. Jangan lupa basuh luka. Jangan buka balutan selagi luka tak baik. Nanti masuk kuman. Jangan lupa letak ubat. Abang tu bukannya boleh percaya. Asyik lupa je." Sudah seperti seorang mak, Alnaira membebel pada suaminya.

"Eleh, cakap orang. Dia tu yang selalu lupa bawa ubat tak nak pula cakap."

"Eh, Yaya selalu bawa ubat okey!"

"Yalah tu. Kalau selalu bawa ubat, takkan diserang migrain time undercover dulu," perli Zavier.

"Itu Yaya tak ingatlah."

"Lupa juga, kan?"

Alnaira memandang wajah selamba suaminya dengan ekor mata. Kalau bergaduh mulut dengan Zavier memang sampai tahun depan tidak akan menang.

"Kalau kali ni Zhena lupa bawa ubat, abang takkan teragak-agak untuk ingatkan Zhena dengan cara abang sendiri. Walaupun cara itu agak memalukan di depan khalayak ramai." Terselit ketegasan dalam nada Zavier. dia memaksudkan kata-katanya itu.

"Pfft! Yalah tu. Abang takkan berani punya buat macam tu pada Yaya."

Ternaik sebelah kening berparut Zavier.

"Yakinnya kamu."

"Bukannya yakin. Tapi mana ada suami yang sanggup malukan isteri di depan orang ramai, kan? Abang pun tak sanggup buat Yaya macam tu kan?" kata Alnaira bernada yakin.

Hujung bibir Zavier ternaik.

"Jangan cabar orang lelaki tau."

Alnaira jelir lidah. Lantas dia keluar dari kereta sebelum mengatur langkah masuk ke dalam bangunan ibu pejabat.

Zavier hanya hantar pemergian si isteri dengan pandangan mata. Saat Alnaira hilang dari pandangannya, bibirnya mengukir senyum segaris. Kepala digeleng perlahan.

Gear ditolak kepada gear 1. Tindakan Zavier yang berura-ura mahu memandu terbantut seketika tatkala anak mata hazelnya tertancap pada satu benda yang terletak elok dalam dashboard keretanya. Dia mengambil benda itu untuk melihat dengan lebih jelas.

"Ini bukan ubat migrain dia ke?" Sepapan ubat Caffox dan Panadol Actifast dibelek-belek lama.

Memang sengaja Zavier beli lebihan ubat Panadol Actifast dan letakkan dalam keretanya. Tujuannya adalah untuk memudahkan Alnaira sekiranya isterinya lupa bawa ubat migrain ke luar rumah. Sekurang-kurangnya ada ubat lain yang boleh bantu kurangkan sakit kepala isterinya itu ketika berada di luar.

Sekonyong-konyong bibir Zavier melorek senyum sinis ketika melihat benda itu.

"Tak lupa ya? Tunggu nanti..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Call Sign : Black MambaWhere stories live. Discover now