BAB 5

115 11 5
                                    

Zavier mula tidak senang duduk. Sudah beberapa hari dia gagal menghubungi Alnaira. Bahkan dia juga tidak dapat jumpa Alnaira. Alnaira seakan mahu elakkan diri berjumpa dengannya.

Sepanjang Zavier menyertai operasi tadi, hatinya mula dirodok dengan perasaan yang berkecamuk. Dirinya fokus dalam operasi tapi fikirannya menerawang ke tempat lain.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Alnaira beri layanan dingin padanya. Walaupun sebelum ini gadis itu melayan dia dingin, tapi kali ini dinginnya dua kali ganda. Mengalahkan dingin aisberg.

Tiba saja di kem, Zavier melompat turun dari Toyota Hilux unitnya. Dia bergegas mengabah ke kereta Toyota Supra MK 5 berurna putih miliknya.

"Adan! kau nak pergi mana cepat-cepat ni?" soal Idris sebaik dia melihat Zavier tergesa-gesa mahu pergi.

"Aku nak balik."

"Awalnya. Tak nak jumpa Tuan ke?"

"Aku ada hal. Nanti aku jumpa dia. Tolong simpankan baju dengan beret aku sekali." Beret ungu dan baju taktikal miliknya ditanggalkan. Dibiarkan T-shirt hitam saja yang tersarung pada tubuhnya.

Zavier melempar baju tersebut pada Idris lalu disambut baik olek lelaki itu. Idris hanya geleng kepala layan perangai Zavier. Faham sangat dengan perangai kawannya yang suka tinggalkan dia tiba-tiba. Tahu-tahu sudah hilang dari radar.

Tanpa pamit, Zavier bergegas keluar dari kem. Dia perlu jumpa Alnaira segera. Jika ada masalah, dia perlu selesaikannya sebelum dia menyertai operasi seterusnya yang berkemungkinan ambil masa yang lama.

 Jika ada masalah, dia perlu selesaikannya sebelum dia menyertai operasi seterusnya yang berkemungkinan ambil masa yang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Uncle, Yaya rehat kejap ya?" soal Alnaira kepada Uncle Lim yang sedang menukar minyak hitam kereta.

Uncle Lim menjatuhkan jemalanya sekali sebagai respons.

Alnaira melangkah ke luar bengkel. Telefon dari saku seluarnya dikeluarkan. Matanya ralit menilik mesej dari rakan-rakannya yang terpapar di dada skrin telefon. Alnaira berjalan sambil memandang telefon tanpa menghiraukan apa yang ada di depannya.

"Where do you think you're going, little Zhena?" sapa satu suara parau.

Langkah Alnaira jeda. Kepalanya diangkat. Terkaku. Tak semena-mena satu batang tubuh berdiri betul-betul di depannya.

"We need to talk. Are you satisfied with avoiding me?" soal Zavier lagi bernada sarkastik.

Wajah Alnaira berubah beku. Dia menghantar pandangan dingin pada Zavier.

"Kafir ke? Tak reti nak beri salam?" tangkis Alnaira kembali.

Zavier senyum senget. Dia hanya merenung wajah beku Alnaira. Dengan tangan disilangkan di dada, tubuh tegapnya masih menghalang laluan Alnaira. Alnaira ke kiri, dia ke kiri. Alnaira ke kanan, dia juga sama.

"Berambuslah!"

"Kalau aku tak nak?" Sebelah kening Zavier dijongket.

"Pergi mampuslah!"

Call Sign : Black MambaWhere stories live. Discover now