BAB 4

369 23 0
                                    

Khalish menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengeluh berat. Telefon dicapai sebelum di'on'kan. Ig dibuka. Story Aileen terpapar di depan sekali. Tanpa berfikir panjang dia tekan untuk melihat story terbaru Aileen.

Gambarnya yang sedang menyarungkan kot dipost bersama tulisan 'Handsome boy'

Khalish terduduk dengan drastis. Matanya digosok untuk memastikan apa yang dia lihat itu betul atau tidak. Khalish terkedu.

"Apa maksud dia post gambar aku dengan caption macam tu? Asal tak post bakal husband sendiri je?" Khalish menyandar di palang katil.

Dia mengeluh panjang. Ingatannya kembali berputar semasa kejadian di butik.

...

"Khalish now your turn." Kata Aileen tiba-tiba.

Berkerut dahi Khalish. "Turn apa?"

"Try bajulah."

"Hah? Untuk apa?" Bingung Khalish.

"Untuk you pakai masa wedding I nantilah." Aileen melabuhkan duduk dihadapan Khalish.

"Yela tapi untuk apa? Kan itu wedding cik?" Khalish masih bingung.

Aileen mengeluh. "You kan wedding planner I, mestilah I nak you tampil menawan di hari penting I."

"Tapi saya bukan orang penting. Saya hanya wedding planner. Kerja saya hanyalah untuk memastikan majlis kahwin Cik sempurna." Sopan Khalish.

Aileen memutarkan matanya. "Siapa kata you tak penting. You watak utama tau. Tanpa you, majlis kahwin I takkan jadi."

Khalish mengeluh. "Tanpa saya pun, cik Aileen boleh cari wedding planner lain. Saya bukan satu-satunya wedding planner di Malaysia ni."

'Tapi tu bukan maksud I...'

Ingin sahaja dia berkata begitu tapi,

"Alah you ni banyak alasan la pula. You nak I report dekat bos you ke sebab tak turuti permintaan klien?" Sebaliknya dia mengugut Khalish.

Khalish tersenyum pasrah. "Baiklah Cik."

...

Khalish memejam matanya. "Semakin lama semakin teruk. Aku cuma wedding planner sedangkan dia bakal pengantin lelaki lain."

"You can't feel that way. Don't ever!"

Khalish meraup wajahnya. Keluhan beratnya terlepas juga. "Ahh I can't do this..."













Fattah melihat Aileen yang santai bermain telefonnya di sofa dalam pejabatnya. Kepalanya tergeleng kecil.

"Leen yakin ke nak teruskan?" Tanya Fattah.

Aileen melihat Fattah. "Kenapa? Abang dah tukar fikiran? Abang rasa abang tak sanggup nak larikan diri dengan kak Vivi? Bukan ini ke yang abang mahukan? Leen cuma wujudkan keinginan abang je."

Fattah mengeluh. "Abang tak maksudkan abang. Abang tak kisah pun untuk lari masa majlis nikah tu nanti. Tapi Khalish. Macam mana kalau pagi tu dia tak boleh datang masjid sebab sibuk untuk majlis petang. Siapa pula you nak jadikan suami? Takkan nak batal? Memang mengamuk gila parents kita nanti."

"Alah rileklah. Leen yakin dia pasti datang punya. Leen dah ugut dia." Santai Aileen.

Tergeleng kepala Fattah. Santai betul. Dia tak tahu ke rancangan dia tu sangat gila.

"Tapi macam mana dengan perasaan Khalish. Kalau dia tak cintakan Leen macam mana? Takkan Leen nak paksa dia? You jangan nak fikir macam tu. Hidup orang you tak berhak untuk aturkan. Family Khalish macam mana?" Soal Fattah bertalu-talu.

"Dia mungkin tak cintakan Leen sekarang tapi Leen yakin dia dah mula sukakan Leen. Dia cuma keliru sebab di fikiran dia, Leen ni pengantin perempuan abang. Kalau betul dia taknak kahwin dengan Leen, Leen takkan paksa dia dan akan batalkan majlis. Dia anak yatim. Tiada adik beradik lain. Arwah ibu ayah dia pun anak tunggal." Dengan tenang Aileen membalas.

"Mana Leen tahu ni?" Hairan Fattah.

"I Aileen Keisha kut. Kacang je." Aileen menepuk dadanya bangga.

"Macam-macam. Apa-apapun abang harap Leen fikir betul-betul apa yang Leen nak buat tu. Abang cakap macam ni bukan sebab abang takut semua kesalahan ditundingkan pada abang dan kak Vivi. Kak Vivi pun tak kisah dengan hal ini. Tapi untuk diri Leen dan Khalish. Perkahwinan ni bukan perkara main-main. Banyak ujian di alam perkahwinan. Semua ni pun bukan dalam plan Khalish. Dia tak tahu langsung tentang ni. Leen kena beritahu dia yang sebenarnya sebelum dia tahu dengan sendiri dan hubungan korang akan memburuk. Abang harap Leen fikir masak-masak." Nasihat Fattah panjang lebar.

Aileen tersenyum. "Abang nasihatkan Leen macam abang pernah kahwin. Iyala abang. Jangan risau. Kalau terjadi sesuatu yang tak diingini, semuanya atas Leen. Leen akan selesaikan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa."

Fattah tersenyum kecil. "Abang cuma harapkan yang terbaik untuk Leen. Kalau ada apa-apa yang Leen perlukan, beritahu je abang. Insha'Allah abang akan tolong."

"Terima kasih bang. Sayang abang banyak-banyak!"













Aileen melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya setelah sekian lama dia hanya tinggal di apartment miliknya.

"Ha balik pun kamu. Punyalah liat nak balik. Sini kejap!" Panggil mama.

Aileen mengeluh. Tetap juga dia menghampiri mamanya. Tempat disebelah mama diambil.

"Hm kenapa?"

"Amboi! Balik punya susah. Tapi sekali balik kenapa kamu tanya?" Mama menjeling tajam.

Aileen memutarkan matanya. "Ye mamaku sayang. Ada apa hajat baginda memanggil hamba?"

"Perli mama ke apa?" Mama mencubit peha Aileen.

"Auw sakitlah ma." Aileen menggosok pehanya yang terasa pedih.

"Padan muka kamu! Ni mama nak tanya hal majlis kamu. Dah settle?" Tanya mama terus ke pangkalnya.

"Hm. Tinggal setting tempat hotel dan edar kad je. Esok baru wedding planner Leen bagi kad yang dah siap." Jelas Aileen.

"Bagus bagus. Nanti pagi akad nikah tu jangan buat hal pula!" Pesan mama tegas.

"Iyola mama."

Aileen tersenyum.

'Maaf ma but Leen ada surprise untuk mama. Jangan sakit jantung sudah.'
.
.
.
.
.
-To Be Continued

C | My Wedding PlanNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ