BAB 2

421 24 1
                                    

Ktak...

Ktak...

Ktak...

Bunyi tapak kasut tumit tinggi itu dapat didengar di seluruh ruang depan Wedding Blair. Kaki itu menuju ke satu meja.

"Excuse me?"

Khalish yang sedang asyik minum air kopinya mengangkat wajah. Air kopi di dalam mulut tersembur keluar selepas melihat gerangannya.

Aileen terkejut. Kaku dia berdiri dengan mulut terbuka.

Terbuntang mata Khalish. "Ya Allah! Tisu tisu!" Khalish mencapai tisu dengan laju dan dihulurkan kepada Aileen.

"Err I can't touch you. Cik Aileen boleh lap sendiri kan?" Serba salah Khalish.

Aileen memejam matanya. Dia tersenyum. Kepala terangguk-angguk.

"Yes sure." Tisu diambil dan dilap baju kemejanya yang terkena air kopi Khalish. Nasib dia pakai warna merah gelap. Takdelah nampak sangat kesan dia.

"You know what. This already happened twice. You spilled water on my shirt." Aileen membuang tisu yang sudah kotor itu ke dalam tong sampah. Dia melihat Khalish.

"Habit you memang tumpahkan air dekat baju orang ek? Dah berapa mangsa yang kena dengan you?" Tanya Aileen datar.

Khalish berdiri dengan laju. Dia membungkuk 90 darjah. "Saya tak sengaja! Maafkan saya cik. Jangan laporkan hal ni kepada bos saya."

Aileen tersenyum. Dia menyentuh bahu Khalish. "It's ok-"

Khalish berdiri tegak dan menjauh dari Aileen dengan pantas. Terlepas tautan tangan Aileen. Gadis itu terkejut dengan tindakan mengejut Khalish.

"Maaf kalau kedengaran kurang ajar tapi sentuhan tak dibenarkan. You cannot touch me, cik Aileen Keisha. It's haram." Tegur Khalish tegas.

Terkedu Aileen. Dia termalu sendiri. Leher diusap.

'Aduh malunya kena tegur dengan crush sendiri! Mana nak sorok muka aku ni???'

Melihat Aileen seperti terganggu, Khalish terus menukarkan topik.

"Apa tujuan cik datang ke our Wedding Blair? Setahu saya sini tempat orang yang nak kahwin je. So cik nak bincang hal kahwin ke?" Tanya Khalish dengan professional.

"Yes I am."

Khalish melihat depan belakang seperti mencari seseorang. Dahinya berkerut.

"Where is your groom?" Tanya Khalish hairan. Takkan nak bincang hal kahwin seorang diri?

Aileen tersenyum. 'You're my groom'. Ingin sahaja dia berkata begitu tapi kang kena heart attack pula budak ni.

"Dia sibuk so I yang uruskan seorang diri. Dia dapat join jarang-jarang je." Jelas Aileen.

Khalish mengangguk faham. "Baiklah. Mari kita naik atas. Saya akan bawa cik jumpa manager Wedding Blair untuk aturkan wedding planner cik dan bakal suami cik."

"Wait!" Halang Aileen.

Khalish melihat Aileen hairan. "Yes cik?"

"I want you."

"Hah?" Terkedu Khalish.

"Eh bukan tu. I mean,"

'Yes, I want you to be my groom.'

"I want you to be my wedding planner. Can you?" Aileen tersenyum.

Walaupun pelik Khalish tetap mengangguk. "Boleh cik. Apa-apa sahaja permintaan klien akan Wedding Blair wujudkan."









"Arghhh!!!" Khalish mencengkam rambutnya. Dia menyandar lemah di kerusi kerjanya.

Sally mengetuk meja kerja Khalish. Khalish melihat rakan kerjanya dengan kening sebelah terangkat.

"Why you stress sangat? Bukan you dapat klien baru ke? Should't you be happy?" Tanya Sally hairan.

"Kalau dapat klien yang nampak sangat tak nak kahwin macam ni rasa nak happy pun tak sempat." Keluh Khalish.

"What's wrong? Spill the tea?" Sally yang memang gemar bergosip tersenyum.

Khalish mengeluh panjang. Ingatannya kembali berputar pada kejadian yang terjadi beberapa minit lepas.

...

"Ada apa-apa tema yang cik fikirkan?" Tanya Khalish.

"Warna warni." Selamba Aileen.

"Hah?" Khalish melihat Aileen. Yang dia dengar tadi betul ke? Warna warni? Pelangi ke?

"Cik serius? Majlis kahwin tak boleh bawa main. Hanya sekali seumur hidup. Tak ke pelik warna warni?" Khalish cuba membuat Aileen mengubah fikirannya.

'Cik ni sokong lgbt ke apa?'

Aileen menyandar di kerusi. "I don't know. I never got married before. So I don't know anything about this. Ask my husband to be."

'Aku pun tak pernah kahwin tapi elok je rupa majlis orang aku atur.'

Khalish tersenyum. "Tempat majlis?"

"Kubur."

Jatuh rahang Khalish. "Please miss, be serious. Like hotel ke, tepi pantai ke?"

Aileen membelek kukunya. "I don't know. Ask my husband to be."

Khalish menarik nafas sabar. "How about guests? Berapa orang agak-agak? Supaya nanti senang untuk atur tempat agar tak sesak sangat."

"Erm I taknak ramai sangat. Maybe around 200? I don't know about Fattah's. You can ask him." Santai Aileen.

'Alhamdullilah kali ni jawapan dia masuk akal sikit.' Khalish tersenyum.

"What kind of music you and Mr. Fattah would like to use for the wedding day? And nak guna band or dj?" Khalish melihat Aileen.

"I suka genre horror mystery gitu. I taknak band or dj but I nak hantu yang nyanyikan." Selamba Aileen.

"Allah, mana pula aku nak cari hantu ni?" Desis Khalish. Dia meraup wajahnya.

Aileen menyimpan senyum. Nak tergelak dia tengok riak Khalish.

Khalish tersenyum paksa. Dia melihat list.

"Ok first of all, berapa jangka masa wedding cik?" Tanya Khalish. Walaupun banyak lagi soalan yang perlu ditanya. Tapi macam sia-sia je.

"Around 3 months."

"Ok 3 months...3 what?!" Terbuntang mata Khalish.

"Yes 3 months not 3 years." Aileen senyum tanpa rasa bersalah.

Kepala Khalish terasa berdenyut. Dia tersenyum pasrah.

"Baiklah cik. Saya rasa cukup sampai disini sahaja untuk hari ni. Esok saya akan jumpa encik Fattah sendiri dan tanya hal-hal lain pula." Khalish berdiri.

"Terima kasih kerana telah memilih Wedding Blair. Impian anda akan kami wujudkan."

...

Sally tergelak. "Seriously? Malang betul nasib you. Boleh apa je 3 bulan tu? Tahulah tak pernah kahwin tapi takkanlah bengap sangat tak tahu persiapan kahwin tu ambil masa yang boleh tahan lama."

"Amboi mohd salleh, kemain awak mengutuk klien ye?" Tegur Kak Azwa.

"Nama I Sally lah! Berapa kali I nak kena beritahu you ni Azwa?" Cemberut Sally.

"Dah jantan tu jantan jelah. Tak payah acah glamor sangat nama tu. Tak padan ada burung!" Kutuk Kak Azwa.

"Hey mulut you! I gunting kang!" Marah Sally.

Khalish tergelak kecil. Tergeleng kepalanya. Asyik nak bergaduh je dua orang ni.
.
.
.
.
.
-To Be Continued

C | My Wedding PlanWhere stories live. Discover now