BAB 8

380 24 0
                                    

Khalish termenung sambil menghirup air kopi di salah satu cafe yang Ada di pantai. Fikirannya kembali bercelaru selepas kehadiran Aileen semalam.

"Haih..." Khalish memejam mata lama sebelum dia membuka semula matanya apabila bunyi kerusi dihadapannya ditarik keluar kedengaran.

"Encik Fattah?" Berkerut dahi Khalish.

Fattah tersenyum. "Hai Khalish. You don't mind if I'm sitting here right?"

Khalish mengangguk. "Yea. Have a sit." Mata Khalish terpandang gadis di sebelah Fattah.

Melihat arah mata Khalish, Fattah terus memperkenalkan buah hatinya.

"Kenalkan bakal isteri abang, Vivi. Sayang, ni lah wedding planner Leen. Khalish Anaqi."

Vivi tersenyum. "Hai Khalish. Nice to meet you."

Khalish terlopong. Vivi dan Fattah di lihat bersilih-ganti.

"Bakal isteri?" Vivi ditunjuk.

Fattah mengangguk. "Yes she is. My wife to be."

Khalish mengedipkan matanya beberapa kali. Dia salah dengar ke salah lihat ni?

Fattah dan Vivi tersenyum lucu melihat reaksi Khalish.

"Abang tahu Khalish tengah keliru sekarang. Jadi tanyakan apa-apa sahaja yang ada di kepala Khalish. Insya'Allah abang akan jawab yang mana abang boleh jawab."

"Bukan Cik Aileen bakal isteri Encik? Dan akan kahwin bulan depan?" Terus dia Tanya soalan yang paling dia curious sekali.

Fattah tersenyum. "Siapa kata Aileen bakal isteri abang? Dia cuma sepupu abanglah."

"Hah? Habis persiapan kahwin ni semua? Nama dekat kad pun nama Cik Aileen dan Encik Fattah." Bingung Khalish.

"Di mata orang lain memang Aileen dan abang pengantinnya. Abang dan Aileen dijodohkan tapi sangat mustahil untuk kami hidup sebagai suami isteri. Abang pun dah Ada kekasih seperti yang Khalish lihat. Disebabkan terlalu didesak, Aileen berniat untuk memalsukan perkahwinan. Tapi bukan palsukan sangat. Aileen tetap akan kahwin pada tarikh tu. Tapi pengantin lelakinya bukan abang. Abang hanya kambing hitam." Terang Fattah.

"Habis siapa pengantin lelakinya?" Berkerut dahi Khalish. Asal drama sangat ni?

Fattah dan Vivi saling berpandangan. Mereka tersenyum.

"Itu sebaiknya, Khalish tanya Aileen sendiri kalau nak tahu. Itu sahaja yang abang boleh terangkan. Yang pasti abang dan Aileen takkan pernah berkahwin. Pada tarikh tu abang akan buat kejadian palsu seperti pengantin lelaki lari dan Aileen akan berkahwin dengan lelaki pilihannya. Jadi kesalahan akan ditundingkan kepada abang dan Aileen takkan dipaksa untuk berkahwin dengan pilihan mamanya lagi." Jelas Fattah lebih terperinci.

Khalish terdiam mendengar apa saja yang baru keluar dari mulut Fattah. Sungguh memeningkan kepala. Belum pernah dia mendengar kisah macam ni. Berani betul.

"Baiklah itu saja yang abang ingin jelaskan. Kami balik dulu. Abang harap Khalish selesaikan masalah dengan Aileen. Jangan nak menuduh dia melulu. Dan abang harap lepas Khalish dengar penjelasan Aileen jangan lari pula. Hancur pula plan dia." Fattah tersenyum misteri.

"Jom sayang." Fattah dan Vivi berlalu pergi meninggalkan Khalish yang penuh dengan 1001 soalan.

"Apa kemengarutan yang aku baru dengar ni? Prank ke ni? Mana camera?" Khalish melihat sekeliling mencari kamera.

"This is not a prank. Real." Sampuk satu suara.

Khalish mengangkat wajahnya. Dia terus mengalihkan pandangan selepas melihat gerangannya.

"Sebenci itu ke you sampai taknak pandang I langsung?" Aileen mengambil tempat dihadapan Khalish. Wajah Khalish dilihat.

"Apa lagi yang cik mahukan?" Khalish menukar topik.

Aileen mengeluh. "You dah dengar penjelasan Fattah kan? So tiada apa-apa soalan nak tanya?"

"Untuk apa? Saya bukan lagi wedding planner cik. Siapapun pengantin lelaki cik bukan masalah saya." Datar Khalish.

"Walaupun pengantin lelakinya bernama Khalish Anaqi?" Aileen menaikkan-naikkan keningnya.

"Ye Saya tak kisah." Pantas Khalish membalas.

Aileen tersenyum. Beberapa saat kemudian Khalish menatap Aileen dengan mata terbuntang.

"Apa? Siapa?!"

Aileen mengangkat bahunya. "Khalish Anaqi. Kenapa? You kenal ke bakal suami I?"

Khalish berdebar secara tiba-tiba. "A-apa maksud cik?"

"I cakap, you bakal suami I. You dah dengar penjelasan Fattah kan? I akan menikah dengan lelaki pilihan I. Youlah lelaki pilihan I. I buat plan gila ni pun sebab you. I nak memiliki you." Serius Aileen.

Khalish terdiam. Berita mengejutkan ini tidak dapat dia hadam dengan cepat.

"Kenapa you diam? Bukan you cintakan I ke?" Aileen menyilangkan tangannya.

Khalish diam lagi.

"Kalau you hanya diam macam ni I anggap you taknak kahwin dengan I. Baiklah I hormat keputusan you. I takkan ganggu you lagi." Aileen bangun dari kerusinya.

"Bukan macam tu!" Khalish berdiri pantas dan beg Aileen ditahannya.

Aileen melihat Khalish dengan kening terangkat. "Habis macam mana?"

Khalish menunduk. "Saya nak..."

"Hah apa? Tak dengarlah. Kuat sikit boleh?" Usik Aileen.

Khalish mengigit bibirnya. Dia menatap Aileen. "Saya nak kahwin dengan awak!"

Aileen tersenyum. 'Eii comel betul! Nasib belum sah lagi.'

"Ok. Permintaan anda akan saya wujudkan." Gurau Aileen.

Khalish tersenyum malu. Dia menunduk. Beg Aileen digoyang-goyang.

"Tak payahlah usik..."

Aileen tergelak. "Gediknya. Mana hilang bahasa formal you?"

"Oh cik nak saya guna bahasa formal ke? Baiklah cik." Khalish menjeling Aileen.

"Gurau jelah. Alah you ni cepat betul merajuknya. Kalau kita dah sah lama dah I cubit pipi mochi you tu. I ingat you cakap you tak suka disentuh perempuan yang bukan mahram kan?"

"Awak ingat?"

"I ingat semua tentang you."
.
.
.
.
.
-To Be Continued

C | My Wedding PlanWhere stories live. Discover now