BAB 3

171 10 2
                                    

Alnaira memasang sila di depan tasik. Usai berjoging di sekitar taman permainan tadi terus dia ambil tempat di sini untuk berehat. Nafasnya sedikit termengah-mengah dek lelah. Peluh yang merenik di wajahnya dibiarkan.

Tangan Alnaira memeluk lutut. Pandangannya dilempar jauh pada air tasik hijau kebiru-biruan yang terhampar luas di depannya. Satu keluhan tipis terlepas dari ulas bibir Alnaira.

"Babe!"

Jemala Alnaira menoleh ke arah punca suara. Seorang gadis sedang berlari anak mendekatinya menjadi bingkai pandangan. Lantas gadis itu mengambil tempat di sebelah Alnaira setelah dia menepuk lembut bahu sahabatnya tanda menyapa.

"Laju betul kau berlari. Kata nak joging je," omel Qaseh dengan nafasnya yang masih tercungap-cungap. Rasa macam nak mati pun ada.

Baru saja tadi Alnaira dan Qaseh berpakat mahu joging bersama. Beberapa minit kemudian, Qaseh sudah ketinggalan di belakang manakala Alnaira pula berlari laju seperti dikejar zombi. Alnaira punya joging macam lari pecut 100m saja.

"Kau tu yang lambat sangat."

Alnaira mencapai botol airnya di sisi. Dibuka penutup botol sebelum didekatkan birai botol ke bibirnya. Belum sempat Alnaira mahu meneguk airnya, terlebih dahulu Qaseh sudah menyambar ia lalu meneguk rakus sehingga separuh. Terkebil-kebil Alnaira melihat tindakan pantas Qaseh.

Kurang asam punya member! Nak air pilah beli sendiri!

"So, macam mana plan kau setakat ni? Berjalan lancar? Ada sesiapa perasan tak kewujudan kau kat bengkel?" soal Qaseh sebaik nafasnya kembali normal. Botol air diserahkan semula kepada Alnaira.

Alnaira tidak segera menjawab. Dia termenung jauh memandang tasik di depannya. Rancangannya untuk kerja di bengkel dikejutkan dengan pelbagai perkara di luar jangkaannya. Termasuklah kemunculan semula Zavier.

Nak buat macam mana. Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya hanyalah Yang Maha Esa saja. Dia pun tak sangka akan terserempak dengan perjaka itu tempoh hari.

"Woi, berangan!" sergah Qaseh serentak menolak bahu Alnaira dari sisi.

Alnaira yang hampir hilang keseimbangan, lantas menongkat sebelah tangannya di tanah bagi menampung badannya dari jatuh. Cis, tak guna punya member. Itu kalau tolak lagi kuat silap hari bulan aku menyelam dalam tasik ni tahu tak?

"Kau ni kenapa? Termenung je memanjang. Ayah kau suruh cari calon suami ke apa sampai nak termenung jauh?" duga Qaseh.

"Heish! Kau ni jangan sebut tentang ayah aku boleh tak?! Aku dahlah tengah tak ada mood ni!" marah Alnaira. Mendengar kata 'ayah' saja sudah cukup untuk bangkitkan amarah dia.

"Woo... relakslah, babe. Yang kau nak marah-marah ni dah kenapa? Aku cakap je."

Ayat Qaseh dibalas dengan jelingan tajam Alnaira. Alnaira merengus kasar selepas itu. Seakan mahu lepaskan segala amarahnya yang terpendam sejak semalam.

Sejak malam tadi Alnaira bengang dengan ayahnya. Ayahnya, Encik Hisham minta Alnaira untuk berhenti kerja dalam masa terdekat. Dia mahu anak bongsunya itu cari pekerjaan dalam sektor swasta.

Ini kerana bagi ayahnya, kerja swasta diberi gaji yang tinggi dan lumayan. Ayahnya tidak gemar dengan pekerjaan Alnaira yang kini. Tambah pula bila dia dapat tahu yang anaknya sekarang kerja sebagai kuli di sebuah bengkel.

Selain itu, bagi Encik Hisham, orang zaman sekarang sudah tidak pandang kerja kerajaan. Mereka lebih pentingkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Namun, Alnaira tetap dengan pendiriannya. Dia cuba pertahankan kerjayanya sehabis baik. Dia mahu ayahnya faham yang inilah impian Alnaira. Dia lebih selesa dengan kariernya.

Call Sign : Black MambaWhere stories live. Discover now